Assalamualaikum semua,
Bila tengok buah markisa teringat satu kenangan masa aku sekolah rendah dulu. Kisahnya gini, ada kawan bagi aku 3 biji buah markisa ni. Masa tu memang tak pernah jumpa atau kenal buah markisa ni. Dulu orang panggil buah susu, kami pun makan sebijik rasanya masam manis. Dua biji aku bawak balik dengan niat nak bagi adik-adik rasa lah. Sekali sampai rumah emak nampak buah ni terus dia buang. Katanya entah-entah buah beracun, aku dah cakap yang buah tu sedap kawan bagi tapi dia tetap tak percaya. Masa tu sedih tapi tak berani nak ambil buah yang dah kene buang tu.
Dalam beberapa tahun lepas adik kedua aku ada tanam pokok markisa ni, memang banyak buahnya bila makan buah ni mesti cakap kat mak. Ingat tak yang dulu mak buang buah ni sebab cakap buah beracun. Mak gelak je dia ingat je, tapi yelah masa tu buah ini memang orang tak kenal. Buah markisa yang aku baru beli ini jenis yang manis, masam sikit je. Tak macam buah markisa biasa tu masam manis tapi sedap.
suka aroma bau buah markisa ni |
mengimbau memori betul tau |
Kak SA pun suka buah markisa..sedap sangat2...
ReplyDeletekan kak... rugi siapa yang tak pernah cuba
Deletedapnya......
ReplyDeletesedap masam manis kan
DeleteAlahai, emak.. hihi. Kita pun panggil buah susu tapi pelik kenapa buah susu tapi masam, hahaha.
ReplyDeleteitulah kan kak, dulu orang panggil buah susu atau markisa kan
Deletekt umh mak akak dlu2 ada pokok markisa juga...syok dpt mkn buahnya tp skarang pokoknya dh tkde sbb dh renovation umah..so tanah dh xde tepi laman
ReplyDeletekadang tepi jalan nampak ada pokoknya kak tapi payah pulak nak ambil buahnya
DeleteMemang sedap buat air dengan buah markisa ni
ReplyDeletekan kak.... manis masam tu sedap
DeleteJarang nak jumpa kat kedai buah ni.
ReplyDeletedulu jarang jumpa skrg kat mall atau pasaraya selalu ada jugak
Deleteammi tak pernah makan buahnya, tapi dulu suka beli cordial markisa. masa ammi kahwin pun mmg ammi beli cordial ni utk air tetamu.
ReplyDelete