Thursday, December 31, 2020

PHOTO DIARY #42/2020 TERAKHIR DI TAHUN 2020



 Assalamualaikum semua,

Hari ini hari terakhir  di tahun 2020, tahun yang penuh onak duri. Terasa cepat betul tahun ini berlalu tanpa ada banyak yang dapat dilakukan. Moga tahun 2021 nanti akan lebih baik lagi buat kita semua. 

Jom la kita layan cerita bergambar ya. 

Beli dengan kawan di JUPEM ini, dia jual sekilo RM5 je... sebiji ini baru 3.7kg puas makan manis pulak tu

Kita goreng lah apa lagi, semerbak harum 1 rumah


bila papa yang jaga kat rumah, mesti hantar report kat mama nya apa Aiyan buat kat rumah... 


Percubaan tanam bawang putih dan bawang merah dalam botol, tapi itulah lubangnya saiz tak betul... 

menu makan malam hari selasa lepas, mee celup campur... kuah dia mantap pedas yang amat hahahah

Setelah seminggu di rumah, keluar dah pucuk asparagus cuma comel sangat 

Aku beli 2 pokok, nak kene beli lagi pokok nya ni... sikit sangat kalau nak masak ni hehehhe 


beli bunga baru, tak tau apa namanya nih... tapi aku suka bunga nya... biasa jumpa warna ungu tapi kali ini jumpa warna merah jambu pulak

12/12/2020 comot selamat beranakkan 4 ekor anak lagi... 2 ekor pagi 2 ekor petang

Selepas seminggu lebih, silap atok nya lah... haritu lepas anak-anak comot 2 bulan aku dah suruh Edy mandulkan comot dia kata nanti-nanti, sudahnya anak dia baru 3 bulan lebih dia dah bunting lagi... itu yang tak sampai setahun beranak 2 kali


gambar malam tadi, 2 ekor lagi tengah tidur yang 2 ekor ni dok berjaga itu yang culik kejap nak ambil gambar... ini setelah 2 minggu lebih, atoknya kata nak bagi orang yang kecik ini tapi bila tengok corak kucing ni dia macam suka lak

Wednesday, December 30, 2020

TERIMA KASIH KAK AZIAN DAN KAK AIDA

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas aku ada dapat kiriman dari 2 orang kawan blogger ini kak Azian Elias di Shah Alam dan kak Aida di Melaka. Itu antara yang seronok berkawan walau di alam maya, aku ni ada kawan komen di blog pun dah rasa seronok dapat hadiah kiriman lagi la bahagia. Moga Allah murahkan rezeki buat akak berdua ini juga. 😊

Ikan kering, banyak juga diberi

Kerepek belinjau, memang kegemaranku

Bilis halus pun dapat

Gajus mentah... banyak juga

Kerepek belinjau dah di goreng

Ini dari kak Aida...comel

Terima kasih kak

Cute sangat tag dan note ni... nasib bug bukan ulat heheheh

Tuesday, December 29, 2020

BEKAL PULUT KUNING

 Assalamualaikum semua,

Semalam petang masa dok belek kabinet barang kering terjumpa beras pulut ini tengok macam dah nak rosak. Beli mesti masa PKP aritu tapi tak terbuat lagila bila dah mula kerja. Fikir nak masak apa lah ek, mula-mula ingat nk buat pulut pagi atau pulut dengan kelapa tapi bila nampak ada daging. Cepat-cepat basuh beras dan rendam dengan serbuk kunyit. Boleh buat rendang daging dengan pulut kuning.

Rendang tu maghrib dah buat untuk buat lauk Edy makan malam. Pulut tu pulak dalam pukul 10 lebih baru mula kukus. Ikut resepi yang mak mertua ajar buat pulut kuning, senang je dan sedap kejadiannya. Kukus sekali untuk 15 minit lebih kurang, lepas tu keluarkan letak dalam bekas besar, tambahkan sedikit air, gula garam dan santan lepas tu gaulkan hingga sebati, tambah sedikit minyak masak. Lepas tu kukus lagi untuk 30 minit. Pagi tadi kukus lagi sekali sebab nak bawak bekal ke pejabat.

bekal aku hari ini, untuk sarapan dan makan tengahari sekali

selalu aku kukus macam ini , lebih pilih kukus dari tanak sebab kukus pulut jadi cantik

masa baru buka penutup harummm bau daun pandan

Monday, December 28, 2020

KEREPEK NGAKU @ARROWHEAD DATANG LAGI

 Assalamualaikum semua,

Bila tiba akhir tahun selain burger mcD prosperity ada sesuatu yang aku tunggu-tunggu. Ubi ngaku atau arrowhead, orang cina yang biasa masak dengan ubi ni tapi aku suka buat kerepek. Aku buat kerepek pun lepas ada seorang nyonya ni yang bagi cadangan masa aku selalu ke kedai nya beli barang. Sedap katanya, manis lemak dan sehingga hari itu dah 5 ke 6 tahun jadi rutin.

Ubi ngaku ni kalau nak buat kerepek senang je cuma api tak boleh besar macam buat kerepek pisang sebab dia cepat hangus. Petua paling best, masa bersihkan tangkai atas dia jangan buang, supaya senang untuk jadi pemegang bila nak sagat.

