Wednesday, April 26, 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2023

 Assalamualaikum semua,

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Dah masuk raya ke lima baru buat entri itulah beraya sakan kan. Tahun ni kami ke terengganu dulu dari 19hb sampai 24hb, 24hb sampai 30hb kami ada di Johor. 

Patutnya tahun lepas giliran di Terengganu udah aku sakit jadinya kene ikut giliran juga lah kan. Mana boleh langgar perjanjian heheheh.Tahun ini umah belah terengganu meriah ada 7 beradik yang balik, lagi 2 beradik je beraya rumah mentua. Oklah takmo bebel panjang jom gambar raya kami.

Gambar kat rumah



Kurang 2 keluarga lagi


Wajib bergambar tepi pantai



Angin memang kuat masa ni


3 budak bulat

Cantik pulak bunga putih tu

Tuesday, April 18, 2023

CORNFLAKES MADU KAMI

 Assalamualaikum semua,

Aktiviti kami bila nak raya buat biskut raya bersama. Selalunya biskut ini jelah yang menjadinya pun hehheh almaklum memang takde bakat buat biskut. Tahun lepas aku tak dapat buat maklum duduk ward lama kan. Buat 1kg cornflakes madu lepas tu bagi dua la hasilnya. 

awal-awal ni memang membantu 2 budak kecik tu



buat 2 jenis, 1 dengan madu je 1 lagi letak kismis dan bijan

cepat sikit tahun ini oven besar sikit

kami suka guna cornflakes nestle sebab rupa dia yang tebal bulat

Monday, April 17, 2023

TERIMA KASIH KAK SURIAAMANDA

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas aku dapat lagi hadiah dari kawan blogger, dari kak SA sebagai pemenang top komentator bulan Mac. Alhamdulillah murah rezeki betul rezeki bulan puasa ini, terima kasih buat akak SA. Macam-macam dalam kotak misteri tu, suka semuanya. Moga murah rezeki buat kak SA juga hendaknya.

mula-mula ingatkan barang pesanan kat shoppe yang sampai




macam-maca ada dalam tu tau

jadi tudung raya la jawabnya ni 


Friday, April 14, 2023

RESEPI NASI MINYAK NOXXA

 Assalamualaikum semua,

Dah nak raya kan jadi aku kongsikan menu yang sesuai di masak pagi raya. Ini resepi nasi minyak cara aku, jangan la disamakan dengan cara pakar atau chef terkenal ya. Caranya mudah dan ringkas tapi pastikan sedap tau, jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:

6 cawan beras basmathi, cuci dan toskan

7 cawan air kosong

1 kotak kecil susu fullcream

4 sekawan

2 sudu besar planta

2-3 sudu besar minyak masak

1 kiub ayam

1 daun pandan

3 ulas bawang putih, hiris nipis

1 bj bawang merah besar, hiris

1 batang serai, ketuk

Kismis

Daun sup

Cara masak:

- Gunakan fungsi stirfry masukkan planta, minyak rempah 4 sekawan dan daun pandan. Masukkan bawang putih an bawang merah dan serai tumis hingga layu dan warna keemasan.

- Masukkan beras dan kiub ayam.

- Masukkan susu fullcream, 7 cawan air. Kacau beras dan air masukkan garam secukupnya.

- Tutupkan fungsi stirfry , gunakan fungsi HP untuk 7 minit.

- Bila dah 7 minit, masukkan daun sup dan sedikit kismis, gaulkan dengan nasi dan gemburkan. Siap untuk di makan.










lawankan dengan ayam masak merah, acar mentah dan papadom

Thursday, April 13, 2023

PHOTO DIARY #14/2023

 Assalamualaikum semua,

Hari ini telefon aku buat hal, tiba-tiba gelap. Tekan boleh menyala pastu padam, berkali-kali sampai aku geram rasa. Memang kebosananla kalau telefon buat hal, yelah semua guna telefon hatta kerja seharian pun banyak gunakan dia. Waktu nak raya ni lah dia buat hal, kene bawak ke kedai jugak ni  baiki. Rasanya skrin atau lcd dia bermasaalah tu. Nak muat turun gambar pun kene ada telefon itu jugak kalau tak sunyi lah blog ku. Oklah terbebel pulak, jom layan cerita bergambar.

dah lama pokok kemboja tak berbunga rendah, cantik kan

Dia lah budak manja sekarang ini

alhamdulillah sabtu lepas selamat membayar zakat fitrah

buat karipap
aku suka buat karipap bentuk bulat, tapi emak aku tak suka aku buat bulat sebab banyak guna doh


ginilah orang rumah kecil, dari dapur boleh layan drama


orang jawa kalau tak layan nasi ambeng memang rugi... beberapa kali ulang beli nasi ambeng untuk berbuka

Aiyan membeli kerepek dan cornflakes telur masin hasil jualan kelasnya

Menu semalam, akhirnya setelah lebih 20 hari berpuasa baru dapat berbuka dengan ayam bakar mayo



hari tu bingkai cermin mata dia patah, tengah usha cermin mata  la ni

Wednesday, April 12, 2023

WW HARI TERAKHIR

 Assalamualaikum semua,

Hari terakhir aku jual ayam bakar mayo kat kedai Puspanita sebab dah rasa malas sangat hhehehheh. Buat masa ni memang alhamdulillah habis semuanya tapi itulah kemalasan mengatasi segalanya.

Ayam seketul kecil, kentang, dan makaroni

Bakaran terakhir pagi tadi

set yang RM12, ayam potong 4