Assalamualaikum semua,
Hari ini sibuk dari pagi sampai ke petang, ini waktu rehat dapatla buat entri. Buat entri cepat-cepat kejap lagi nak setelkan kerja pagi tadi lagi ni. Resepi ini aku ternampak dekat tiktok nampak macam sedap je itu yang cuba buat tu dan memang tak mengecewakan. Jom kita cuba buat, tauhu sumbat daging.
Bahan-bahan:
Inti Daging
2 keping daging kisar
5 ulas bawang putih, cincang
2 biji bawang merah, potong dadu
sedikit serbuk lada hitam dan garam
daun sup
Cara masak:
- Masak daging tanpa minyak gaul hinga hancur masukkan bawang putih, bawang merah dan serbuk lada hitam. Gaul hingga kering daging tambah daun sup sejukkan.
Bahan-bahan:
6 keping tauhu (tak perlu potong dua goreng je aku yang silap sebab potong dulu baru goreng)
2 biji telur
Inti daging
Cara masak:
- Tauhu yang dah di goreng potong dua, keluarkan isi nya.
- Campurkan isi tauhu tadi dengan daging tadi. Boleh perasakan dengan garam sikit lepas tu sumbatkan dalam tauhu tadi.
- Celupkan dalam telur dan goreng dengan api sedang. Goreng hingga kekuningan dan boleh cicah sambal kicap.
silap sebab ada yang aku dah potong lepas tu goreng |
wahhh tauhu sumbat daging!
ReplyDeletebiasa buat tauhu bergedil kan yg ni lain sikit nanti kita cuba buat tp tak tau bila la haha
ReplyDeletedah petang ni pantang tengok makanan lalu depan mata semuanya terliur..
sedapnya tahu sumbat dh mcm niaga dah ni
ReplyDeleteOkey..nak buat la....esok beli tauhu...hehehe
ReplyDeleteSedap ni kak..dulu masa kerja kat MBSA, tiap jumaat ada orang jual tauhu sumbat ayam. Selalu beli sebab sambal dia pun sedap. Pernah buat sekali tapi sekali tu jela. Hahaha.
ReplyDeletePuas hati ni kalau dapat makan..tauhu tu saja dah sedap..ada inti daging lagi la berganda sedap
ReplyDeleteWah, idea menarik ni!
ReplyDeleteRasa teringin nak buat. nanti cari bahannya dulu.
Salam
ReplyDeletesedapnya tauhu sumbat daging buat berbuka
ReplyDeleteeh cam senang je kan, sedap pun gerenti sedap ni
ReplyDeletemcm begedel ya dana
ReplyDeletesedapp ni sukaaa suka
Uish.. sedap dan muda.. kenyang pula tu..
ReplyDeleteNampak sedapnyer
ReplyDeletewah...nampak sedap.. mcm tahu begedil la kan.. dap dap
ReplyDeletelebih kurang resipi tauhu begedil lah ek. Okay nanti nak try pulak buat menu ni.
ReplyDelete