Dia bukan sengkuang cina, sebab sengkuang cina warna gelap 

Ini rupa dia tau

Kupas dia jadi gini, belah kanan tu ok ada tangkai, belah kiri tu payah nak pegang untuk sagat

Rendam dalam air dan letak sedikit garam

Selepas 15 ke 20 minit boleh toskan

Aku pakai penyagat biasa je,lebih senang pakai sagat yang ini

Dia agak melekat tak macam kerepek pisang tau, api memang kene sedang

Dah siap kerepek ngaku... rasa dia lemak manis


Saturday, December 26, 2020

WHITEKISH MAGIC CHARCOAL , SENYUM

 Assalamualaikum semua,

Teringat masa ambil gambar kahwin dulu, jurugambar tu ajar untuk senyum `cheese`. Senyum sambil sebut cheese, hasilnya senyuman kita manis sambil nampak gigi. Tapi kalau gigi kita kotor, kuning dan rosak nak senyum sambil sebut cheese pun tak nak kan. Cuma itulah kadang gigi jadi kuning, berkarang gigi dan mulut berbau bukan sahaja disebabkan kita tak gosok gigi tapi dari punca makanan kita dan pelbagai faktor lain.

Bila nak berbual dengan orang tapi nafas kita berbau disebabkan masalah gigi pun rasa tak selesa. Meh nak kongsikan produk Whitekish Magic Charcoal yang diperbuat dari serbuk arang atau acivated charcoal yang dihasilkan dari bahan semulajadi iaitu dari arang tempurung kelapa. 100 % bahan semula jadi, di iktiraf KKM, buatan Malaysia dan penghantaran percuma untuk seluruh Malaysia.

Antara manfaat dan kelebihan menggunakan Whitekish Magic Charcoal

- Dapat memutihkan gigi

- Membantu menghilangkan karang gigi

- Membantu menghilangkan masalah nafas berbau

- Tiada bahan penghakis (peroxide)

- Meneutralkan tahap PH dalam mulut


Produk Whitekish ini telah mendapat kelulusan KKM dan kandungannya selamat digunakan tanpa was-was.


Cara penggunaannya sangat mudah, hanya ikut langkah-langkah seperti gambar di atas dan lihatlah kesannya seawal seminggu penggunaan.


set lengkap Whitekish, serbuk arang dan berus gigi

Model arang di sebelah itu... tapi gigi putih tau

berus yang padat dan lembut 

 Baru 3 kali penggunaan tapi dah nampak hasilnya, kalau seminggu tentu lagi best

 

say cheese... 


Untuk pembelian dan info lengkap boleh klik website dan kontak nombor di bawah:

Website: www.whitekish.com 

017-8898878 (call/ SMS/ whatsapp)


Friday, December 25, 2020

RESEPI KELADI GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi masakan yang sangat mudah. Rupanya lama aku tak masak dan rakam yang ada menu biasa je. Jadi kita kongsi la sarapan pagi ini. Sarapan orang kampung je wei, keladi goreng ranggup cicah sambal kicap. Ini cara mak aku bancuh tepung untuk goreng keladi ,keledek, tempe ( kami tambah lagi biji ketumabar dan jintan). Ini cara mak aku masukkan minyak panas dan air sejuk supaya ranggup.

Bahan-bahan:

1 biji keladi, buang kulit potong nipis cuci dan toskan

10 sudu besar tepung gandum

2 ulas bawang putih, tumbuk

Sedikit garam, tumbuk

Sedikit serbuk kunyit

2 sudu minyak panas

1 1/2 cawan air sejuk

Minyak untuk menggoreng

Cara Masak:

- masukkan tepung gandum dan bawang putih garam dalam 1 bekas besar

- masukkan air sejuk dan bancuh dengan whisk hingga dapat bancuhan yang elok, jangan pekat atau cair sangat. 

- masukkan sedikit serbuk kunyit dan minyak panas, gaulkan hingga sekata

- bolehla masukkan keladi dan goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.

Bawang putih dan garam yang kita dah tumbuk 

Nipis gini lah, ikut suka nak nipis atau tebal ya


Bancuh dengan whisk lebih mudah

Minyak panas dan serbuk kunyit(lupa nak ambil gambar dengan serbuk kunyit)

Gorengla hingga ranggup dan kekuningan


Dah siap... 

Cicah dengan sambal kicap baru terangkat

Keladi lak empuk je sedap... 

Thursday, December 24, 2020

PHOTO DIARY #41/2020

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran di pejabat, selalu kan aku kerja selasa dan jumaat tapi minggu ini dan minggu depan jumaat kan cuti umum itu yang tukar hari ini. Moh la kita layan gambar yang ada yek. Macam biasa cerita bergambar.


beberapa minggu lepas masa adik cody tengah servis penapis air, 4 ekor budak berbulu yang sangat bizi body

nasibla adik cody tu ok je... 

penapis air dia dah kacau untuk penapis udara pun beria tengok, kepochi sangat tau

beria-ia tengok macam lah korang semua paham yek... 


suka kacau aku tengah layan netflix... sudahnya jadi tempat letak tepon hehehhe


geram rasa, habis berterabur semua... dah pesan janga main kat meja manik, apa dia heran

cik teh memang suka mengesel dengan aku, kalau aku baring-baring sibuk la dia tidur sebelah

bila aku duduk kat sofa tengok tv, dia duduk sini sambil gerak-gerak kan ekor tu kacau kita

Pokok cili Edy dah makin banyak berbuah, gumbira hati tak sabar nak petik 

sabtu lepas cikgu kelas Aiyan ada buat google meet dengan kawan-kawan kelas sempena hari terakhir sekolah

4 orang murid je yang turut serta, cikgu ada 2 orang... cikgu yang pakai cermin mata tu nak pindah ke pahang... itu yang dia turun sekali google meet ini... 

Bagi dia buat latihan, ada yang cikgunya bagi ada yang aku cari sendiri, tak nak dia asyik tengok kartun dan main telefon je..