Monday, January 31, 2022

GIANT MINI UKAY PERDANA

 Assalamualaikum semua,

Ada kedai baru bukak dekat dengan rumah aku, Pasaraya Giant Mini. Baru buka hari jumaat lepas kalau tak silap. Dekat sangat dengan rumah dalam 5 minit sampai la. Walaupun tak la besar tapi kira ok lah kan. Dekat Bukit Antarabangsa memang ada 1 pasaraya Giant kalau dari rumah dalam 10-12 minit jugak la. Memang selalunya itu tempat aku beli barang ruma, ini dah ada yang mini memangla kita buat lawatan tapak. heheheh



bawang, kentang dan buah-buah di susun dekat luar

barangan basah, lauk dia dah siap bungkus. Kira ok jugak janji ada barang basah untuk lauk

budak baju oren tu la seronok nak membeli jajan


tempat sayuran pun ada jugak

ada jugak kacang dan kudapan dah siap bungkus



ini pagi hari pembukaan, ada kawan kirimkan gambarnya rumah dia dekat apartment atas Giant mini ni



Friday, January 28, 2022

RESEPI MUDAH ROTI SOSEJ

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku tak dapat kongsi resepi, sebab dah kehabisan idea dah lama tak masak wei. Kalau ada pun yang mudah-mudah je 😅. Aku nak kongsi pasal turutan kerja buat roti sosej heheheh. Sebab malam tadi aku buat roti ni, ada yang pesan. 

Aku kongsi jugakla resepi nya kot-kot ada yang nak cuba ya. Resepi mudah je

Bahan-bahan:

500g tepung roti @tepung gandum

1 paket mauripan

2 sudu besar planta

5 sudu besar gula

Sedikit garam

2 sudu besar susu tepung

250 ml air sejuk

1 biji telur

Sosej yang telah di rebus dan belah tengah

Mayonis 

Sos

Paper cup bulat

Cara sediakan:

- Dalam bread maker masukkan air sejuk, telur, tepung gandum, gula, garam, susu tepung dan planta. Uli untuk 20 minit dan biarkan 10 minit.

- Selepas 10 ke 20 minit masukkan mauripan dan uli semula untuk 20 minit atau boleh guna fungsi uli roti untuk sejam setengah. 

- Bila dah bunyi keluar kan doh, timbangla ikut berat yang disukai dan letak dalam paper cup bulat.

- Ambil sosej, tekan kan doh dalam paper cup, biar naik dalam 20 minit pastu baru boh sos dan mayonis. Bakar dalam oven dengan suhu 160- 180 selama 15 ke 20 minit. Sebelum tu panaskan oven selama 15 ke 20 minit dulu. 

Lepas dah naik, mula-mula je rajin aku bulatkan dulu doh tu...pastu aku tekan je dengan sosej

Dah naik gebus semua baru letak mayonis dan sos cili, kalau nak tambah boh cheese pun ok

Lepas dah bakar, makin bulat kembang dia

dah sejuk masukkan dalam bekas

Thursday, January 27, 2022

PHOTO DIARY #4/2022...

 Assalamualaikum semua,

Berjumpa lagi kita di hari khamis yang indah, indahla esok dah jumaat kan hehehhe. Rutin sekarang ni asal khamis pakai baju batik, tapi hari ini tak macam budak balik asrama dah heheheh.

Oklah malas bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar.

gambar khamis lepas, balik sekolah muka seposen.. dia ada aktiviti sukan dah 2 minggu

lompat tinggi

masa hari ini lari berganti-ganti rasanya

waktu rehat hari jumaat, ini lah kerja aku buat

budak degil, suka lah duduk atas coway ni... pastu mati terus bila dok picit-picit atas tu

selasa baru ini bekas pengarah datang pejabat, hantar balik komputer riba, PA ajak lah berwelfie dia ok je

serangga perosak yang kerjakan pokok terung Edy

nak berbunga dah pokok terung Edy ni

ini namanya Wild Moments, aku beli bulan September bunganya selalu tak menjadi tapi kali ini baru nampak menjadi... tak sabar nak tengok dia kembang sepenuhnya

apalah nama dia, lupe lak aku... 

ini bunga ros yang paling tinggi kat rumah ni, susah betul nak  ambil gambar

tempat lepak dia hampir tiap malam, walaupun tak sedar badan besar 


sekarang ini pukul 7 pagi pun masih gelap gelita macam ini

bila semangat tengah rajin memanik, rajinla beli manik lagi

bangunan majlis agama islam WPKL... cantik

Wednesday, January 26, 2022

WW KUCING DAN RUMPUT KAPAL TERBANG

 Assalamualaikum semua,

Ini bukan kucing aku, tapi memang banyak kucing suka lepak depan rumah makan rumput kapal terbang ni. 

udah lama tak cabut rumput, panjang macam apa da...

