As salam semua kawan-kawan,
Selamat hari jumaat semua,
Hari ini aku nak kongsi resepi mudah yang rasanya dah ramai orang kongsi, aku je yang baru terkedek-kedek nak cuba. Aritu aku dah cuba masak sekali, masa paksu datang aku masakkan lagi sebab katanya dia tak pernah cuba lagi. Cuma silap aku buat agak pedas, paksu tu bukan makan pedas.
Tak berkesempatan lagi nak cuba buat dengan sotong atau udang, hari kerja aku memang tak masak sekarang ni. Kalau masak pun yang simple-simple je sebab Edy selalu balik lewat malam, aku selalu masak untuk Aiyan je. Hujung minggu baru lah rajin masak lauk yang sedap dan special sikit.
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam yang di potong kecil dan di goreng dengan tepung
1/2 tin susu cair
3 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih- dicincang
4 biji cili api- potong kecil
2 tangkai daun kari
sedikit garam
Cara masak:
- Panaskan mentega dalam kuali, masukkan bawang putih, cili api dan daun kari
- masukkan susu cair dan masukkan ayam goreng, gaulkan rata
- perasakan dengan garam biarkan seketika hingga kuah pekat
- Siap untuk di hidangkan
|
bahan-bahan utama |
|
agak-agak dalam 3 sudu besar , rasanya lah |
|
Tumiskan bahan-bahan ini hingga naik bau... sebelum ini aku pernah tambahkan bawang besar, tapi kali ini aku cuma guna bawang putih je |
|
masukkan susu cair ye kawan-kawan |
|
masukkan ayam goreng tadi, biarkan sebentar hingga kuah agak pekat |
|
begini lah rupanya, masa ini kuah dia nampak banyak... tak lama tu dia akan memekat |