Tuesday, July 28, 2020

PRELOVED LIPMATTE SOBELLA

Assalamualaikum semua,

Hari ini dari awal pagi dah sibuk, kene setelkan kerja-kerja, esok aku dah mula cuti raya. Aku cuti rabu sampai selasa, memang sakan lah katanya. Jadi kerja banyak perlu disetelkan sebelum cuti kan, kalau tak kesian kerani yang kene jaga tempat aku masa aku cuti. Nasibla boss aku senang nak di jaga dan sangat simple orangnya.

Aku pernah bercerita dengan korang semua kan pasal koleksi lipstik sobella aku, di sini dan sini . Kalau ikutkan lipstik aku sentiasa bertambah dan bertambah, asal ada keluar koleksi baru mesti aku beli, lagi dan lagi. Ada kawan pejabat aku yang cadangkan untuk aku preloved lipstik aku. So, aku buat lah preloved lipstik tu tapi hanya untuk lipstik yang aku jarang pakai kalau yang aku pakai banyak kali memang aku tak jual. Atau pun ada warna yang aku beli tapi tak kene dengan kulit aku jadi aku tak pakai itu lah aku preloved.

Semalam preloved lagi kat kawan aku ni, 10 batang juga yang terjual. Dari aku tak pakai, terbiar sampai kering lebih baik lah aku preloved kan. 

belah kiri tu lah yang cadangkan supaya aku preloved, dan dia lah pelanggan setia lipstik aku

dari sebelum ini penuh dah tinggal banyak ini je... tinggal dalam 22 batang je 

selalu ada lagi sorang, tapi dia WFH jadi 2 orang ini jelah yang memborong

lipstik belah kiri tu semua yang dia borong, tak kira depan dia dan eyeshadow yang dia pegang tu

Monday, July 27, 2020

TANAMAN DI TANAH NAN SEKANGKANG KERA

Assalamualaikum semua,

Maaf ya kawan-kawan hari ini lambat sikit buat entry, ada kerja sikit tadi. Sedar-sedar dah pukul 11.00 pagi. Kami ni selalu setiap ahad baru ada masa untuk keluar bersama-sama, sarapan kat luar dan ke pasaraya atau shopping complex. Cuma sejak PKPP ini aku malas sikit nak pergi ke mall, lebih prefer duduk kat rumah atau suruh Edy je beli barang keperluan.

Hujung minggu baru ini, pergi ke nursery, nak cari tanah yang dah habis. Lepas tu sambil tu jenguk-jenguk lah pokok yang berkenan di hati dan poket. Semua nampak berkenan di mata tapi di poket pula tak berapa nak setuju hehehe.

Sudahnya aku beli tanah 2 guni tanah campur dan 1 pasu bunga ros. Itu pun tak pusing sampai ke dalam nursery tengok kat bahagian depan je. Sampai rumah tu lepas letak barang dengan seluar jean dan baju lengan panjang terus lah tukar tanah, petik tanaman apa yang boleh. Makin lama makin banyak tanaman aku, harapnya terus subur la semua.

cantik pokok bunga raya nih, cuma itulah harga dia RM150 sepokok 

kalau pasu kecil ini RM35 tapi aku tak beli jugak, mungkin beli untuk lain kali heheheh 

terpikat dengan bunga rose ini, sepokok ini RM20 je... harapnya hidup lah
Ini bunga rose pertama aku

mintak Edy pasang jaring kat tepi pasu ini, takmo kene berak kucing, kene makan siput...
aku tanam bendi baru keluar daun 2 helai

bunga rose jepun yang aku ambil dari kampung hari tu

lepas pindah pasu letak bunga rose kat tepi tu

harapnya subur lah rose nih
kutip daun kencur, simpan dalam peti kalau tak habis di makan siput
petik kangkung dan bayam brazil juga

siap di basuh, bayam brazil, kangkung dan daun kucai tu aku masak tumis goreng

Friday, July 24, 2020

RESEPI NASI AYAM ALA CHE NOM VERSI DANA

Assalamualaikum semuaa,

Hari ini dia punya seronok lain macam, sebab Edy bagitau cuti dia dah diluluskan. Dapatlah kami balik kampung kerteh untuk raya haji nanti. Lama gila tak balik kerteh, rasanya last balik raya tahun lepas. Ada singgah kampung bulan 10 tapi itu pun kejap sangat. Insyallah akan balik kampung rabu hingga isnin. 

