Friday, July 30, 2021

RESEPI MASHED POTATO FRENCH FRIES

 Assalamualaikum semua,

Resepi ini aku dapat di youtube dari Indonesia yang aku suka ikut. Dia suka kongsi resepi ringkas dan mudah ini antaranya. Bagi aku menarik dan bila dah siap hasilnya memang puas hati tau. Cara buatnya pun senang dan hasilnya mantap, sebab tu aku kongsikan di sini.

Bahan-bahan:

5 biji kentang sederhana, rebus dan lenyek halus

1 1/2 - 2 cawan tepung jagung ( kalau lembik boleh tambah)

sedikit garam

sedikit serbuk lada hitam

Hirisan daun kucai (boleh guna daun apa pun)

Minyak

Cara Masak:

- Dalam kentang lenyek tu masukkan garam, lada sulah dan daun kucai gaul hingga sebati

- Masukkan tepung jagung, gaul lagi hingga sebati dan boleh di bulatkan lepastu ambil adunan, gelek biar rata dan potong memanjang, goreng dalam minyak panas hingga keperengan.

- Siap boleh makan dengan sos cheese atau sos cili


Kita campurkan 4 bahan ini dulu ya

Lepas kita campurkan tepung jagung

kita gelek jangan nipis sangat  tau 

potongla ikut suka saiz besar mana 

goreng dalam minyak panas hingga keperangan tau

ini percubaan pertama, tepung sikit sangat tak jadi lepas dah tambah tepung baru helok

Dah siap... bila tengok ni rasa macam nak buat lagi lah

close up sikit... ranggup tau 

Rupa dalam nya... 

Thursday, July 29, 2021

PHOTO DIARY #28/2021

 Assalamualaikum semua,

Maaf semalam tak sempat buat entri dek kerana dari pagi dah sibuk. Sedar-sedar dah tengahari petang aku ada temujanji vaksin. Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku vaksin dos pertama semalam, Edy pulak jumaat ini.

Tak nak bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar.


Minggu lepas ni teringin nak makan kek mentega yang biasa, buat jugakla

Jadilah bagi aku hehehe lembut, saja tambah warna biar nampak menarik

Edy ada beli ikan keli, goreng dalam AF dan buat masak lemak cili api

Isnin aritu hari pertama kerja 8 jam, rajinla.pakai baju kurung kalau tidak jeans dan tshirt je

Belikan dia topi boboiboy...

2 topi sekali... suka lah dia

Kelmarin minta Edy belikan kepak madu, sedap gaya sabah dia punya sos memang best

Halus je bunga ros oren ni... 

Pagi semalam tolong jagakan budak ni sebab maktek dapat vaksin pagi

Tempat vaksin yang sama dengan maktek cuma dia pagi, aku petang

Cantik adik sukarelawan ambilkan gambar

Tengahari tak lalu nak makan, sudahnya malam tu kebulor.. masak maggi kari jelah

Balik dari vaksin singgah beli tepi jalan, 3kg RM 20 kira oklah jugak

Tuesday, July 27, 2021

MARI KITA BERKEBUN

Assalamualaikum semua,

Hari ini lambat gila buat entri, maaf ye semua sibuk dari pagi bawak ke sekarang. Pagi-pagi dah cabut rumput kejap tapi boleh lak jumpa semut api berenti terus. Lepas tu tolong Aiyan berlatih nyanyi untuk pertandingan sempena Karnival e-Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat JPWPKL. Doakan ya moga Aiyan dapat buat persembahan terbaik dan menang. Dia nyanyi lagu tema boboiboy, fire and water. 

Minggu lepas aku , Edy dan Aiyan berkebun konon nya. Dok buang semua pokok cili yang dah tak elok dan tanam semula yang lain. Mana pasu yang kosong satukan, nak cabut rumput tak dan lagi. Itu yang pagi tadi cabut jugakla sikit. Aiyan pulak hari tu tolong isi tanah dalam pasu dan siram pokok. 


