Wednesday, June 30, 2021

AKU, DONAT DAN JIRAN SEBELAH


 Assalamualaikum semua,

Kisahnya begini, aku dah 2 hari tak membalas kuih pemberian jiran sebelah. Dia pun hari-hari hantar, balas dendam la tu sebab ada minggu lepas setiap hari aku bagi kuih tapi dia tak sempat balas hehehhe 😁😁😁. Semalam petang dalam pukul 4 lebih aku tengah dok fikir apa lah kuih nak buat, sudahnya aku nak buat donat jelah. Senang pun iya, aku terusla dok letak tepung apa semua dalam bread maker untuk dia uli. Lepas tu dalam pukul 6 sambil tunggu perkembangan donat tu, boleh pulak dengar orang bagi salam, Edy yang keluar ambil. Masuk dalam rumah je dia gelak kat aku sambil tunjuk donat sebekas. 

Edy gelak dan kata, `mesti jiran sebelah tahu awak nak buat donat terus cepat-cepat dia buat dan hantar kat rumah kita hehehhe`. Sakit hati pulak aku, yelah dah lari lah aku punya rancangan. Nasibla aku teringat ada inti kacang merah kat rumah, jadi aku tukar la jadi donat inti kacang merah. Petang tu selamat la hantar ke jiran menu yang lain bukan donat biasa heheheh. 

Donat jiran sebelah, dia dah 2 hari bagi aku bomboloni lepas tu semalam donat pulak dia pun mesti dah kehabisan idea heheheh 

Ini donat inti kacang merah aku... menggoda ke idok heheheh 

             

Tuesday, June 29, 2021

KETAGIHAN BURGER MALAYSIA

 Assalamualaikum semua,

Pkp 3.0 ini menu yang viral, burger Malaysia atau pau sambal. Aku dah lama nak buat tapi ada sedikit malas jadi bila dah mula buat eh macam tak cukup lak. Sampai 2 kali buat, sendiri masak puas hati makan. 😁 Kawan-kawan mesti ramai dah buat kan.

Mula-mula buat jumaat petang, buat tepung 500g memang niat nak bagi jiran

Aku suka bagi timun sebab ranggup

Dapat dalam 30 biji

Sambal banyak, timun fresh

Esok nya aku buat lagi tapi kali ini aku bahagikan 3 bahagian, buat pizza, burger malaysia dan donat

Gebus gebas

Pizza untuk makan malam

Buat sarapan pagi jugak menu yang sama... 

Monday, June 28, 2021

POKOK PADI MAKNGAH

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas Makngah adik nombor 2 aku ada hantar gambar. Bila tengok eh pokok padi lah, teruja pulak menengoknya. Katanya dia beli sekam padi untuk projek tanaman dia tapi tak sangka ada 1 tu yang ada padi.  Mujurlah pokok ni tumbuh dalam pasu kalau kat tanah comfirm kene cabut atau racun. Ini pun mulanya dia nak cabut, tapi mak cakap itukan pokok padi. Dia pun tak jadi cabut dan tunggu sampai kan lah berbuah. 

Aku gurau kat makngah, nanti beli benih padi tanam banyak sikit heheheh... Itulah kisah hari ini ya. Makngah ni memang suka menanam, dia pernah tanam pokok epal, pokok oren, pokok kiwi dan anggur. Tapi semua tu tak berbuah cuma anggur dia je berbuah dan pernah kami rasa hasilnya. Sekarang lockdown dia dan makyan tak kerja, itu yang dia sibuk buat projek menanam pokok di sekeliling rumah.

Kalau tengok sekali imbas mesti ingat lalang kan


Berapa lama lah nak matang tu kan 

Friday, June 25, 2021

RESEPI BINGKA UBI

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat, hari yang dinanti sebab tak sabar nak kongsi resepi yang banyak aku simpan. Kali ini aku nak kongsi resepi bingka ubi kayu, aku suka makan kuih ini tapi tak pernah terpikir boleh buat sendiri, ingatkan susah tapi rupanya senang. Rasa dia pun sedap, lemak dan kenyal.

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan ubi kayu parut

1 cawan santan

1/2 cawan gula pasir

1 sudu besar gula merah

Sedikit garam

Cara masak:

- Campurkan semua bahan hingga sebati

- Lengserkan sedikit minyak pada loyang dan masukkan bancuhan bingka

- Bakar dalam air fryer suhu 200 selama 30 minit, kalau rasa kurang garing tambah lagi 10 minit.

- Nak tahu dah masak ke belum, bila kita cucuk bingka dengan lidi, dia keluar dengan bersih tak melekat itu kira dah masak

- Dah sejuk boleh potong, selamat mencuba.