Hari ini aku kongsi resepi nasi ayam mudah ala che nom, sedap nasi ayam ini dan mudah. Rasa dia pun sedap sampai si Aiyan dok puji suruh mama nya buat lagi.

Bahan utama untuk nasi ayam ala che nom ini, halia dan bawang putih yang ditumbuk.

3-4 inci halia ditumbuk
15-20 ulas bawang putih ditumbuk
*bahagikan bahan yang ditumbuk kepada 4 bahagian

ini bahan utama nya ya
Bahan untuk sup ayam:

1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk
garam
1 ekor ayam yang di potong sedang
2 liter air
1 sudu lada hitam kasar
daun sup

Cara masak:
- Lumurkan bahan tumbuk dan garam pada ayam hingga rata biarkan untuk 5 ke 10 minit
- Rebuskan air hingga mendidih baru masukkan ayam dan masakkan hingga separuh masak.
- Ambil dan toskan ayam, asingkan sup dalam 6 cawan untuk masak nasi.
- Masukkan sedikit lada hitam kasar dan daun sup.

kita gaulkan dengan bahan tumbuk tadi ye... 

tulang tu memang nak tinggal untuk sup ya, bagi lagi berperisa

Bahan-bahan untuk nasi:

1 bahagian halia dan bawang putih
2 helai daun pandan
5 cawan beras 
2 senduk mentega atau planta
6 cawan air rebusan ayam
3 sekawan
1 batang serai di ketuk
garam

Cara Masak:

- Masukkan mentega, pandan ,serai, 1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk dan 3 sekawan tumiskan hingga naik bau
- Masukkan beras gaulkan hingga rata bahan dan masukkan air rebusan ayam, garam dan kacau rata
- Set kan HP untuk 8 minit


bahan utama nya ya... memang naik bau betul

Masak dalam noxxa je cepat dan boleh isi banyak

Add caption

aku guna beras biasa je, gaulkan hinga rata ye

masukkan air rebusan dan garam lepastu HP je hingga nasi masak

nasi dah masak kita boleh gemburkan ya
Bahan untuk ayam

1 ekor ayam yang telah direbus tadi
1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap manis
sedikit garam
1 sudu madu
minyak masak

Cara masak:

- Perapkan ayam dengan semua hingga sebati dan biarkan untuk 30minit atau lebih
- Panaskan minyak dan goreng kan ayam dengan api kecil menggunakan kuali non stick supaya ayam tidak melekat


Kita perapkan biar lama sikit
bila dah perapkan gini kita gorengkan dengan api keciil sebab ayam kan dah masak separuh

gunakan api kecil dan gunakan penutup kuali supaya ayam cepat garing dan tak terpercik

Bahan untuk sos merah

6 biji cili merah besar, kisar
1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk
2 biji cili api bangla, kisar
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu cuka
5 sudu air rebusan ayam

Cara masak:

- Kisarkan semua bahan di atas, selepas itu masakkan dengan api kecil hingga mendidih kecil dna sejukkan.

Kicap pulak aku tak buat, sedikit malas di situ heheheh

dah siap... 

terbalik pulak cara ambilnya... sekali dengan sup nya ya

Thursday, July 23, 2020

PHOTO DIARY #21/2020

Assalamualaikum semua,

Berjumpa semula kita di hari khamis yang indah ini ya. Indah sebab hari ini si Aiyan tak sekolah, tak perlu lah mama bersesak-sesak nak ambil dia. Semalam, memang mencabar masa nak ambil Aiyan kat sekolah, mak pak semua berkumpul depan pintu pagar, penuh dengan mak pak dan motor. Anak-anak ada penjarakkan sosial tapi makpak takde, aku pun naik risau. Bagi aku kalau anak keluar pukul 12.45 makpak jangan kul 12.30 dan tunggu depan pagar. Itu yang jadi sesak, dahla sekolah Aiyan tu berdepan dengan 1 lagi sekolah kebangsaan. Sabar jelah 

