Tuesday, November 30, 2021

KARIPAP BESAR

 Assalamualaikum semua,

Maaf lambat sangat buat entri hari ini, kesibukan dari pagi sampai sekarang baru ada lega sikit. Hari ini gerai jual sarapan bawah pokok tepi simpan rumah tutup, jadi secara automatik kene beli karipap besar di Keramat. 

2 biji Aiyan bawak ke sekolah untuk bekal, sebiji dia makan dalam kereta. Yang lain simpan petang nanti balik dia mesti nak makan lagi. Suka beli karipap besar di Keramat harganya RM1.50 isi nya penuh dapat pulak  makan panas-panas.

Memang besar karipapnya

aku belah dua sebab Aiyan nak makan, sejukkan dulu

Letak dekat sini cepat sikit sejuknya... hahaha

Monday, November 29, 2021

POKOK KETUMBAR NAN SEBATANG

 Assalamualaikum semua,

Aku nak cerita pasal pokok ketumbar aku nak sebatang. Sebelum ini aku pernah tanam pokok ketumbar 1 pasu. Memula semai elok semua lepas tu silap letak kene air hujan melimpah , mati semua tinggal sepokok je.

Lepas tu baru ini aku perasan ingatkan ada apa, rupanya ada bunga dah hehehhe... kita tunggu nanti jadi tak buahnya hehehhe... 


sepokok je halus pokoknya

nampak bunga nya

dia baru berkembang... kuat bau ketumbarnya yang bunga ini


aku ada semai pokok ketumbar kat pasu lain...  harapnya membesar lah dia... 

Friday, November 26, 2021

RESEPI KORDIAL DAN JEM ROSELLE

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan, sejak balik dari kampung aku tak pernah masak menu yang dapat di kongsi kat sini. Boleh di katanya hari kerja memang aku tak masak huhuhu tak tahu la tahap malas yang macamne. Balik kerja rasa dah penat sangat, mana dengan urus tanaman pastu kucing lagi mula lah malas masak muahahhaha. 

Jadi hari ini aku nak kongsi resepi ringkas buat kordial dan jem roselle yang aku buat kat kampung. Memang mudah dan rasa dia menyegarkan, teringin jugak nak buat lagi lah kat sini pun.

Kordial Roselle

Bahan-bahan:

20 - 40 biji buah roselle (kopek bersihkan buang bijinya)

2 -3 cawan air

5-6 sudu besar gula pasir

Cara masak:

- Lepas bersihkan buah roselle basuh bersih buah tu, masukkan dalam periuk bersama dengan air dan gula, masak hingga buah roselle tu lembut.

- Boleh la tapiskan buah roselle yang tinggal untuk ambil kordial roselle

- Simpan dalam peti ais, kalau nak buat air tinggal tambah kan air dan ais


Jem Roselle

Bahan-bahan:

Buah roselle yang telah di rebus 

6-7 sudu gula ( boleh tambah kalau kurang manis)

Sedikit air 


Cara masak:

- Buah roselle tadi kan kita tapis, hampas roselle tu kita kisar dengan sedikit air hingga hancur.

- Masak dalam kuali roselle yang kita dah kisar dan masukkan gula, gunakan api kecil masak hingga pekat 

- Bila dah sejuk boleh simpan dan guna


ini rupa buah roselle kot la ada yang tak kenal 


Buang biji dia lepas tu masak lah dia 


Nanti dia kan tukar jadi warna gini masukkan gula tau kacau dan masak lagi kejap sampai lembut roselle nya tu



Lepas kita tapiskan kordialnya buatla air roselle, sedap wei 


Lepas kita kisar, masak dalam pan lepas tu tambah gula 

masak lah hingga jadi pekat dan bila sejuk simpan dalam bekas

Sedap masam manis... warna dia tu cantik

Thursday, November 25, 2021

PHOTO DIARY #44/2021

 Assalamualaikum semua,

Maaf ya kawan-kawan lambat buat entri, pepagi banyak kerja nak dibuat. Nak bebel panjang pun tak tau nak bebel apa, mehla kita layan cerita bergambar ya.

Cuba hantar donat pandan di kedai Puspanita, tapi silap guna cetak besar tak nampak gebu... tapi laku juga hehehe

Maktek buat rojak petis, dia bagi kat kakanya semangkuk... aduh sedapnya terus rasa nak buat lagi...

ahad lepas Edy kerja, datang la jalan ke rumah 2 beranak ni... lama tak jalan rumah maklongnya

isnin baru ni Edy hantar ubat aku yang di ambil dekat farmasi HKL, dia hantar waktu tengahari aku lepas ambil Aiyan, terus ajak makan di kedai Puspanita. Si Aiyan la paling seronok dapat makan dengan papa nya sekali

nampak dah subur boleh petik nanti buat sayur bening

Ada kawan di Johor pesan kerongsang, udah selamat diposkan moga selamat sampailah

Akhirnya dapat dia sarapan di Kedai Acik Leha, Keramat Mall

keronsang yang mahal sikit aku beli dan pakai sendiri, menggoda betul yang bunga ni

pagi pakai keronsang ini... 

pukul 11.00 pagi kita tukar lain pulak... 

beli sejadah untuk hadiah perpisahan buat kawan pejabat yang dapat pindah balik kampung



gambar kenangan dengan 2 orang akak yang akan berpindah ke Kelantan dan Perlis, balik kampung... mereka berdua mula kerja di JUPEM ni pada tarikh yang sama dan dapat balik negeri pun tarikh sama setelah berkhidmat di sini selama 24 tahun

Kalau dalam perjalanan balik aku nyanyi seorang orang belakang senyap je mesti dia tidur heehhehe

biji kencur sampai dah bertunas, itulah bila aku `rajin` sangat masak

tanam jelah moga tumbuhla pokoknya... musim hujan selalu senang nak hidup

alhamdulillah, kerongsang yang banyak dah tinggal ini ja... 

