Assalamualaikum semua kawan-kawan,
Cuti CNY hari isnin lepas kami tak keluar sarapan sebab Edy kerja. Pagi tu ke dapur ingat nak masak mehun goreng tapi bahan lak tak cukup, nak buat nasi goreng malas lak nk masak nasi nya. Nak masak maggi goreng tapi tengok tinggal 2 pek je jadinya kita tukar lah rancangan.
Buat murtabak maggi jelah, dah lama tak buat pun. Godeh la dalam peti cari bahan yang ada, sayur mayur pun takde. Apa yang ada jelah ya janji boleh jadi sarapan.
Bahan-bahan:
2 pek maggi ( celur dan toskan)
5 biji telur
1 pek perisa kari maggi
2 biji bawang merah kecil , mayang halus
3 batang filament crab, potong nipis (korang boleh isi lauk apa pun, sosej, ayam, daging, udang tapi kalau taknak isi pun boleh)
2 batang daun sup, hiris halus
Cara Masak:
- Campurkan semua bahan dalam 1 bekas besar
- Gaulkan semuanya hingga sebati
- Gorengkan dalam pan ikut kesukaan nak saiz mana
- Gunakan api sedang supaya betul-betul masak murtabak maggi ini.
- Boleh makan dengan sos cili dan mayonis
masa ini aku lupa masukkan daun sup, dah nak goreng baru ingat |
aku gunakan cuma 1 perisa maggi jadi dia agak pucat |
aku guna pan yang kecil je mudah sikit nak jaga |
ini pun agak fail sebab pecah sikit tengah tu hahahha |
dah siap di goreng, tak sempat nk susun yang lawo kat atas, yang pecah kat bawah... hahaha janji sedap makan panas-panas |