Monday, May 31, 2021

BERKEBUN LAGI DI MUSIM LOCKDOWN

 Assalamualaikum semua,

Hari terakhir sebelum negera kita akan buat lockdown sepenuhnya 1 hingga 14 Jun 2021. Moga kita semua patuh arahan dan ikut SOP yang diberikan, doa banyak-banyak kes jangkitan harian akan menurun dengan banyak. 

Pokok bunga ros banyak dah mati, kering masanya lockdown ini kene jenguk kebun bagi subur semula

Harapnya nanas ni semua hidup juga, ada 1 pokok yang dah besar

Supaya boleh tuai banyak hasil dari kebun tepi rumah

Friday, May 28, 2021

RESEPI BURNT CHEESECAKE @ KEK KEJU HANGUS

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi yang Khairulaming yang viral, Burnt Cheesecake yang mudah dah sedap. Lagila tengah kemaruk guna air fryer kan. Ok jom tengok resepinya yang mudah dan ringas.

Bahan-bahan:

250g cream cheese (suhu bilik)

200ml whipping cream

2 biji telur 

1 biji telur kuning

1 sudu kecil esen vanila

1/2 cawan gula

sedikit garam

2 sudu besar tepung gandum

Baking paper

Cara masak:

- Masukkan semua bahan dalam dalam pengisar dan kisar lah hingga semua sebati.

- Bila dah sebati semua masukkan dalam loyang yang dah di lapikkan dengan baking paper. 

- Hentak sikit adunan kek tu, bakar dalam air fryer suhu 180 untuk 20 minit.

- Sejukkan dulu baru potong tau, lemak berkrim tau rasanya. 

Selamat mencuba

bahan-bahan yang utamanya

kita kisar je semua bahan ya hingga sebati

Sebab airfryer aku kecil kene masak 2 kali untuk bekas asing

Bau dia, harum

Cantik kejadiannya, si Aiyan pun dok puji melambung kata sedap mama...
sedap nya

Memang tak rugi untuk dicuba... 

Thursday, May 27, 2021

PHOTO DIARY #19/2021

 Assalamualaikum semua,

Terasa hari ini macam hari isnin pulak, maklum lah semalam cuti sempena Hari Wesak kan. Semalam pertama kali nya selepas sebulan lebih cuti meroti aku ada tempahan untuk hari ini. Buat 3 kali adunan tapi dia punya penat macam buat 6 ke 8 adunan. Datang pejabat  jalan lenggang je sampai pejabat dalam pukul 8. 15 pagi dan cuma ada seorang je kawan pejabat yang dah sampai.  Ramai yang BDR Harian atau BDR Mingguan.

Oklah jom kita layan cerita bergambar.

Minggu lepas, bagi kawan dodol sikit, dia bagi kuih goyang . Rezeki

Kudapan kegemaran ni, sedap betul 

Cek gigi si Ginger 1, susunan gigi umur 5 bulan

Ini pulak gigi Cik Tam, umur 9 bulan... nampak taring tu kalau dia main gigit-gigit ngeri gak

Dia ni kalau layan tv, mesti sambil baring gini sebijik macam gaya neneknya kat kampung

Sibuk nak tolong papa nya buat para untuk kucing, budak berbulu pun ramai yang tolong jugak. Tolong menyibuk

Sampai terbaring dah pokok pandan aku, Edy kata nak letak kayu bagi tegak tapi terlentok gitu dah

Sejak bulan puasa malas betul nak jenguk kebun ni, bayam brazil dan rumput dalam pasu dah tinggi macam apa

Selasa petang tu balik dari kerja hujan lebat, jadi kolam dah semua pasu dekat rumah

ini lah projek atoknya, para untuk anak kucing yang tempat Cik Tam lepak tu. Tapi tak siap lagi atoknya kata nak tambah pada yang lubang tu

Charge bateri dulu sebelum mula menyepah

Alhamdulillah, siap dalam lepas maghrib roti nya

Tuesday, May 25, 2021

AIR FRYER @PENGGORENG UDARA

 Assalamualaikum semua,

Air fryer adalah antara barang elektrik yang banyak memudahkan kerja seharian kita, terutama buat kita yang nak mudah sediakan makanan di rumah. Aku pun baru tahun ini beli air fryer dan pelbagai jenis makanan aku dah cuba masak dengan air fryer. Ada beberapa jenis makanan yang tak berapa ok bila goreng dengan air fryer dan ada yang sangat memberangsangkan hasilnya.

Oklah aku kongsi antara makanan yang aku cuba masak dengan air fryer selain nugget, fries dan geng seangkatannya. 

daging burger campur dengan telur dan sayur, bulat-bulatkan dan goreng kejap dalam air fryer untuk masuk dalam spaghetti bolognise



goreng tauhu pun guna air fryer sangat mudah

Hasilnya cantik kan, suhu 180 untuk 15 minit

makan cicah dengan sambal kicap, perkkkhh mantap

goreng kacang tanah untuk buat kuah kacang pun aku cuba dengan air fyer

suhu 160 untuk 20 minit, setengah jalan keluarkan kita goncang-goncang sikit supaya rata

burnt cheese cake pun dah pernah cuba

goreng sekejap bahan-bahan untuk buat sambal belacan

Monday, May 24, 2021

SELAMAT HARI LAHIR KE 60 MAK NOR

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku BDR esok baru kerja di pejabat tapi hati risau sangat dengan kes covid negara kita yang mencanak lain macam. 