Wednesday, November 24, 2021

KAKI PAW DUIT MAMA

 Assalamualaikum semua,

Ambil dari sekolah, singga kedai Puspanita, dia terus ke bahagian belakang kedai. Membeli belah tanpa rasa bersalah, setiap pagi wajib sarapan dan bekal kuih. Ini lah budak kaki paw mama nya ni.

Mama pun kene rajinkan diri cari duit poket lagi, ambil tempahan roti bun, jual buah potong, jual keronsang .  Moga akan sentiasa ada rezeki buat mama, buat kita. 

Sebelum dia makan jajan ni dia dah makan dah sejenis jajan biskut celup coklat, air dia ambil milo tin aku suh tukar air mineral je


ini rakaman mamanya bebel hahahha

seminggu sekali buat roti bun

jual kerongsang dengan kawan pejabat, dah macam makcik pasar malam

letak keronsang di kedai puspanita juga..

jual buah potong di kedai puspanita juga... 

Tuesday, November 23, 2021

PEKEBUN KECIL

 Assalamualaikum semua,

Cerita jumaat lepas, dia ada aktiviti berkebun di sekolah. Cikgu siap pesan untuk bawa sarung tangan, gigih ingatkan Edy untuk belikan sarung tangan untuk dia. Pagi sebelum hantar dah pesan, nanti Aiyan tolong berkebun tau jangan duduk je. Papa dah belikan sarung tangan baru tu... 

Dalam pukul 10.00 dapat whatsapp dari kakak PPM gambar dia tengah sibuk berkebun. Katanya `Aiyan semangat berkebun, sampai berpeluh-peluh`, hehehhe. Aktiviti berkebun ni selalunya sebulan 2 kali, sebab depan kelas dia memang ada kebun dan taman bunga, cantik tau. Macam-macam pokok sayuran, ulam di tanam. Balik rumah aku tanya mana sarung tangan tu, `oh sarung tangan tu dah kotor kene tanah, Aiyan buang lah` takpelah nak, papa beli kat kedai eco je, 2 pasang RM2.20 je.

Kalau tidak dia tak buat kerja, duduk je sebelum-sebelum ini


Monday, November 22, 2021

MAIN MASAK-MASAK DENGAN ADIK-ADIK

 Assalamualikum semua,

Plan nak balik kampung memang sebulan sebelum tu pikir dan rancang dengan maktek (adik no 3). Aku teringin main masak-masak beroden atau steamboat dan grill dengan adik beradik. Jadi 2minggu sebelum balik kampung aku dah pesan di shopee 2 in 1 Electric Hot Pot BBQ Pan Grill, ambil yang saiz sedang. 

Sabtu malam 13hb kami buat masak-masak ni, masa tu Edy dan adik ipar dah sampai. Seronok betul rasa malam tu, main masak-masak borak riuhla . Lepas ini memang kalau balik kampung akan ulang lagi, abah dengan emak tukang makan je. Perap udang, ayam , sosej yang lain bebola, cendawan dan sayur kangkung je. Aku buat sos thai ala kharulaming tu. 

Nasib ada meja ala-ala jepun ni... semua duduk bersila

Ayam kami bakar dekat oven

bakar udang dan sosej je dekat sini

bau dia semerbak harum



masa baru sampai di kampung... 

nasibla kira ok sedang elok je saiznya

Saturday, November 20, 2021

PERGI TAK KEMBALI

 Assalamualaikum semua,


Sejak beberapa hari aku ada terima berita sedih, baru ini ada kawan lama dari zaman fotopages hingga di FB, kawan alam maya yang membahasakan diri `Abah` nama sebenarnya Hj Syed Azhar. Seorang yang suka mengambil gambar pelbagai situasi dan memang cantik hasilnya, sentiasa rajin bertanya khabar atau suka semua status di FB atau IG. Beberapa hari lepas dapat berita kematiannya, sedih walaupun cuma kenal di alam maya . Alfatihah buat abah.

Yang terbaru, baru hari ini aku perasan di FB, rupanya kak Kamsiah Yusoff telah kembali ke alam adabi pada 1 November yang lepas. Setelah 3 minggu baru tahu tentang kematiannya, memang aku tak sangka. 31 Oktober entri tentang sup rangka ayam adalah yang terakhir dari arwah kak Kam. Aku pasti rindukan semua hasil tulisan, perkongsian dari arwah nanti. Patut lah dah lama tak nampak entri dari Kak Kam rupanya, dia dah kat sana.... Alfatihah buat arwah kak Kam. 


status adik arwah pada 1 November, hari ini baru perasan

hari ini di blog kak Kam pun ada anak nya telah khabarkan

ini abah Hj Syed Azhar, kot ada sesiapa kawan blog  yang kenal