Ada jumpa pokok kunyit dekat semak bawah pokok kemboja, satukan dalam 1 pasu besar

Aiyan la ni sempat ambil gambar aku tengah bebel apa entah

Ini kerja untuk Aiyan

Ada 3 pasu jugakla suruh dia isi tanah

Semua berkumpul, dah tuannya semua kat luar geram la diaorang

Konon nak kurangkan pasu tapi makin banyak, eh camne ni

Semak betul tengok rumput tu

Baru dapat cabut sikit tapi jumpa semut api pulakkkk

Bawah pokok kemboja pun ada semut api jugak, mujur ada ridsect 

Monday, July 26, 2021

DURIAN DURIAN DI EZYDURIAN

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari pejabat sebab dah mula kerja untuk 8 jam.Buat pertama kali ini sejak PKP 3.0 aku pakai baju kurung lagi ke pejabat huhuhui, bersorak baju kurung dan tudung dalam almari tu wei.

Ini aku nak cerita beberapa minggu lepas aku ada gunakan khidmat ezydurian untuk pesan isi durian timbang kilo. Ini lah bahananya terpengaruh masa tengok di IG pasal isi durian yang memacam gaya. Aku pun cuba lah beli, korang pergi je ke IG dia ezydurian nanti isi lah borang yang diberi untuk pilih nak durian jenis apa. Rambang mata semua rasa nak beli, sedia duit je tapi aku pilih yang mampu milik lah. Bagi aku durian dia ok, isi cantik, harga kira berpatutan penghantaran pun kira ok sebab dia akan hantar 2 jam lepas kita buat pesanan. Kalau kita dapat durian yang rosak atau bukan durian yang kita beli boleh isi borang untuk refund duit. 

Aku beli sekali durian balik pulau, kampung kahwin sebab rasa puas hati beli kali kedua durian kampung kahwin dan black thorn pula, nak rasa konon nya

ini aku lupa durian apa.. 

Ini durian kampung kahwin

ini durian balik pulau... 

geram lahai

biji kepet


Nak cuba rasa blackthorn... beli 500g je tapi harga pun dah huhuhuui 

pembelian kali kedua kampung kahwin


black thorn warna dia lawoooo 

ini pulak budak yang tak makan durian, tapi untung jugak mama papa jelah  yang dapat makan puas-puas heheheh

Friday, July 23, 2021

RESEPI ROTI KENTANG BERKEJU

 Assalamualaikum semua,

Resepi ini aku dapat dari fb masakan luar negara tapi sebab cara buat nya ringkas dan senang aku terpanggil nak cuba. Buat roti dengan cara mudah tanpa guna mixer atau bread maker cukup dengan spatula atau senduk. 

Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

2-3 biji kentang direbus dan di lenyek halus

150ml susu suam

2 cawan tepung gandum

1 sudu planta@mentega

1 biji telur

1 sudu besar yis

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

sedikit daun bawang

Keju mozarella


Cara masak:

- Campurkan kentang lenyek dengan susu dan gaul hingga sebati, masukkan gula, garam dan yis rehatkan untuk 5 minit.

- setelah 5 minit bila nampak yis dah bertindak balas masukkan telur, planta dan tepung sedikirt demi sedikit gaul hingga sebati dan masukkan daun bawang.

- Rehatkan adunan untuk 5 minit lepas tu masukkan dalam bekas loyang yang telah disapu planta. Selitkan kepingan mozarella pada adunan roti dan rehatkan untuk 30 minit atau hingga adunan naik seganda.

- Bila adunan dah naik, sapukan permukaan dengan bancuhan telur hingga rata, panaskan oven pada suhu 200 selama 10 ke 15 minit sebelum masukkan roti. Masak dalam suhu 200 untuk 25 ke 30 minit. 

-  Roti boleh makan begitu saja atau cicah sup cendwan, sup pekat atau kari pekat.


Kentang dan susu

Gaul hingga sebati

Gula, garam dan yis

Jangan lupa rehatkan

Dah bertindak balas yis nya

Planta dan telur

Masukkan tepung

Gaul sebati

Boleh juga ganti dengan daun lain, apa juga ikut kesukaan

Rehatkan untuk 5 minit

Masukkan dalam loyang

Selitla keju 2 ke 3 keping, rehatkan hingga naik seganda

Naik sudah

Jangan lupa sapu telur hingga rata

Bakar dalam oven, kalau ada air fryer besar pun boleh masak dalam air fryer

Dah siapppp

Texture dalam roti nya

Bahagian yang kita selit keju

Cicah kuah kari pun sedap, buat roti kali ke 2