22hb bersamaan sabtu adalah hari lahir emak aku yang ke 60 tahun. Maktek ajak buat belikan bouquet kejutan untuk emak, nasibla kawan aku boleh ambil tempahan lagi. Kami semua sengaja tak call mak atau bagi ucapan hari tu. Buat macam takde apa... petang dalam pukul 5 lebih kawan hantar memang mak betul-betul terkejut.

Doa kami, moga Allah sentiasa lindungi emak abah di kampung. Moga Allah panjangkan usia emak, murahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan bahagia selalu. 🥳🥳🥳

Nasib mak tak nangis


Puas hati dengan bouquet kawan aku buat, cantik

Siap belon baru la cun hehheheh



Buah ada banyak puas hati

Nampak ada orang sekodeng, kami sepakat bulan 7 nanti kene buat kejutan untuk abah jugak hehehh

Adik kat kampung beli cheese tart untuk mak

Cheese tart biscoff

Makyan adik no 4, hadiah kan emak cincin emas... 

Saturday, May 22, 2021

HAPPY BIRTHDAY GIVEAWAY BY ABAM KIE

 Assalamualaikum semua,

Hari ini ter rajin join giveaway yang di anjurkan oleh Abam Kie, syaratnya pun mudah bolehla kita join. Sesiapa berminat boleh juga join klik link di bawah ye.

Moga ada rezeki buat aku kali ini... amin


klik sini 

Friday, May 21, 2021

RESEPI LEPAT PULUT

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi yang istimewa, sebab pertama kali aku buat. Entahla tiba-tiba dapat teringat dan teringin lepat pulut ini. Dulu masa raya arwah nyai aku selalu buat, dia memang pakar lincah je jari dia buat kerja ikat lepat ni. Aku selalu jadi tukang tengok jelah. Bila arwah nyai dah meninggal, lama tak makan lepat ini. Mak pun tak berapa pandai nak ikat lepat ni, jadi memang jarang la dapat makan. Kadang ada orang jual yang dah siap masak, tapi jarang sangat dapat jumpa.

Baru-baru ini aku teringin pulak, siap google resepi dan cara nak lipat lepat ini. Mintak resepi emak dan mak pesan la ikat dulu lepat ni dengan getah lepas tu baru ikat dengan tali rafia. Tak boleh ikat dan rebus dengan getah gelang tu nanti jadi pahit pulak lepat nya. Ini antara menu keturunan jawa Johor. Ada yang suka letak kacang atau pulut hitam tapi aku suka yang kosong gini, lagi nikmat.

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut (rendam untuk beberapa jam dan toskan)

1 biji kelapa parut (lebihkan lagi pun boleh, mak kata lagi banyak lagi sedap)

sedikit garam

Janur (daun kelapa muda)

Tali rafia

gelang getah

*Sepatutnya beras pulut tu tak perlu kukus dulu, tapi aku tak pakar takut kang bobos semua beras pulut tu kalau tak kukus hehehhe.

Cara masak:

- Mak pesan suruh aku kukus sekejap beras pulut supaya senang untuk aku ikat nanti. 

- Bila beras pulut dah sejuk sikit, campurkan dengan kelapa parut dan garam gaulkan rata

- Ambil janur, potong sedikit bawahnya dan jadikan kelonsong untuk letak beras pulut, ikatkan dengan gelang getah, pastikan kita padatkan beras pulut tu

- Bila dah habis ikat dengan gelang getah, gantikan ikat dengan tali rafia pastikan ketat dan sampai beras pulut terkeluar

- Rebuskan untuk 1 jam atau lebih, aku guna noxxa dan hp untuk 45 minit.

- Bila dah masak, keluarkan dan toskan.

- Aku suka makan dengan serunding kelapa atau dengan rendang.

Lepas dah kukus kejap kita sejukkan dia

Tambahkan kelapa dan garam 

gaul hingga sebati tau

gini lah kelonsong nya lebih kurang, itu korang kene tengok kat you tube tau aku pun tak pakar

Ikat dulu dengan gelang getah, lepas tu baru ikat dengan tali rafia, masa ni rupa entah camne

Dapatlah 20 batang, tapi dia punya seksa hehehe... ini sebelum kita rebus ya

Sudah siap rebus, nampak ada jugak yang terkeluar sikit tu heheheh


Ini rupa lepas masak malam tu... bau dia sedap aku suka


Mak kata, kelapa parut lebih lagi sedap 

Nampak ini menggoda ke tidak hehehe... 



Ya Allah tak sangka jadi jugak tau, serunding kelapa tu maktek yang buat

bahagia wei