Oklah dah terbebel atas tu, moh la kita layan cerita bergambar ya

saja nak tayang alas meja aku beli kak ninso, tapi terbesar gedoboh la pulak sampai ke bawah heheheh

bangunan wisma jupem ni, dari jauh nampak gah tapi hakikatnya kami yang kerja sini je tahu

jumaat lepas pergi kerja dengan Edy sekali, sebab petang tu mama ada temujanji kat klinik kesihatan, kalau Edy tak hantar takde orang jaga Aiyan kalau aku kene jumpa doktor

sarapan sabtu pagi, nasi lemak sambal sotong sambil nak rasmikan bekas tupperware merah 

Sebab tak jumpa lagi 1 bekas merah mana entah Edy simpan, derhaka bekas bilis dan kacang pakai tupperware ungu heheheh

si Aiyan cuba spek hitam si Ecah... bukan main suka dia... comel katanya

Edy beli cempedak lagi.... kecil comel je tapi bau dia

isi pun penuh, manis lak tu

Edy beli 2 biji, comel je buahnya tapi isi dia memang lumayan puas hati heheheh

benda paling aku tak suka buat setiap petang atau malam, duduk mengadap almari baju sambil pikir nak pakai baju apa huhuhu

konon nya nak welfie sama lah... tapi orang sebelah mata dah sepet bila posing gitu

beli kuih goyang dengan kawan kat jupem ni, sedap ranggup 

kari udang permintaan big boss.... 

semalam petang, lepas ambil dari sekolah... comot masam pulak tu hehehhe

Wednesday, July 22, 2020

SEKOLAH DALAM NORMA BAHARU

Assalamualaikum semua,

Hari ini, hari pertama persekolahan untuk darjah 1 hingga 4, tapi di sekolah Aiyan untuk murid PPKI mereka dah mula pada 17/7/20. Cumanya Aiyan tak dapat mula minggu lepas, sebab dia perlu ada surat akuan dari doktor pakar untuk masalah jantung dia. Aiyan cuma bersekolah 3 hari je seminggu, isnin rabu dan jumaat. PPKI sekolah nya pilih SOP 3 secara penggiliran. 

Sedikit gambar persediaan bersekolah dalam norma baharu. Aiyan memang sangat teruja nak ke sekolah, rindu sangat lah kat kawan-kawan tu.

Sarapan pagi memang wajib untuk dia... se awal pagi pun dia boleh habiskan mehun goreng tu
selepas ternampak dalam blog kak Sha KasihkuAmani terus suruh Edy cari di mrDiy

isikan dalam bekas kecil yang picit-picit tu senang sikit nak guna



set lengkapnya, hand sanitizer, tisu biasa, tisu basah, sudu dan garfu, pelitup muka dan plastik kosong
pelitup muka dan plastik kosong... harapnya selamat lah tak hilang barangnya dalam bekas ni



Bila dah dapat surat akuan ini baru Aiyan boleh sekolah, murid yang ada masalah jantung yang kronik tidak dibenarkan datang sekolah. 


Tuesday, July 21, 2020

KARIPAP BULAT VS SEPARUH BULAT

Assalamualaikum semua,

Korang kalau buat karipap sendiri suka buat yang bentuk biasa tu separuh bulat atau bulat? Aku biasa memang buat separuh bulat tu sebab dapat banyak, tapi aku suka buat yang bulat, puas makan dan comel hehehehe.

Kalau buat kat kampung sama-sama dengan adik dan mak mesti diaorang dah tahu karipap bulat mesti aku yang buat hehehe. Tapi bila dah goreng diaorang yang bedal karipap bulat tu dulu, sebab gebus inti banyak. 

Bila rajin memang aku buat saiz comel je, kalau malas besar-besar aku buat karipap ni


malam tadi buat karipap lagi, nak habiskan inti kelmarin aku buat bulat-bulat cepat habis inti nya hehehhehe