Monday, September 30, 2019

PROGRAM WANG SAKU DI AEON BIG WANGSA MAJU

As salam semua kawan-kawan,

Hari jumaat lepas bersamaan 27/9/19 aiyan dan kawan-kawan ada program wang saku di aeon big, dari hari rabu dia dah berkobar-kobar menanti hari jumaat.  Program yang paling dia suka, sebab boleh beli apa yang dia mahu tanpa mama atau papa kata apa.  

Cikgu suruh bagi sorang rm10 atau rm20 je, tapi tahun lepas bagi rm20 tapi lastnya mama berhutang rm18 dengan cikgunya. Tahun ni untuk langkah berjaga-jaga kami bagi rm50, rm10 bagi mula-mula, kat cikgu di hari kejadian bagi lagi rm40 tapi minta kakak ppm pegangkan.  

Masa ambil dia tu, aku memang nampak setiap murid ada bawak 1 beg milo yang besar, dan ada yang bawa 1 lagi beg jajan. Lepas dah jumpa aiyan , aku mampu geleng kepala.  Dia bawak 1 beg milo, dan 2 beg jajan aduhai. Tak lama lepas tu ada ppm jumpa aku bgtau. Mula-mula dia nk beli mainan harga rm49 tapi ppm pujuk suruh dia beli makanan.  

Aku dengan edy ok je, takde nya kami nak marah. Kami mampu gelak jelah... redho, selalu kalau pergi beli barang paling banyak jajan dia boleh beli 2 je. Tapi bila beli sendiri memang teruk bebeno gayanya 😆


meriah betul masa ni, masing-masing dapat cup cakes sorang 1

bukan besar kek nih kan, si aiyan kata sedap kek besar tu mama... aiyan makan banyak 
apa nama maskot nih, aku pun dah lupa
orang lain bawak bakul, aku rasa si aiyan bawak troli kot
kakak ppm tolong amikkan gambar pipi pau 


masa aku ambil kat sekolah,  penuh tangan sampai belon dia entah mana hilang

mama suruh senyum, tapi sebab dah kepenatan dia punya senyum pun macamni

2 plastik besar dia punya nih

beg milo nih rupanya berat ko, semua murid ppki dapat 1 beg tau... 

ini semua isi dalam beg milo tuh... muka senyum gembira

tak sampai 2 minit baring dia dah tertidur, penat sangat shopping hheheheh

ini jajan yang dia beli,2 plastik besar nih 

aku pun tak pernah beli milo dalam tin gini... hahahhaha patut la berat macam apa



burger machicken mcD nih bersungguh dia makan, salad dalam tu pun dia makan 

tinggal beberapa ringgit je baki nya









Friday, September 27, 2019

Resepi Ayam Buttermilk

As salam semua kawan-kawan,

Selamat hari jumaat semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi mudah yang rasanya dah ramai orang kongsi, aku je yang baru terkedek-kedek nak cuba.  Aritu aku dah cuba masak sekali, masa paksu datang aku masakkan lagi sebab katanya dia tak pernah cuba lagi.  Cuma silap aku buat agak pedas, paksu tu bukan makan pedas.

Tak berkesempatan lagi nak cuba buat dengan sotong atau udang, hari kerja aku memang tak masak sekarang ni.  Kalau masak pun yang simple-simple je sebab Edy selalu balik lewat malam, aku selalu masak untuk Aiyan je. Hujung minggu baru lah rajin masak lauk yang sedap dan special sikit. 

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam yang di potong kecil dan di goreng dengan tepung
1/2 tin susu cair
3 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih- dicincang
4 biji cili api- potong kecil
2 tangkai daun kari
sedikit garam


Cara masak:
- Panaskan mentega dalam kuali, masukkan bawang putih, cili api dan daun kari
- masukkan susu cair dan masukkan ayam goreng, gaulkan rata
- perasakan dengan garam biarkan seketika hingga kuah pekat
- Siap untuk di hidangkan

bahan-bahan utama

agak-agak dalam 3 sudu besar , rasanya lah

Tumiskan bahan-bahan ini hingga naik bau... sebelum ini aku pernah tambahkan bawang besar, tapi kali ini aku cuma guna bawang putih je

masukkan susu cair  ye kawan-kawan

masukkan ayam goreng tadi, biarkan sebentar hingga kuah agak pekat

begini lah rupanya, masa ini kuah dia nampak banyak... tak lama tu dia akan memekat

Thursday, September 26, 2019

Photo Diary #32/2019 - Paksu ke UKM

As salam semua kawan-kawan,

Photo diary hari ini aku nak kongsi tentang kisah aku hantar adik bongsu aku untuk daftar di UKM, Bangi.  Alhamdulillah setelah habis program diploma di Unisza pada bulan Mei 2019, tak lama lepas tu lepas raya dia dapat kerja sebagai guru ganti sampai bulan September.
 
