Monday, September 30, 2024

DOAKAN RAYYAN IZZAN YA

 Assalamualikum semua,

Berlanjutan entri demam Aiyan, hari khamis hantar ke sekolah tapi cikgu call aku suruh minta ambil sebab dia tak nak makan, lemah tak bermaya. Jumaat aku cuti rehat jaga dia sebab risau kan, dia masih tak selera makan, nampak ada keluar merah-merah kat badan suruh Edy bawak ke klinik untuk buat ujian darah. Tapi doktor takmo ambil darah tapi dok gebang pasal demam denggi, demam influenza atau demam biasa itu sama je. Cukup dengan makan panadol, kami pun akur entah percaya sebab dia doktor.

Sabtu dia masih tak bermaya, hari ahad masa keluar tu beli barang dia pun tetap tak selera makan aku suap baru la dia nak makan. Masa mula tu kami ingat dia cuma manja atau masih lagi lemah sebab demam. Tapi bila malam aku rasa lain pulak, jadi malam dalam pukul 9 lebih Edy bawak ke klinik semula untuk cek darah. Jadi platlet rendah 45 terus doktor suruh ke hospital. Doakan supaya dipermudahkan dan Aiyan cepat sembuh ya.

masih tak dapat ward lagi di kecemasan ni

orang yang demam tu

Thursday, September 26, 2024

PHOTO DIARY #32/2024

 Assalamualaikum semua,

Selamat hari khamis yang sejuk, semalam hujan lepas tu pagi tadi pun gerimis je. Dah mula musim hujan kan sekarang dan banyak tempat yang banjir jugak sekarang ni. Takmo bebel panjang, jom layan cerita bergambar.


senyum bukak mata kata kawan aku, lipstik ni gelap sangat kata kawan yang lain, macam black witch


paling suka bila buat apam coklat, harum bau coklat serumah
hari ahad datang lagi ke rumah, seronok bila adik beradik duduk dekat


menu minum petang nya jemput-jemput dan dimsum


menu lunch hari ahad, jarang-jarang aku serajin ini


hari sabtu petang lepas dapat susu terus tertidur

dia suka bila orang amik gambar dia dari depan

masa ni sampai-sampai baik lagi, tak buat hal

bagi kudapan jemput-jemput sayur je masa tu

pagi sabtu dah singgah ke rumah, maktek memang bawak anak dia jenjalan pagi-pagi aku suruh singgah rumah ambil nasi lemak

nasi lemak bagi kat maktek untuk sarapan


jumaat tu semua malas nak keluar, jadi isi masa lapang main karom

masa ni waktu tengahari dok tengok banyak parking kosong, almaklum cuti sekolah kan

Dah lama tak berbunga si kuning ni

Tuesday, September 24, 2024

AIYAN DEMAM

 Assalamualikum semua,

Semalam balik dari sekolah, dia mengadu muntah kat tandas lepas tu tertidur kat meja kelas. Masa dalam perjalanan balik dia tertidut dalam kereta. Sampai rumah suruh makan lepas tu suruh makan panadol. Dia tidur petang tu badan panas, Maktek bagi coolfever sebab kat rumah takde stok. 

Petang tu hujan lebat, Edy sampai rumah lewat pesan kat dia belikan ubat demam kat klinik , coolfever dan sup campur. Malam tu suap dia makan nasi, bag ubat demam. Sepanjang malam memang tak lena tidur. Pagi tadi bawak ke klinik dapat ubat demam dan mc 2 hari. Aku cuti rehat arini jaga dia, masakkan bubur nasi. Harap makin oklah makan ubat demam yang baru ni.

Dah lama sangat dia tak demam, tak ingat tahun bila dia demam, doakan ye Aiyan cepat sembuh ye acik-acik.

