Assalamualaikum semua,
Terima kasih si sepet yang belanja |
apek belakang tu yang belanja |
Assalamualaikum semua,
Hari ini setelah lama tak masak kat pejabat, ada yang minta masak nasi lemak kat opis. Bila dah masak nasi lemak tu memang kene masak banyak la baru semua dapat makan. Kebetulan budak opis pun hampir semua ada di pejabat boss pun siap payung duit untuk beli lauk. Meriah la sikit, malam tadi aku dah masak sambal kat rumah. Sebelum pukul 7.30 dah naik pejabat masak nasi. Pukul 8.30 siap masak semua, terus kene serbu.
masak sambal nasi lemak seperiuk besar |
Pagi Aiyan nak makan nasi lemak, mujur sempat masak nasi lemak kat rumah |
aktiviti sampingan |
semua buat kerja biar cepat siap |
nasi lemak daun pandan, wangi sangat |
ada telur rebus, ayam goreng dan bilis goreng |
laju kene serbu dengan mereka |
kuih sampingan pun ada |
ini sarapan aku, kenyang betul alhamdulillah |
Assalamualaikum semua,
Minggu ni musim hujan dah berlalu dan setiap hari panas membahang, waktu malam pulak sangat bahang. Musim yang cepat berganti dari sejuk kepada panas berdenting. Oklah tak nak membebel panjang sebab masih ada kerja tapi selit kejap sementara merehatkan otak menghadap kerja dari tadi. Jom layan cerita bergambar.
Mujur la seminggu sekali je ada hari Batik ini, paling malas nak iron baju fabrik kapas ini |
semalam awal betul sampai rumah, sebelum pukul 5 dah sampai kat parking |
ada kawan bagi taufufa, sedap juga bila lama tak makan |
semalam papa nya yang ambil balik sekolah, dapatla makan kat kedai |
nasi goreng dia dah licin, dia pau nasi goreng papa pulak |
stok kudapan dah banyak budak-budak balik kerja luar mesti bagi ole-ole |
bila petang gini redup jelah kalau tidak membahang panasnya |
budak yang dah 4 hari demam, doakan ye kawan-kawan dia sihat seperti sediakala |
hari selasa dapat order mehun goreng telur mata 20 pek |
bunga ros dah mula keluar daun baru |
hari sabtu, pergi tengok kawan-kawan main pingpong |
Assalamualaikum semua,
Mesti kawan-kawan pun banyak dengar cerita pasal SSPA ini kan atau penuhnya Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang akan mula dikuatkuasakan pada 1 Disember 2024.Tak nak cerita panjang pasal SSPA ini cuma nak cerita je lah sikit pasal yang aku pergi dengan taklimat SSPA untuk Jabatan kami. Kami datang lebih kepada nak dengar penerangan mengenai SSPA, sambil dengar soalan dari pelbagai kakitangan JUPEM satu Malaysia. Apa pun tandatangan jelah borang SSPA kami yang menurut perintah kan.
Jumpa dengan kawan setiausaha juga, bila boss masing-masing takde |
gambar kami bertiga mesti lah ada |
bergambar dengan kawan kerusi belakang sekali |
Aku bawak kereta sendiri ke sana, sebab balik tu terus nak ambil Aiyan |
sejenis suka bergambar |
gini lah penerangan yang diberi, antaranya lah |
perkiraan |
selfie je kejenya |
layankan je lah kan |
Assalamualaikum semua,
Cuba untuk kembali rajin semula ya, kita kongsikan resepi kari daging yang mantap. Sangat sesuai untuk orang yang malas macam aku ni. Masak dengan periuk noxxa untuk hasil yang cepat dan sedap. Jom kita tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahan:
500-750gm daging, potong nipis
1 sudu kecil rempah
2 kotak santan
1/2 bekas kecil serbuk kari
4 ulas bawang putih, kisar
2 biji bawang besar, kisar
1 sudu besar biji ketumbar, kisar
1 sudu kecil jintan manis, kisar
2 inci kunyit, kisar
1 inci halia, kisar
2 batang serai ketuk
1 biji kentang potong dadu
1 batang lobak merah, potong besar
air secukupnya
garam dan serbuk perasa
Cara masak:
- Tumiskan serai dan rempah biji dalam periuk noxxa, masukkan bahan-bahan kisar dan serbuk kari.
- Masakkan hingga pecah minyak, masukkan daging, kentang, lobak merah, santan dan 1 cawan air. Hp untuk 20 minit.
- Selepas 20 minit tambah air, garam dan perasa. Biarkan masak beberapa minit masukkan daun sup. Dah siap.
masuk je semua senang kerja kan |
dah siap... |
dijamin sedap dan empuk |
Assalamualaikum semua,
Sekarang ni setiap petang atau malam mesti hujan di KL atau Selangor. Kadang masa hujannya tak sama tapi memang musim. Pagi hari sejuk betul rasa tengahari tadi panas tapi petang mula nampak mendung. Jangan la hujan lebat dan lama risau jadi banjir kilat macam selasa lepas. Jom la kita layan cerita bergambar jom.
merah betul makcik arini |
gelembung buaya |
kawan pejabat baru balik dari kampung, belikan ole-ole |
dodol durian |
diminta tolong masakkan bubur jagung, masa ni kawan perempuan semua cuti tinggal lah diriku sorang |
bubur jagung cicah roti |
sekodeng pegawai buat live tiktok kat pejabat berkenaan fenomena air pasang |
kejadian banjir kilat selasa baru ni, belakang tu sungai tapi dah jadi laut |
taska kene banjir, anak-anak terpaksa menumpang di Dewan Ukur |
masa ni air tinggi jugak naik nya |
menu wajib beli bila lepak di eco bakery |
just nice sedap bagi aku |
menu ayam goreng tepung ni Aiyan tak pernah tolak, mesti dia makan lebih 3 ketul |