Friday, April 7, 2023

RESEPI TAUHU SUMBAT DAGING

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sibuk dari pagi sampai ke petang, ini waktu rehat dapatla buat entri. Buat entri cepat-cepat kejap lagi nak setelkan kerja pagi tadi lagi ni. Resepi ini aku ternampak dekat tiktok nampak macam sedap je itu yang cuba buat tu dan memang tak mengecewakan. Jom kita cuba buat, tauhu sumbat daging.

Bahan-bahan:

Inti Daging

2 keping daging kisar

5 ulas bawang putih, cincang

2 biji bawang merah, potong dadu

sedikit serbuk lada hitam dan garam

daun sup

Cara masak:

- Masak daging tanpa minyak gaul hinga hancur masukkan bawang putih, bawang merah dan serbuk lada hitam. Gaul hingga kering daging tambah daun sup sejukkan.

Bahan-bahan:

6 keping tauhu (tak perlu potong dua goreng je aku yang silap sebab potong dulu baru goreng)

2 biji telur

Inti daging

Cara masak:

- Tauhu yang dah di goreng potong dua, keluarkan isi nya.

- Campurkan isi tauhu tadi dengan daging tadi. Boleh perasakan dengan garam sikit lepas tu sumbatkan dalam tauhu tadi. 

- Celupkan dalam telur dan goreng dengan api sedang. Goreng hingga kekuningan dan boleh cicah sambal kicap.






silap sebab ada yang aku dah potong lepas tu goreng 








15 comments:

  1. biasa buat tauhu bergedil kan yg ni lain sikit nanti kita cuba buat tp tak tau bila la haha
    dah petang ni pantang tengok makanan lalu depan mata semuanya terliur..

    ReplyDelete
  2. sedapnya tahu sumbat dh mcm niaga dah ni

    ReplyDelete
  3. Okey..nak buat la....esok beli tauhu...hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedap ni kak..dulu masa kerja kat MBSA, tiap jumaat ada orang jual tauhu sumbat ayam. Selalu beli sebab sambal dia pun sedap. Pernah buat sekali tapi sekali tu jela. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. Puas hati ni kalau dapat makan..tauhu tu saja dah sedap..ada inti daging lagi la berganda sedap

    ReplyDelete
  6. Wah, idea menarik ni!
    Rasa teringin nak buat. nanti cari bahannya dulu.

    ReplyDelete
  7. sedapnya tauhu sumbat daging buat berbuka

    ReplyDelete
  8. eh cam senang je kan, sedap pun gerenti sedap ni

    ReplyDelete
  9. Uish.. sedap dan muda.. kenyang pula tu..

    ReplyDelete
  10. wah...nampak sedap.. mcm tahu begedil la kan.. dap dap

    ReplyDelete
  11. lebih kurang resipi tauhu begedil lah ek. Okay nanti nak try pulak buat menu ni.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...