Semalam petang suap makan nasi

Masakkan bubur nasi letak ayam sikit

Ke klinik dengan Edy, ubat demam yang dia beli tak jadi apa

Petang tadi lepas dia mandi suruh makan bubur lagi

Makan ubat kul3, tidur lagi badan panas semula.

Monday, September 23, 2024

KEDAI PAKU DAN PONTIANAK

 Assalamaualaikum semua,

Cerita hari rabu lepas, ada kawan ajak pi makan kat Paku dan Pontianak ni. Dekat je kedai makannya dengan pejabat kami tak sampai 10minit kalau dengan kereta. Tempatnya pun cantik dengan tema merahnya, lepas tu kalau perempuan dapat bunga ros merah sekuntum. Itu paling love lah, sapa tak suka dapat bunga kan. Makanan dekat situ pun sedap-sedap juga la bagi kami. Harga tu kira berpatutan jugak la, cuma tak boleh la nak makan setiap hari hehehhe. 

Ini alamatnya :

21, Jln Gurney 2, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bunga ros hidup tau mula-mula aku ingat ros plastik hahaha

Dia la paling suka, cantiknya merah je


ayam masak lemon, udang lemak cili api, tomyam seafood, buncis dan telur dadar semua sedap bagi kami.

Ini lah tokey kedai kami


Cantik tau tempat ni mesti la kene bergambar

Siap minta adik kedai tu ambilkan gambar



Ini dekat luar restoren, pun cantik untuk bergambar

Friday, September 20, 2024

RESEPI CUCUR KEMBONG ATAU KUNTES

 Assalamualaikum semua,

Akhirnya setelah berminggu-minggu jumaat tanpa resepi baru, akhirnya muncul juga. Walaupun resepi ini memang paling mudah tapi dijamin pastinya sedap. Antara menu kegemaran aku, suka cicah sambal merah atau kuah kacang tapi cicah kuah kari pun sedap tau. Kalau kat kampung biasa kami panggil ini `kuntes` atau boleh juga di panggil cucur kembong. Jom tengok resepi nya.

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum

Air (bagi sikit-sikit, biar pekat)

2 sudu kecil yis

4 sudu sedang gula

1/2 sudu kecil garam

Cara masak:

- Masukkan semua bahan dalam bekas besar kecuali air. Gaulkan semuanya dalam keadaan kering baru masukkan air sikit demi sikit. 

- Bila semua dah sebati, boleh tutupkan adunan tepung tu untuk 30 minit atau 45 minit sebelum goreng.

- Setelah adunan naik, bolehla goreng dalam minyak panas dengan api yang sedang.

- Makan cicah dengan apa yang anda suka.


sebelum letak air

biarkan kejap biar dia kembong

Lepas kita biarkan dalam 35minit

goreng la dia


cicah kuah kacang

cantik kembong-kembong kan dia

Thursday, September 19, 2024

PHOTO DIARY #31/2024

 Assalamualaikum semua,

Kalau cuti sekolah ni lama sikit mesti best kan, pergi kerja jalan lenggang. Parking kereta pun kosong je tak perlu berebut. Tengahari tak payah penat ke sana sini hehehhe. Oklah jom kita layan cerita bergambar ye.

bekal sarapan hari ini, mehun goreng dengan telur sebiji

cantik kan.... 

bekalan sarapan semalam, karipap ikea 

hari selasa aku cuti lagi, jadi ada lah budak ni datang dolan ke rumah kita

adik kat kampung tunjuk emak memborong bunga orkid di nursery

Cuti hari Malaysia, kami jalan ke My Town

tumpang peluk je, mahal ni RM89.90

ini je murah rm13.90

tumpang bergambar je

buat gambar stiker

pilih-pilih gambar


bergambar lagi

ahad malam, layan filem korea kat rumah, tutup semua lampu baru feeling-feeling

dua orang yang selalu mengepau mama nya


Aiyan, tlg ambilkan gambar mama dengan pokok besar ni... tapi mama lak yg nampak besar dari pokok hahahah