Friday, February 26, 2021

RESEPI SINGGANG AYAM ALA THAI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini kita bersiaran dari pejabat, Boss minta aku datang untuk setelkan fail teknikal. Saya yang menurut perintah kan, tapi kerja siap boleh la balik awal heheheh. 

Aku nak kongsi resepi singgang ayam ala thai, pertama kali cuba dan aku terus rasa menariknya resepi ini. Senang dan sedap, wajib  untuk di kongsi dalam blog.

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

2 batang serai, ketuk

4 ulas bawang putih, hiris

5 biji bawang merah kecil, hiris

5 biji cili api bangla, hiris

1 inci halia, hiris nipis

2 inci lengkuas, hiris nipis

1 inci kunyit hidup, hiris nipis

1 sudu besar minyak untuk menumis

Air secukupnya

Garam/ gula


Cara masak:

- Tumiskan bahan yang kita hiris tu semua hingga naik bau,  lepas tu masukkan ayam tumiskan kering sebentar

- Masukkan air 3 cawan sedikit gula tutupkan periuk dengan penutup hingga ayam masak.

- Akhir sekali perasakan dengan garam dan bila dah ok secukup rasa boleh matikan api. Siap

Bahan utama nya

Tumiskan dengan minyak sikit je

Campur ayam dan gaulkan dengan bahan tumis sebentar

Masukkan air  secukupnya ya

Bau dia sedap oooo.... bila dah ok secukup rasa masinnya boleh la matikan api

Lupa pulak nak ambil gambar dalam mangkuk... buih tu boleh buang ya

Thursday, February 25, 2021

PHOTO DIARY #8/2021

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari khamis yang mencabar, hari ini lepas sarapan dah kene mula buat roti. Alhamdulillah ada 20 pesanan untuk esok. Moga dapat disiapkan dengan jayanya.

Jom kita layan cerita bergambar.

Aiyan makan kuih tiram, ranggup dia suka bila takde gula.. memang orang nya beri gula asing

Aku gelak tengok jari dia yang hitam macam apa, mak nya kata dia dok garu crayon tu jadi hitam macam main tanah

Menyiapkan tugasan menyanyi lagu NEGARAKU

Buat cuci mata dalam rumah

Bawak budak 2 ekor vaksin, pastu nanti lagi 2 ekor

Senyap je sampai klinik, takut dengar bunyi kucing lain mengiau

Selesai sudah... 

Isnin baru ni ada orang belanja nasi ganja, bendi bukan main banyak dia bagi

Berbunga jugak akhirnya bunga kertas ni... orang kata dia tak suka air

Sesekali layan laicikang ni

Alhamdulillah rezeki hari rabu... 15 bekas

Banyak baju aku bermotifkan bunga warna maroon... jadi asyik pakai tudung maroon je huhuhu


Gambar masa kene cucuk tu... 3.83kg budak ni

Wednesday, February 24, 2021

CUCI MATA , SAKIT KAKI

 Assalamualaikum semua 

Sudah beberapa kali pagi-pagi pusing sekitar rumah, semalam maktek ajak pergi tempat lain. Kene keluar dari kawasan apartment dalam 1km lebih sampai la tempat ini, di perumahan orang kaya tepi ni heheheh. 

Cantik bagi aku, penat kaki jalan pun hilang bila tengok pemandangan cantik. Pergi balik dapat la 2km cuma kawasan rumah aku ni berbukit mengah la jugak.

Tengok live memang lagi cantik

Bila aku kerja kadang sendiri-sendiri dia sampai sini

Nun di atas gunung tu boleh nampak Genting Highlands

Bandar Taman Melawati

Dah puas hati, kita balikla... sebab suami masing-masing nak pergi kerja anak pulak kat rumah

Cuci mata tepi rumah tapi best lg cuci mata jauh sikit hehehehe

Tuesday, February 23, 2021

BAJU TSHIRT COMEL

 Assalamualaikum semua,

Hari ini nak tayang lagi pesan ulang baju dengan adik ipar untuk Aiyan dan Ecah. Bukan main suka Aiyan dapat baju baru dan 2 helai baju little pony untuk Ecah.

Baju ini sehelai RM15 untuk saiz besar dan RM13 untuk saiz kecil. Kain pun sedap pakai dan selesa. Paling comel boleh pilih design, warna dan letak nama. 