Keputusan UPU keluar dia tak berjaya sebab dia memohon ke UPU dengan keputusan diploma yang tak lengkap di sebabkan beberapa masalah Unisza.  Lepas tu dia buat rayuan dan dapat tawaran ke UIA cuma masa tu terlalu singkat, dia dapat keputusan pada hari rabu petang dan kena daftar pada jumaat pagi. Dan masa tu dia masih lagi mengajar, jadi setelah bincang dengan aku, dia nk tolak tawaran ke UIA. 

Mungkin memang rezeki dia, dia dapat tawaran kemasukan kedua ke UKM pada minggu lepas dan masa tu dia dah buat persediaan dan di permudahkan. Jadi isnin baru ni yang aku cuti tu, hantar dia daftar.  Sepatutnya daftar untuk kemasukan kedua pada hari jumaat sebab dia dapat keputusan tu lewat jadi dia telefon UKM dan minta untuk daftar pada isnin.

Adik aku ni dulu ambil diploma TESL di Unisza, sekarang dia dapat sarjana muda TESL  di UKM. Kakak-kakaknya tak sangka yang dia memilih untuk jadi guru bahasa inggeris.

* aku cuba untuk mengelak menggunakan perkataan singkat, sebab aiyan dan rajin baca entry aku dan dia tak faham perkataan singkatan tu 😅

edy ambil adik aku di TBS pada sabtu malam, ini gambar pagi ahad masa dia sarapan dengan aiyan

pagi ahad tu aku, maktek dan paksu ke Mr DIy untuk beli barang keperluan nya

Budak baju merah itu pun sibuk nk beli apa yang paksu nya beli... 

Paksu beli cawan dia pun nak beli cawan jugak, ikutkan jelah

Paksu beli biskut, dia pun nak jugak

ahad malam, paksu makan kat rumah je sebab kakaknya dah kepenatan siang hari tu berjalan je

sebelum tidur tu aku suruh dia kemas barang keperluan dalam beg ikea saiz besar, mudah untuk bawa esok pagi nya

Dia ada bawak 2 beg besar dan 2 beg kecil termasuk beg laptopnya

dalam pukul 8 lebih kami sampai ke UKM

Disebabkan dia dah lambat untuk daftar, dia kene ke pusat pengurusan akademik untuk daftar 
lepas dah daftar di pengurusan akademik, dia kene daftar di kolej kediaman pula, dapat kolej tun hussein onn

Lepas dah daftar semua, hantarlah barang ke bilik dulu sebab lepas ni kene daftar kat fakulti pula

Disebabkan kolej dah ada pelajar, jadi lelaki je yang boleh hantar... aku dengan aiyan duduk dalam kereta jelah yek

kolej kediaman nya cuma 3 tingkat je, dia dapat di tingkat 2


antara fakulti di UKM... nampak old fashion bangunan fakultinya

daftar di sini

sesudah daftar di fakulti, kami kene ke pusat kesihatan pula untuk buat xray dan pemeriksaan kesihatan lain

disebabkan kawasan UKM yang luas, disediakan banyak bas mengikut zon untuk pelajar-pelajar di sini, harapnya paksu dapat biasakan diri dengan zon masa bas ini lah

lepas siap urusan di pusat kesihatan kami keluar makan, boleh pulak terjumpa arked permainan dalam bangi gateaway nih... kene pau lah dengan aiyan, masa ni selepas kami cari bantal ke MR DIy

hantar paksu ke kolej kediaman dia dulu, hantar bantal sebelum hantar dia semula ke fakulti sebab dah perlu hadiri kelas pukul 2 petang

bye-bye paksu, semoga di permudahkan semuanya

dewan kuliah, masa ni dia terjumpa dengan kawan semasa di Unisza

Wednesday, September 25, 2019

Drumstick Pika pika..

As salam semua kawan-kawan,

Haritu ternampak kat blog cik Rose pasal drumstick nih, teringat pernah try sebelum ni, tapi bila nampak semula teringin pulak.  Kedai puspanita kt lobi bangunan opis aku ni memang ada jual aiskrim, mudahla nak membeli.  Selalu si aiyan je yang ngepau aiskrim sesekali mama nak jugak layan. 
Jumaat lepas lah ni, aiyan ajak singgah beli aiskrim. 

Sedap drumstick pika-pika nih, aku suka rasa aiskrimnya yang tak manis sangat dan kon coklat tu ,best lah... layan lak masa hari panas.

Masih penuh lagi tong nih, macam-macam pilihan ada
warna dia memang menarik

comel pokemon tu dengan isi nya sekali

kacang dia tu banyak... 



sedap tau, sila lah cuba ye kawan-kawan


ini budak yang selalu ngepau ni...