Campurkan semua bahan

Gaul hingga sebati ya

Sebab sikit aku masak dengan air fryer je

Atas dia tu bukan hangus tapi kerak tu sedapppp

Dalam dia tu pun moist 

Aku suka bau ubi kayu tu

Thursday, June 24, 2021

PHOTO DIARY #23/2021

 Assalamualaikum semua,

Dah sampai hari khamis ya, kejap je rasa udahla asyik duduk rumah je kan. Semalam aku ke pejabat rasa bahagia kejap dapat berjalan jauh sikit, cuma itulah pejabat sunyi ja.

Takmo bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar.

Jiran bagi jambu boll, lama betul tak makan

Kebetulan Maktek dan Ecah datang dapatla makan
 jambu boll tu

Sebelum balik memang aku offer Maktek nak ambil apa-apa sayur tak, kebetulan bayam brazil tengah subur suruh dia petik

Maktek ada bawak baju masa Ecah bayi, teringin nak pakaikan kat kucing heheheh... cik Teh pakai tapi tanpa rela

Udahnya pakai kan kt cik Tam , nampak selesa je dia seban dia tak cuba buka pun baju tu

Buah rotan, dah lama tak makan.... beli kat shopee mujur sedap

Bela kucing kalau rumah tak sepah tak sah, tak tau camne nak ajar supaya mereka behave je 😳

Lauk paling sedap boleh bertambah makan bila jumpa

Sofa ni dah jadi tempat lepak diaorang, kalau dengan aku selamba je aku duduk atas diaorang heheheh pastu depa lari lah

Balik dari pejabat singgah nursery... cantik segala keladi ni comel tapi tulah tak minat nak jaga

Ini sebab utama aku singgah, minggu lepas ada sikit je.. aku yak beli sebab beli tanah je dan takde tunai


Udahnya 3 pokok aku  TERBELI,  lagipun ada beberapa pokok bunga ros yang mati dah

Wednesday, June 23, 2021

JOM BUAT PIZZA

 Assalamualikum semua,

Aiyan memang suka makan pizza, baru-baru jugak lah. Kelmarin aku buat roti dan ajak dia buat pizza, memang dia suka lepas tu semalam buat lagi. Suruh dia letak topping bukan main seronok dia, melangit pujian bila dia makan. Pagi tadi dia dah tanya bila nak buat lagi... 😅, lewat malam tadi pun dia dah tanya pizza, bahan lain ada lagi cuma keju tu je kene beli lagi. 

Aku tengah rajin boleh je doh roti tuh suruh BM je uli.

Bahan asas pizza yang mudah dan dia akan makan


Bukan main seronok dia bila kene susun topping nya



hasilnya untuk kelmarin, roti agak tebal keju sikit

semalam petang aku letak doh nipis je dan lebihkan keju...
sosej pulak dia letak banyak

Dah masak, ok roti dia nipis tak muak keju banyak puas makan

ini kali keberapa pun tak tau, lewat malam tadi dia tanya lagi... tapi kami tak bagi makan sebab dah lewat

Tuesday, June 22, 2021

SANAH HELWAH MAKTEK

 Assalamualaikum semua,

Semalam 21 Jun 2021 genaplah umur maktek ke 30. Maktek ni adik nombor 3 aku, dia yang duduk blok depan rumah ni. Dia lah kawan gosip, kawan membawang, kawan ahlong, kawan susah senang merangkap bibik Aiyan. Namanya Nur Farahin, adik lain panggil Kak In, Tain tapi aku je panggil dia 'katek' 🤭🤭🤭. 

Wish birthday 10 tahun lepas di FB




Dia tengah diet so dia masak menu kambing sendiri, tapi frust bila kambing keras... nanti akak masakkan lah 

Kek hari jadi

Mereka sambut kat rumah je

Ini je hadiah dari aku... 

Monday, June 21, 2021

PANEN KACANG BOTOR

 Assalamualaikum semua,

Aku tengah kekeringan idea, duduk rumah masak kadang ke pejabat tapi takde aktiviti lain buat kering idea. Jadi memang kisahnya akan berkisar tentang aktiviti biasa jelah ya. Aku dah panen kacang botor heheheh, panen ni bahasa melayu nya 'menuai'. Ini pun tiap hari dok jenguk dari tingkap bilik tengok dah boleh petik ke belum 😁😁😁


Panen pertama 2 batang je

Lepas 2 hari aku petik lagi, kali ini banyak sikit

Dapat 5 batang, yang lain masih muda

Aku petik sekali daun selom, pegaga, cili api dan daun kesum

Buat sambal belacan, ikan singgang lawankan dengan ulam