Tuesday, January 25, 2022

EDIBLE GARDEN AKU

 Assalamualaikum semua,

Dulu-dulu aku suka sangat tengok rancang mat salleh pasal `edible garden`, kebun tepi rumah yang tanam memacam. Bila dapat peluang duduk rumah sendiri dan ada tanah sikit memang hati ni gumbira lah. Itu yang macam-macam di tanamnya, aku tanam pokok yang aku boleh guna untuk masakan. 

walaupun halus tapi bau dia tetap kuat


semua ambil tepi rumah... 

untuk masak tomyam campur

Monday, January 24, 2022

TERIMA KASIH KAK AMIE, SALAMI SIMON

 Assalamualaikum semua,

Sebenarnya pagi ini aku ada temujanji di HKL pukul 9 pagi. Tapi sebab sampai pejabat dah awal kita buat entri dan kerja dulu kejap. Moga yang baik-baik saja untuk temujanji hari ini, harap tak kene marah walaupun harapan untuk kene bebel tu ada hahahha gasakla malas nak fikir nanti aku yang tertekan pulak.

Antara blog yang aku suka baca dan komen adalah blog kak Amie ni. Lagilah bila dia cerita pasal jalan-jalan dia sekitar Sabah atau ke mana saja, terasa macam dapat sampai ke sana juga. Perkongsian nya pasal masakannya yang memang mantap pun buat aku tak terlepas peluang untuk selalu jenguk blognya. Tak sangka tahun ini dapat juga ole-ole dari kak Amie untuk pengomen di tahun 2021

Terima kasih ya kak, macam-macam hadiah yang diberi . Moga akak akan terus sukses dalam berkarya.


setelah dibuka beg nya

isi dalamnya, memang terasa berat

Dapat kain batik warna maroon ungu, cantik memang warna kegemaran aku

ada buku, dompet bentuk ikan yang comel dan key chain

dah selamat aku letak bersama gugusan kunci kereta

Friday, January 21, 2022

RESEPI LAKSA LEMAK TERENGGANU

 Assalamualaikum semua,

Aku kan tengah tak rajin masak jadi takde resepi terbaru. Cuma selasa lepas aku ada buat laksa lemak jadi aku kongsi lagi lah resepi ini, tahun 2020 dulu aku pernah kongsi jugak. Takpe kan janji resepi, mana tahu ada yang nk cuba masak kan.

Laksa lemak ini wajib minta mil buatkan bila balik Kerteh, tapi lama dah tak balik sana rindu pulak. Jom la aku kongsikan resepinya ya.

Bahan-bahan:

12 ekor ikan selayang/ ikan sardin - rebus dengan garam dan asam keping

3 kotak kecil santan

1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar (ikut suka nak tahap mana pedasnya)

4 biji bawang merah kecil, kisar

2 ulas bawang putih, kisar

5 asam keping

5 - 10 cawan air (boleh tambah ikut pada kesesuaian)

2 paket laksa beras, rendam dan rebus

Kobis

Bunga kantan

kacang panjang

tauge 

Timun

Cara masak:

- Ikan yang dah di rebus, sila lah asingkan isi dengan tulangnya ya (ini benda paling hilang sabar)

- Kisar bawang putih, bawang merah dan isi ikan dengan air rebusan hingga hancur, kisar lagi 1 bahagian ikan tapi jangan hancur sangat

- Masukkan bahan yang kita dah kisar dalam periuk dan masak kan untuk 10-15 minit api sedang, tambahkan 2 asam keping

- Masukkan santan dan tambahkan air, ikut pada nak pekat mana.  Masukkan garam dan serbuk lada hitam masa dengan api kecil.

- Bila dah masak boleh matikan api dan sediakan bahan lain.

- Sila potong halus bahan-bahan ulaman nya ya

- Bila laksa dah lembut bolehla di rebus untuk 15 ke 20 minit hingga empuk tapi jangan lembik sangat. Sila toskan laksa

- Siap untuk di makan dengan sedikit cili boh dan belacan. Laksa lemak selalu takde sambal belacan atau sambal cuka.

*Kuah laksa lemak ini sama je macam kita biasa jumpa dengan laksam. 

aku pakai laksa beras yang ini, kalau balik kertah ada laksa beras yang halus lagi 

rebus dengan asam keping untuk hilangkan bau hanyir

Toskan dan biarkan sejuk ya

bercinta nak habiskan 12 ekor ikan ni

ini hasilnya yang telah dibuang tulang.. sebelum kisar periksa lagi kalau ada tulang

jangan guna semua bawang putih, nanti bau kuat sangat aku guna 2 ulas je bawang putih, dan 4 biji bawang merah kecil


ini yang halus, kisaran yang kedua boleh kasar sedikit

hambik, seperiuk besar

Masukkan asam keping

setelah masukkan santan baru tambah serbuk lada hitam kasar

antara ulaman yang ada
wajib ada tauge juga

laksa beras yang dah selamat direbus, buat banyak sebab nak bagi jiran-jiran



macam ni cara makannya, letak sedikit cili boh atau cili kisar, sedikit belacan juga

nikmatnya