Assalamualaikum semuaa,
Hari ini dia punya seronok lain macam, sebab Edy bagitau cuti dia dah diluluskan. Dapatlah kami balik kampung kerteh untuk raya haji nanti. Lama gila tak balik kerteh, rasanya last balik raya tahun lepas. Ada singgah kampung bulan 10 tapi itu pun kejap sangat. Insyallah akan balik kampung rabu hingga isnin.
Hari ini aku kongsi resepi nasi ayam mudah ala che nom, sedap nasi ayam ini dan mudah. Rasa dia pun sedap sampai si Aiyan dok puji suruh mama nya buat lagi.
Bahan utama untuk nasi ayam ala che nom ini, halia dan bawang putih yang ditumbuk.
3-4 inci halia ditumbuk
15-20 ulas bawang putih ditumbuk
*bahagikan bahan yang ditumbuk kepada 4 bahagian
|
ini bahan utama nya ya |
Bahan untuk sup ayam:
1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk
garam
1 ekor ayam yang di potong sedang
2 liter air
1 sudu lada hitam kasar
daun sup
Cara masak:
- Lumurkan bahan tumbuk dan garam pada ayam hingga rata biarkan untuk 5 ke 10 minit
- Rebuskan air hingga mendidih baru masukkan ayam dan masakkan hingga separuh masak.
- Ambil dan toskan ayam, asingkan sup dalam 6 cawan untuk masak nasi.
- Masukkan sedikit lada hitam kasar dan daun sup.
|
kita gaulkan dengan bahan tumbuk tadi ye... |
|
tulang tu memang nak tinggal untuk sup ya, bagi lagi berperisa |
Bahan-bahan untuk nasi:
1 bahagian halia dan bawang putih
2 helai daun pandan
5 cawan beras
2 senduk mentega atau planta
6 cawan air rebusan ayam
3 sekawan
1 batang serai di ketuk
garam
Cara Masak:
- Masukkan mentega, pandan ,serai, 1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk dan 3 sekawan tumiskan hingga naik bau
- Masukkan beras gaulkan hingga rata bahan dan masukkan air rebusan ayam, garam dan kacau rata
- Set kan HP untuk 8 minit
|
bahan utama nya ya... memang naik bau betul |
|
Masak dalam noxxa je cepat dan boleh isi banyak |
|
Add caption |
|
aku guna beras biasa je, gaulkan hinga rata ye |
|
masukkan air rebusan dan garam lepastu HP je hingga nasi masak |
|
nasi dah masak kita boleh gemburkan ya |
Bahan untuk ayam
1 ekor ayam yang telah direbus tadi
1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap manis
sedikit garam
1 sudu madu
minyak masak
Cara masak:
- Perapkan ayam dengan semua hingga sebati dan biarkan untuk 30minit atau lebih
- Panaskan minyak dan goreng kan ayam dengan api kecil menggunakan kuali non stick supaya ayam tidak melekat
|
Kita perapkan biar lama sikit |
|
bila dah perapkan gini kita gorengkan dengan api keciil sebab ayam kan dah masak separuh |
|
gunakan api kecil dan gunakan penutup kuali supaya ayam cepat garing dan tak terpercik |
Bahan untuk sos merah
6 biji cili merah besar, kisar
1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk
2 biji cili api bangla, kisar
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu cuka
5 sudu air rebusan ayam
Cara masak:
- Kisarkan semua bahan di atas, selepas itu masakkan dengan api kecil hingga mendidih kecil dna sejukkan.
Kicap pulak aku tak buat, sedikit malas di situ heheheh
|
dah siap... |
|
terbalik pulak cara ambilnya... sekali dengan sup nya ya |