Friday, January 29, 2021

RESEPI DADIH SUSU STRAWBERI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku diminta untuk hadir oleh pengarah, dia ada mesyuarat jadi minta lah setiausaha nya ada. Tapi dia kata bila siap kerja boleh balik awal. Pukul 12 lebih nanti aku balik lah bila kerja dah siap.

Hari ini aku nak kongsi resepi paling mudah tapi sedap. Ini pun sebab aku baru cuba buat heheheh.

Bahan-bahan:

1/3 agar-agar tali

1 liter air di tapis @ air coway

1 liter susu segar @ boleh jugak guna susu full cream, kat rumah ada susu strawberi je

Cara masak:

- Gunting halus agar-agar dan masak dengan air 1 liter hingga cair semua.

- Bila dah hancur masukkan susu dan kacau hingga mendidih dengan buih kecil boleh matikan api.

- Terus masukkan dalam bekas bila sejuk simpan dalam peti ais, lepas tu sedia untuk di minum.


Ini sahaja bahannya, kalau guna susu full cream rasa lagi berlemak

kacau agar-agar dengan air sampai dia betul-betul hancur

Masukkan susu kacau lagi, bila mendidih sikit matikan api

Aku isi dalam bekas besar macam tau fu fa tuh

2 bekas akhir aku campur dengan susu coklat 1 kotak kecil

ini lah rupa dadih nya... lembut je macam orang jual dadih tu

Model dadih, dia makan yang coklat... 1 bekas ini banyak memang kongsi 3 orang 

Thursday, January 28, 2021

PHOTO DIARY #04/2021

 Assalamualaikum semua,

Hari ini cuti Thaipusam, isnin nanti cuti Hari Wilayah kalau tak kerana covid mesti kita sambung cuti dan pergi jalan-jalan. Indahnya angan-angan... 

Jom kita layan cerita bergambar

Cili ini banyak berbuah dan dah dipetik tapi cilinya tak pedas pun

Sambal tempe dan kentang, puas di ratah... 

Hari itu nampak Edy dok tepi rumah, petik cili api dan cili kembong

Kerja rumah dia, carta pokok kelasnya

Pucuk ubi kerenteng, dapat la untuk 1 hidangan

Masak lemak labu dan pucuk ubi

Inilah tempat kerja  bila BDR di rumah, banyak di dapur

Bila si abang tidur adik suka menyelit... 

Hari isnin Edy kata cik tam hilang, seharian dia cari nasib petang tu jumpa... hari selasa dia lari lagi, nasib dia reti balik rumah... masa ini Aiyan nampak dia tunggu tepi rumah sebab haus

Belakang rumah inilah tempat tidur, tempat lepak kucing 


Bila maktek kata nak jalan-jalan ke rumah, beli kudapan tepi jalan

Pelbagai keropok dalam bekas tupperware 10 liter

Keropok ikan, keropok belinjau dan opak uni kayu... selain untuk makan dengan nasi goreng, mihun... kudapan kalau maktek dan Ecah datang

Wednesday, January 27, 2021

NANAS MADU KACA

 Assalamualaikum semua,

Kawan-kawan pernah makan nanas madu kaca? Manis, lembut dan juicy sangat. Edy beli hujung minggu baru ini, teringin nenas MD2 tapi katanya kecik-kecik je yang tinggal dan penjual cadangkan nanas ini. Sekilo RM6 sahaja, terus Edy beli 2 biji memang manis betul, tak lidas puas hati makan.


Besar juga nenasnya 

kilat betul isi nya wangi juga, abah aku kata kalau kilat macamni selalunya manis...

kene potong dua dulu nanas nya sebab besar mudah sikit nak makan, aku dengan Edy makan gini je sebab memang manis sayang nak makan dengan kicap atau asam boi

Siap kopek dan potong siap-siap simpan dalam peti ais memang syok bila makan

Tuesday, January 26, 2021

RESEPI DAGING MASAK PALEMBANG

 Assalamualaikum semua,

Selalunya aku kongsi resepi hari jumaat je, tapi ada beberapa kawan minta kongsi resepi daging masak palembang yang aku masak minggu lepas. 

Resepinya mudah je dan sedap.

Bahan-bahan:

800-1kg daging, potong nipis

2 biji bawang besar, kisar

5 biji bawang merah kecil, kisar

5-6 ulas bawang putih, kisar

3 sudu besar cili boh

2 batang serai, ketuk

1inci halia, kisar

2 inci lengkuas,kisar

1/2 cawan kicap manis(boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian)

2 kotak kecil santan

rempah 4 sekawan

1 senduk minyak masak

Cara Masak:

- Tumiskan serai dan rempah 4 sekawan hingga naik bau, dan masukkan bahan kisar tumiskan sebentar baru masukkan cili boh, masak hingga pecah minyak

- Bila dah pecah minyak, masukkan daging gaul rata dan tutupkan periuk masak dengan api sedang untuk 15 ke 20 minit bukan penutup dan balikkan dan gaul dagingnya lagi

- Masukkan kicap manis dan santan gaul-gaul lagi dan tutupkan penutup lagi biarkan untuk beberapa minit hingga daging empuk.

