Assalamualikum semua,
Berlanjutan entri demam Aiyan, hari khamis hantar ke sekolah tapi cikgu call aku suruh minta ambil sebab dia tak nak makan, lemah tak bermaya. Jumaat aku cuti rehat jaga dia sebab risau kan, dia masih tak selera makan, nampak ada keluar merah-merah kat badan suruh Edy bawak ke klinik untuk buat ujian darah. Tapi doktor takmo ambil darah tapi dok gebang pasal demam denggi, demam influenza atau demam biasa itu sama je. Cukup dengan makan panadol, kami pun akur entah percaya sebab dia doktor.
Sabtu dia masih tak bermaya, hari ahad masa keluar tu beli barang dia pun tetap tak selera makan aku suap baru la dia nak makan. Masa mula tu kami ingat dia cuma manja atau masih lagi lemah sebab demam. Tapi bila malam aku rasa lain pulak, jadi malam dalam pukul 9 lebih Edy bawak ke klinik semula untuk cek darah. Jadi platlet rendah 45 terus doktor suruh ke hospital. Doakan supaya dipermudahkan dan Aiyan cepat sembuh ya.
masih tak dapat ward lagi di kecemasan ni |
orang yang demam tu |