Wednesday, August 31, 2022

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65

 Assalamualaikum semua,

Siang tadi nak buat entri tapi lupa, malam kita kongsikan lah. Tapi bila buat entri dengan hp ni dia payah nak susun gambar. 

Apa pun selamat hari kemerdekaan Malaysiaku... kita layan dekat tv jelah. Tak sanggup nak ke Dataran Merdeka,tapi kan bukan main sesak dataran almaklum 2 tahun takde sambutan Hari Kebangsaan meriah gini.























Tuesday, August 30, 2022

JOM BASUH KERONGSANG

 Assalamualaikum semua,

Aku ni suka letak keronsang aku dalam 1 bekas besar yang digunanya ada lah dalam 3-4 ketul je. Yang lain selalunya terbiar sampai berhabuk dan berdebu. Beberapa minggu lepas aku rasa rajin sikit jadi aku basuhla kerongsang aku, rendam dengan sabun basuh pinggan dan air suam rendam untuk 15 ke 30 minit. Gosok-gosok sikit guna berus gigi lama lepas tu bilas, keringkan dan jemur dekat panas. Lepas tu simpanla tempat bertutup ya jangan la letak tempat terbuka hahahha.

Perempuan gini lah, nampak yang cantik beli, beli dan beli yang digunanya sikit je. Aku pulak tak pakai selendang jadi memang pakai 3 bentuk kerongsang jelah tiap hari. Sejenis aku akan guna kerongsang yang sama je dekat bahagian bawah dagu dan bahu kiri , bahu kanan je kadang tukar-tukar juga.

kerongsang bawah dagu selalu sama je, belah kiri lak tak nampak, keronsang belah kanan tu yang selalu nya besar sikit .Bulat ini

atau bentuk bunga ni yang selalu aku guna untuk keronsang belah kanan

ada keronsang mahal dan murah, paling mahal keronsang zhulian

rendam kejap ya

lepas dah dibilas, masa untuk keringkan

terjumpa pulak cincin habib jewel ni, dah lama ni rasanya ada lah dalam 6 ke 8 tahun dulu aku beli ni

Letak dekat luar rumah biar cepat kering

Monday, August 29, 2022

SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

 Assalamualaikum semua,


Sebulan aku ambil masa untuk cerita tentang kisah ini di entri aku. Hari ini 29 Ogos 2022 genap sebulan aku dapat berita yang agak mengejutkan, mengundang kesedihan. Setelah 15 tahun aku kerja di Bahagian yang lama akhirnya aku kena tukar ke bahagian lain tapi masih di JUPEM juga. Dapat surat pertukaran pada 29 Julai 2022 waktu tengahari masa rehat dia punya tergamam tu tak terkata. Aku lapor diri di pejabat lama 8 April 2007 dan akhirnya kena bertukar pada 1 Ogos 2022. Disebabkan terlalu cepat banyak kerja tak siap aku minta 7 hari pengangguhan , pagi di pejabat lama petang aku masuk pejabat baru. Mujurla pejabat baru aku tu dekat je dengan pejabat lama. 

Pejabat lama aku di tingkat 6, pejabat baru di tingkat 7 tapi tetap bahagian yang lain. Setelah habis penangguhan minggu seterusnya 11 Ogos 2022 mereka buat majlis perpisahan untuk aku. Masa sampai pejabat lama tu gelak-gelak je dengan kawan lama tapi masa di minta bagi ucapan depan semua baru 2-3 patah aku dah nangis. Yelah 15 tahun aku dekat pejabat tu banyak kisah suka duka, pahit manis aku dekat situ. Mujur senang dan boleh jumpa kawan-kawan lama bila-bila masa je. Apa pun kene `move on` jugak lah kan. Itulah kisah sedih aku di bulan Ogos ini. Moga aku ok je di pejabat yang baru ini. 

masa baca surat ni memang nak makan pun tak lalu dah

1 Ogos, hari lapor diri di pejabat baru

Bilik setiausaha pejabat di tempat baru comel aje

bilik pejabat di tempat lama, luas kan... 

bersihkan papan kenyataan tepi aku

gambar di hari terakhir di bilik pengarah yang lama

gambar dah simpan semua dah



minggu pertama duduk di pejabat lama, masuk je lif jari ni terus tekan angka 6 dah terbiasa kan.

kawan yang kene tangguh kerja setiausaha pejabat di tempat lama





hari jamuan perpisahan



makanan menambah lemak

dah tak sedih sangat makan jelah kan masa tu

hadiah dari kawan-kawan pejabat

geng-geng budak nakal... ada 5 orang mereka beri beg duit 


ada lagi hadiah dari kawan pejabat yang lain


Pengarah yang sempat ada setiausaha pejabat 10 hari je... heheheh 

gelak-gelak lagi masa ni

ketua geng budak nakal... 




ini kawan yang aku ganti tempatnya, sebab dia pun kena bertukar juga

ini gambar bilik baru aku sekarang, bunga oren tu buat jadi berseri