- Bila dah agak kering dan dah empuk matikan api dan sedia di hidang.


Ini bahan utamanya

Tumiskan serai dan 4 sekawan hingga naik bau

Masukkan bahan kisar, kacau biarkan 5 minit dan masukkan cili boh

Masak hingga pecah minyak dan kering macam ni

Baru masukkan daging gaul rata 

Tutup supaya daging cepat masak dan bahan meresap



Masukkan kicap manis dan santan tutup lagi hingga hampir kering atau pekat kuah

Ini hasil akhirnya...

Gabunga yang sesuai

Daging palembang

Monday, January 25, 2021

ROS KAMPUNG KU

 Assalamualaikum semua,

Aduhai,hari ini dari awal pagi dah sibuk sampai tak sempat buat entri. Tadi pagi-pagi boss dah panggil masuk pejabatnya, dia beri kelonggaran untuk balik awal kalau kerja dah siap. Sejak di JUPEM ada banyak kes jangkitan positif covid19. Semua risau minggu lepas je ada 5 kes tapi takde kene tutup ke apa jabatan kami ini. Sabar jelah, sanitize pun lebih kurang bukan gunakan bomba atau sanitize secara lengkap.

Aku nak cerita pasal ros kampung  yang aku beli bulan 9 tahun lepas di Sungai Buloh. Masa tu aku beli sebab dia murah,yelah masa tu 1 tu tak keluar bunga lagi, 1 lagi bunga ada tapi kecik je harga pun cuma RM7 tak silap aku. Dia memang kecik je, bunga pun satu dua, tapi bunga dia memang wangi. Masa bulan 11 waktu hujan lebat yang sampaikan pokok bunga ros lain gugur daun dengan banyak, dia steady, elok je pokok dia. Lepas aku tukar baju untuk bunga ros mula bagi baja tu bulan 12, nampak la perubahan pada dia, pertumbuhan dia semakin cepat, pokok semakin besar sampaikan tak boleh nak letak 2 pasu sekali. Pokok ros lain yang jenis siam atau cameron highland punya pokok dah makin kurus walaupun dah letak baja dah tukar tanah. 

Edy cakap, dulu awak pandang lekeh sekarang terus jatuh sayang ke hhehehe. 

masa ni beli bulan 9 kecik je pokok nya

bunganya jenis nipis je pokok pun kecil je

aku letak 3 pasu gini, masa ni memang dia macam tak membesar hehehhe

Bulan 12 masa ni pokok lain aku cantas supaya keluar cabang baru, dia pun aku cantas tapi takde daun gugur masa ini dah letak baja baru 

semaalam, letak dua pasu je pun dah tak muat sebab dia makin membesar bercabang, letak 2 pokok pun sempit


pokok rose oren ini bukan ros kampung tapi antara yang survive dan mula subur

sudahnya aku letak belakang ni, biar mudah dia berkembang lagi

wangi bau nya

makin banyak kuntum bunga nya

ini bunga yang lagi 1, pun semakin membesar

Friday, January 22, 2021

RESEPI DORAYAKI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sejuk betul, hujan lebat dari petang bawak ke malam. Yelah lama dah tak hujan kat sini.

Seperti biasa aku akan berkongsi resepi hari ini. Jumaat adalah hari untuk berkongsi dan sedekah, yelah sedekah ilmu masak yang tak seberapa ini 😁😁. Beberapa minggu lepas si Aiyan cakap bila mama nak buat dorayaki, katanya dia makan bila cikgu di transitnya bagi. Sedap dorayaki coklat. Beberapa hari jugakla dia berzikir kat telinga mamanya. Jadi bila bahan dah cukul dan datang kerajinan buatla mamanya.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandun

1/2 sudu kecil baking powder

3-5 sudu besar susu fresh milk (susu apa pun ok)

1/4 cawan gula

1 sudu besar madu

2 biji telur

Sedikit garam

Nutella@inti ikut kesukaan

Cara masak:

- Pukul telur dengan gula menggunakan whisk hingga kembang sikit, tak perlu lah macam nak buat kek

- Lepas tu masukkan madu, garam, baking powder dan susu kacau lagi akhirnya masukkan tepung sedikit demi sedikit, kalau nampak pekat sangat tambah susu lagi.

- Gorengkan dalam kuali non stick , letak 1 senduk gunakan api kecil, bila dah berbuih terbalikkan lepas tu boleh angkat

- Boleh sapu dengan nutella atau apa jem kesukaan dan tutupkan dengan 1 keping lg supaya jd bentuk macam dorayaki.

Kat rumah tiada susu segar, pakai jelah susu strawberi ni

Pukul telur dan gula, hingga gulahancur semua

Masukkan bahan lain, kalau pekat tambah lagi susu tau

Kita letak dalam pan ni sesenduk jangan besar-besar

Bila berlubang-lubang gini baru boleh terbalikkan

Gini rupa dia... 

Sebelah dalam rupa macamni

Ini rupa cantik sikit bawah tu heehehe

Lepas di letak nutella... rupa agak comot hehehejeh

Letak nutella dan inti coklat .. yang penting Aiyan makan habis...