Assalamualaikum semua,
Semalam aku dok buat inventori kira tudung aku ada berapa helai. Aku kira tudung bawal yang aku biasa pakai yang lama,yang corak, yang jenis kain lain aku tak kira heheheh. Sekarang aku biasa pakai bawal bubble satin, ada la 30 helai.
Bila nampak kedai jual tudung aku nak beli la sehelai dua, Edy terus cakap gini. " yelah awak mana ada tudung kat rumah kan,yang sampai tak muat almari tu bukan tudung kan" . Hahahaha aku mampu gelak sambil pilih tudung, ada aku kesah 😁😁😁
Ini tudung lama jenis cotton dan corak banyak dah bagi orang tapi tulah banyak juga yg masih sayang |
Ini jenis sifon dan cotton juga ada selendang memang jarang sangat pakai |
Ini yang bawal bubble satin |
Selepas di kira dan dilipat, sebab kainnya licin tak mau nampak elok lipatan susunannya |