Assalamualaikum semua,
Segmen entri yang paling aku suka dan disukai ramai, eh ada ke yang tunggu entri aku setiap jumaat ni? Sebab jumaat selalunya kan hari kongsi resepi. Hari ini aku nak kongsi resepi sayur yang mudah tapi antara kegemaran aku. Dah lama tak masak menu ini sampaikan teringat-ingat , sampai rumah petang tu terus petik pucuk ubi tepi rumah. Bukan je sedap buat lauk ratah je pun best tau. Jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara masaknya ya.
Bahan-bahan:
1 ikat pucuk ubi, aku guna ubi kerenteng (rebus kejap lepas tu cuci dan perah airnya, potong terus daun yang di rebus)
2 paket tempe, potong kecil
3 ulas bawang putih, hiris
3 biji bawang merah kecil, hiris
5-7 biji cili api
1/2 kiub ayam
1 kotak kecil santan
Air secukupnya
garam
Cara masak:
- Gunakan sedikit je minyak tumiskan bawang putih, merah dan cili api hingga layu. Masukkan tempe goreng kan kejap hingga tempe tukar warna perang-perang sikit
- Masukkan daun pucuk ubi yang telah kita rebus dan potong tadi, gaulkan dengan tempe tutupkan kuali sekejap dengan penutup.
- Masukkan kiub ayam, santan dan air dalam 1 1/2 cawan atau terpulang nak kuah banyak atau sikit. Masukkan garam bila dah ada mendidih sikit boleh matikan api. Siap
balik kerja terus petik pucuk ubinya |
Ini bahan utama, cili api tu aku tak potong biar gitu je |
biar dia jadi perang-perang sikit baru kita masukkan pucuk ubi rebus |
siap, ini aku ratah gini je pun dah kenyang |