Thursday, November 30, 2023

PHOTO DIARY #41/2023

 Assalamualaikum semua,

Seronok bila dah khamis, sebab esok jumaat dan sabtu ahad boleh rehat kan badan. Sabtu ahad tu sangat berharga buat aku sebab hari kerja seawal pukul 4 pagi aku dah bangun. Sekarang ni kurang hujan petang kadang hujan kadang tidak, tapi ada beberapa negeri yang masih hujan setiap hari hingga banjir. Moga tak terjadila banjir besar macam tahun-tahun lepas. 

Oklah takmo bebel panjang jomla kita layan cerita bergambar. 

ini masa paksu konvo, dua beranak ni selamba je melepak kat kedai... 

pokok orkid pinang yang merajuk takmo berbunga

hutan belukar tepi rumah... 

masa lepas mak abah balik bukan main seronok dia lepak kt bilik ini

dapat landing kat tilam sekor-sekor

keluar lagi dah bunga baru... 

agar-agar santan pandan

agar-agar santan sirap

kemeriahan budak-budak pejabat nak ambil gambar untuk direktori JUPEM



riuh rendah

kalau di ajak bergambar memang mereka suka

baju kemeja putih, tie hitam dan blazer tu kongsi heheheh

Wednesday, November 29, 2023

MAK ABAH DAN ADIK-ADIK DATANG RUMAH

 Assalamualaikum semua,

Sambungan kisah konvokesyen paksu, hari ahad malam keluarga aku dan maktek balik ke rumah kami di Selangor. Jadi tinggal mak abah dan adik-adik duduk di homestay lagi untuk 1 malam. Isnin pagi tu lepas selesai urusan pulang jubah konvo, paksu bawak mereka makan lepas tu tiba-tiba abah kata nk tengok masjid besi, ke Putrajaya lah mereka. Lepas tu ke kilang coklat Beryls di Seri Kembangan baru la ke rumah aku. 

Kira oklah jugak walaupun pertama kali memandu kereta dari kampung ke Kuala Lumpur tapi paksu boleh sampai ke Putrajaya dan Selangor dengan panduan dari waze. Memang sangat membantu. Isnin petang tu sampai rumah aku terus la melepak, makan la memacam yang ada. Lepas tu lewat petang adik 3 orang ke rumah maktek mandi bersiap kat sana. Mak abah je lepak rumah aku. Lepas maghrib mereka datang lepak dan makan malam kat rumah aku.Masa tu memang meriah betul rasanya macam raya gitu heheheh. Selasa pagi aku cuti rehat mereka sarapan dekat rumah aku dalam pukul 10 pagi mereka gerak la balik ke Johor. Dalam pukul 3 petang mereka selamat sampai kampung.


petang tu sampai je ke rumah aku terus melepak la mereka


makan macam-macam 

adik-adik aku tengah usha coklat yang mereka borong

petang abah dah mula lapar semula, makan nasi

pagi selasa, macam2 sarapan ada

rumah kecik gini lah semua nak duduk bersila takmo duduk kat kerusi dan meja makan

siap-siap nak balik

mak dok usha tanaman dan rumput rampai rumah aku

penuh sendat axia ni

gambar kenangan dengan maktek


gambar kenangan dengan kak long

Monday, November 27, 2023

TAHNIAH PAKSU

 Assalamualaikum semua,

Hari sabtu lepas emak abah dan adik-adik baru sampai dari Johor ke Bangi. Semalam paksu ada Majlis Konvokesyen di UKM. Alhamdulillah selamat dapat Ijazah Sarjana Muda TESL (Pengajaran  Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua). Moga dipermudahkan untuk dapat panggilan kerja sebagai cikgu dan nanti boleh sambung Sarjana pulak. Sebelum ini memang aku dan maktek je yang uruskan paksu sepanjang dia belajar di UKM. Mak abah memang tak pernah sampai lagi ke UKM, lagipun kakak-kakak nya ada untuk bantu dan dia pun dah besar panjang. 

Paksu punya sesi petang penat betul rasanya nak tunggu habis acara tu. Sebab awal kami dah gerak ke UKM, sudahnya mula majlis dia pukul 2 lebih. Apa pun hari ini tak sabar nak tunggu emak abah dan adik-adik datang ke rumah aku lak. Jom tengok gambar yang ada.

sabtu pukul 1 tgh mereka sampai di Bangi dah, tapi malam baru dapat jumpa ajak makan



serunding kelapa dan ayam kicap emak, sedapnya

ahad pagi menu sarapan 

kenelah gosok baju sendiri, dah besar panjang kan

yang penatnya konvo ni sebab kene berjalan banyak

adik aku tengah tolong pasang pin dekat jubahnya
dok tunggu nak tengok paksu


Bergambar sebelum balik


dia punya penat tu aduhla, ini la anak kesayangan mak abah



penat-penat







Friday, November 24, 2023

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH

 Assalamualaikum semua,

Antara pencuci mulut kegemaran, aku tidak lah pakar tapi bolehla masak. Dulu selalu masak tak jadi sekarang dah tahu dah camno, jo  tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali

1 cawan gula merah

2 sudu gula pasir(boleh tambah ikut kesesuaian)

1 cawan santan

5 cawan air kosong

2 helai daun pandan

1 biji telur

sedikit garam

Cara masak:

- Masukkan agar-agar, gula merah, gula pasir daun pandan dan air, masak hingga agar-agar hancur.

- Dalam mangkuk masukkan telur, santandan garam, kacau perlahan.

- Bila agar-agar dah hancur semua masukkan santan dalam kuali dan kacau. Biarkan hingga 10 ke 15 minit matikan api

- Tapiskan ke dalam bekas sejukkan dan simpan dalam peti ais.






Dah rupa gini baru matikan api



Baru la nampak macam corak gini

Thursday, November 23, 2023

PHOTO DIARY #40/2023

 Assalamualaikum semua,

Pagi ni sejuk betul hujan dari pagi tadi baru berhenti ni. Dah mula semula musim hujan, kalau tak petang malam atau awal pagi hujan. Gitu la hampir akhir tahun kan memang musimnya. Oklah jom kita layan cerita bergambar ye. 

lebat pulak bunga nya

dah keluar kumtum bunganya

ibu nya kerja luar sampai khamis, semalam ayahnya tumpang kat rumah maklong kejap. Kesian lak dia

baju batik makcik hari ini

bila pejabat dah siap tapi orang takde pulak... sentiasa sunyi 

12 budak nakal kerja luar ke Sebatik

mereka punya survival skill dalam hutan memang mantap

antara gambar kerja yang mereka kongsikan

hasil mereka cari siput sedut tak paya

mencabar betul kerja mereka

alat tu paling berharga, berat pun iya jugak