Sesiapa berminat, boleh la jenguk di fb adik ipar ku ini.

Cari naqniq printing


Terus pakai baju pony ni, comel warna pink nya

Ini pun comel

Warna hijau untuk Aiyan

Gambar dan tuan yang pakai sama comel

Ini baju yang dia tak sabar sangat nak pakai... 
 

Monday, February 22, 2021

LCD WRITING TABLET

 Assalamualaikum semua,

Selamat bertemu semula di hari isnin yang indah. Heheheh takmo nak monday blues sangat ye. Baru-baru ini kan aku ada belikan Aiyan writing tablet ini, sebab sebelum ini dia asyik buat main adik Ecah punya. Tablet ini untuk lukis atau tulis kira macam white board tapi versi lcd. 

Aktiviti yang Aiyan paling suka, main lukis dan teka. Dia lukis mama teka, pastu mama lukis dia teka. Seronok jugak main lukis teka ini 😁😁. Aku kongsi beberapa yang sempat aku ambil gambar. 

Beli di shopee murah je, belas ringgit hingga 20 an kalau yang lagi advance mahal lagi la

Dia lukis, aku jawab tembikai dia kata salah... pastu dis tulis sepotong tembikai, termalu aku hahahah

Aku lukis karipap tapi dia jawab taco, taco yang kudapan tradisi mexico tu. Gelak besar aku memang diluar kotak jawapan nya.. dia biasa tengok kat kartun, siap cakap ala taco yang ada salad tu mama tak tau ke?

Dia lukis cik teh... bila tanya kenapa cik teh sebab semua kan sama je kucing, dia kata tengok ekor tu... itu tunjuk ekor kembang heheheh

Friday, February 19, 2021

RESEPI SAMBAL TUMIS TOMATO HIJAU

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsikan resepi kegemaran kami adik beradik yang mak biasa masak. Tumis tomato hijau. Sedap tumisan atau sambal ini, rasa tomato tu bila dah ditumis memang sedap sangat. Cumanya kadang susah nak jumpa orang jual tomato hijau, itu bila jumpa terus teringat resepi ini.

Bahan-bahan:

8 biji tomato hijau, hiris nipis

3-4 ulas bawang putih, tumbuk

7 biji bawang merah kecil, tumbuk

10-15 cili api bangla, tumbuk

Segenggam bilis, tumbuk

1 biji bawang besar, hiris nipis

1 sudu besar gula

Sedikit garam

Air secukupnya

Minyak untuk menumis

Cara masak:

- Tumiskan bahan bumbu dan bawang yang di hiris hingga masak.

- Bila dah masak bumbu masukkan tomato dan gaulkan bahan-bahan hingga rata tambahkan gula dan air sedikit, tutupkan kuali sebentar biar tomato lembut

- Bila tomato dah lembut masukkan garam biarkan agak kering sambal, bila rasa tumisan ok secukup rasa matikan api.

Tomato hijau ni beli di pasar malam... jarang sangat jumpa

Bahan utama

Tumis sampai dia masak semua bumbu nya

Bila dah mula kering bolehl masukkan tomato

Kita campurkan bagi bumbu sebati, tambah gula air dan tutupkan dengan penutup

Siap... sambal tumis tomato hijau

Thursday, February 18, 2021

PHOTO DIARY #7/2021

 Assalamualaikum semua,

Sambil menyiapkan sarapan pagi kita buat entri hari ini. Jom lah kita layan cerita bergambar hari ini. 

Selalunya kalau ada sotong, ini antara lauk pilihan... masak kicap


Dah lama tak petik bunga ros tepi rumah... kita petik letak atas coway di dapur

sabtu lepas minta Edy beli troli dan rak di Ikea, ini wajib beli, karipap kembong

Atoknya pasang rak, mereka jadikan tempat lepak

Antara menu wajib seminggu sekali... nasi lemak kali ini sambal kerang

Bila hujan lebat, gini lah cara mereka tidur beramai-ramai

Pokok daun sup sepasu yang tak dapat bertahan, huhuhu 

Kalau datang rumah maklong tak buat sepah memang tak sah hahahah

Roti sardin yang semakin mendapat sambutan... alhamdulillah

Semalam dia ikut mama ke pejabat

Bolehla seluar dia basah masa ke tandas, nasib ada legging mamanya memang spare di pejabat... muat lak tu

Sambil buat kerja sekolah