Friday, December 30, 2022

RESEPI SOTO AYAM

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas aku ada kongsikan resepi aku buat bergedil daging kan dan kata nak kongsikan resepi soto pulak. Selalu aku masak soto guna rempah siap tapi kali ini aku pakai apa yang ada je. Tapi rasanya tetap sedap tau, jom aku kongsikan resepinya.

Bahan-bahan:

500gm bahagian tulang ayam

2 keping dada ayam

1 paket kecik perencah sup adabi

1 paket kecil perencah kurma adabi

1 kiub ayam

3 sekawan

1 bunjut sup bunjut

6 ulas bawang putih, kisar

3 biji bawang besar, kisar

1 inci halia, kisar

Garam ,gula

Air secukupnya

Cara masak: 

- Tumiskan 3 sekawan, masukkan bahan kisar tumiskan hingga pecah minyak. Aku gunakan noxxa nak cepat masak.

- Dalam 1 mangkuk satukan perencah sup dan kurma dan gaul dengan air panas. Bila dah pecah minyak masukkan rempah tadi, tumis kan sebentar hingga pecah minyak.

- Masukkan sup bunjut, kiub ayam dan tulang ayam, tambahkan air dalam 3 cawan dan HP untuk 15minit.

- Bila dah keluarkan steamnya lepas 15minit, boleh la tambahkan garam, gula dan tambah sedikit air ikut pada kita nak kuah banyak mana. Masukkan daun sup dan bawang. Siap

- Dada ayam tadi, aku lumur dengan garam kunyit dan goreng, bila sejuk kita carik-carik dagingnya.









Lupa nak ambil gambar sup dalam periuk... 

Memang sedap tau

Thursday, December 29, 2022

PHOTO DIARY #42/2022

 Assalamualaikum semua,

Entri photo diary terakhir untuk tahun ini. 2022 aku tak banyak entri macam tahun lepas, yelah 2bulan juga aku hilang dari dunia blogger ni. Oklah jom kita layan cerita bergambar ya.

Ahad pagi, 2 beranak ni sarapan kat luar aku malas ikut sebab tengahari nak pergi jemputan

Menu di jemputan kahwin


Jemputan tu kat semenyih, jengukla paksu kat bangi

Kami ke evo mall

Paksu kata dia tak pernah makan di A& W


Wajib pesan onion ring kalau ke A&w


Hai

Pukul 6 petang hantar paksu balik semula

Muka tu buat geram je

Dah lama teringin makan pau kelapa

Gigih buat sendiri biarpun bentuk buruk

Inti kentang daging

Wednesday, December 28, 2022

WW TERIMA KASIH KAK AFZAN

 Assalamualaikum semua,

Terima kasih kak Afzan Sidi hadiahkan Dana cincin tudung ni. Terpilih dapat jawapan hampir tepat teka teki. 



Terima kasih kak cantik sangat



Monday, December 26, 2022

KAMI GENG KAUNTER

 Assalamualaikum semua,

Ini gambar di kedai Puspanita, yang 2 orang tu adik jaga kedai kalau pagi aku selalu juga tolong di kaunter. Jumaat lepas hari terakhir kerja di kedai untuk tahun 2022, minggu ni kedai cuti seminggu. Aku pun memang cuti minggu ni itu yang ajak bergambar sesama. 

Terikut ketinggian pulak bergambarnya



Kami saja pakai baju warna senada... 

Yang paling pendek paling gedik hehehhe

Iman, Dana dan Ana

Friday, December 23, 2022

RESEPI BERGEDIL DAGING

 Assalamualaikum semua,

Sabtu minggu lepas aku terasa teringin untuk makan soto untuk sarapan pagi. Bosan asyik nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, mehun goreng, kuetiaw goreng, mee kari jadi kita nak layan soto pulak. Aku takde perencah soto jadi aku guna je perencah campuran, itu nanti aku kongsi di minggu depan resepinya. Hari ini aku nak kongsi resepi bergedil daging yang aku buat, sangat sedap dan memikat hati. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 kilo setengah kentang 

2 keping daging kisar ramly

5 biji bawang merah kecil, hiris halus

2 biji bawang merah kecil, hiris dadu

1 batang daun bawang, hiris halus

serbuk lada hitam dan sedikit garam

Telur secukupnya

Cara masak:

- Kentang kita kupas belah 4 atau 6 dan goreng hingga empuk. Selepas itu lenyek kentang hingga hancur semua.

- Dalam kuali masukkan dagin kisar masak tanpa minyak hingga hampir kering, lepas tu masukkan bawang merah yang kita hiris 4 biji tu. Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam. Masak hingga daging garing dan sejukkan.

- Masukkan dalam 1 mangkuk besar kentang lenyek tadi, daging kisar, bawang yang kita potong dadu dan daun bawang. Boleh tambah juga serbuk lada hitam dan sedikit garam gaulkan semua hingga sebati ya.

- Lepas tu kita bentukkan la jadi bulat dan leperkan, dan celupkan dalam telur yang kita kacau. Lepas tu goreng dengan api kecil hingga masak.

* Tip untuk goreng bergedil supaya dia elok, masukkan bergedil biarkan hingga dah betul masak baru terbalikkan kalau tak akan hancur. Sebab aku mula-mula jadi gitu hheheheheh 


sambil tengok tv kita kopek kulit kentang

Gaulkan semuanya, daging bukan main banyak

bentuk  kan bulat leper, tapi aku punya bentuk tak sama saiz


yang dah siap goreng, dia punya nak siap kan seksa

buat dulu sikit lepas Edy dah makan baru siapkan yang selebihnya

ini mangkuk Edy dia tak suka daun sup

ini mangkuk aku, bergedil lebih 

Thursday, December 22, 2022

PHOTO DIARY #41/2022

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari khamis, esok hari terakhir kerja sebab minggu depan aku nak cuti seminggu sampai awal tahun. Rancangannya nak balik Kerteh tapi tak pasti lagi sebab dekat sana tengah banjir , mak mentua pun pesan jangan balik lagi minggu ini harap minggu depan dah ok. Tak nak bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar.

Banyak perisa dah love letters ni, tapi bestnya kalau ada jual yang mix ye

minggu lepas makan di kedai siam, somtam dia sedap ooooooi

cik Bu yang sekarang tengah sibuk cari jantan

Dia ni kan putih tapi suka baring merata gini, habis berhabuk bulu tu tukar warna coklat

pelita tepi rumah yang masih elok hidup sampai ke tengah malam

sekodeng awek

lama tak buat cekodok kentang bawang

sarapa aku setiap pagi di hari kerja heheheh


Jus oren pulak

nasib-nasib dapat yang isi kuning tu cair gini... rebus tak guna timer

berangan

dah lama tak makan sate, bila dapat sate yang sedap kejap je habis

sesekali bermanja dengan acik Aiyan

orang Terengganu makan nasi goreng wajib ada keropok gini

Pertama kali buka pintu opis sendiri, berdebar jugak tau

Hari khamis kan , kene lah berbaju batik


kejadian di batang kali, beberapa kawan pejabat yang kene bertugas untuk kaji struktur tanah

Kejadian banjir di kampung mentua

mak mentua dan adik ipar

pergi ke bandar naik kereta, nak balik tak lepas kereta lalu sebab air dah naik jadi balik naik lori... adik ipar 2 orang tu baju merah dengan biru kene naik lori