Tuesday, May 28, 2024

MR DIY SIRI DISNEY DONALD DUCK

 Assalamualaikum semua,

Ahad lepas kami ke Mr Diy nak mencari barang Aiyan. Dia nak bagi hadiah kat cikgu taska nya sebab bulan depan kami nak keluar taska dan Aiyan duduk di rumah je. Balik sekolah aku akan hantar di balik rumah. CCTV pun dah siap-siap beli untuk pantau dia di rumah nanti. Lagipun dia dah besar, transit tu semua budak sekolah rendah je. 

Masuk Mr Diy nampak koleksi Disney Donald Duck, cantik-cantik sibuk la juga dia nak beli. Tapi bila tengok gambar boleh tahan jugak la kan. Belikan jugak beg kat dia,itu je rasa murah dan dia akan pakai.

Belikan beg sebelah kiri sekali tu, RM12.90. Dia nak beg tengah tu tapi harga rm45 hueheheh

bergambar dulu lah nanti ada duit kita beli beg yang Aiyan nak ya


macam-macam koleksi ada geram tengok

Monday, May 27, 2024

SELAMAT HARI LAHIR KE 63 EMAK

 Assalamualaikum semua,

Bila kemalasan itu yang jadi macamni, entri yang terlambat. Hari jadi emak minggu lepas buat sambutan kecil-kecil je dari adik-adik di kampung. Aku pun masih tak tau nak belikan mak hadiah apa ni sebab insyallah rabu ni nak balik kampung.

Moga emak sentiasa dalam limpah rahmat Yang Maha Esa, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan bahagia hendaknya.


Happy Birthday Wanita Pertama

sejak abah jadi ketua kampung, kami memang gelar emak wanita pertama heheheh


Thursday, May 23, 2024

PHOTO DIARY #17/2024

 Assalamualaikum semua,

Semalam kan cuti sempena Hari Wesak jadi memang sunyi sepi lah blog ini kan. Selalu memang gitu niat je berkobar-kobar nanti kat rumah la kita jenguk blog kawan-kawan tapi hampa. Selalunya angan-angan tetap jadi angan-angan je heheheh. Oklah jom kita layan cerita bergambar jom.

Jumaat lepas dapat tempahan untuk 25 orang makan mehun goreng

5 bungkus mihun ni, memang sado tangan kanan

hari ahad masa untuk kita tenang-tenang....


budak peminat setia kwason

minggu ni bermulanya pejabat kosong, tengok berapa orang je yang tak keluar pejabat

Hari isnin je, pakai uniform sekolah

memang sentiasa lah berkasut sukan

layan aiskrim roti


konon nak gambar berlatarbelakang bangunan tinggi, tapi seram lak tepi tu takde kaca penghadang tau

saya dah pekerja saya heheheh

si manis

bunga si raja

gambar di tingkat 4

ni gambar di tingkat 5, ada 2 tingkat ni yang letak kerusi di luar dapatla berehat lepas penat memanjat

tak pernah terjadi, dalam sejarah la ni... pejabat kami no 1 untuk Audit 5s

Tuesday, May 21, 2024

WATSON AT SHOPEE

 Assalamualaikum semua,

Kadang bila datang barang pencuci muka, shampoo habis nak ke Watson atau Guardian tak sempat beli online di Shoppe je. Cepat pun iya selalu dalam 2 hari dah sampai barangnya. Gini lah bila orang malas kan nak yang mudah ja.



pencuci muka ini yang kadang cari kat pasaraya takde itu beli di watson shoppe je

Monday, May 20, 2024

SAMPING SEKOLAH AIYAN

 Assalamualaikum semua,

Hari tu masa balik raya di Terengganu ada minta mak mentua jahitkan samping Aiyan ni. Kalau tidak kene pakai manual dengan tali pinggang payah sikit la. Ini dah siap boh getah tinggal pakai je, mudah dan kemas. 

Ada mak kawan kelas nya nak mintak tengok samping Aiyan untuk contoh

balik sekolah elok lagi kalau tidak dah simpan dalam beg

Thursday, May 16, 2024

PHOTO DIARY #16/2024

 Assalamualaikum semua,

SELAMAT HARI GURU buat semua kawan-kawan yang berkerjaya sebagai seorang pendidik. Sesungguhnya jasa kalian tidak kami terbalaskan. 

Jom la kita layan cerita bergambar, sementara ada masa lapang ni. Dah beberapa hari selalunya sunyi je entri aku ni. Maafkan lah kekhilafan diriku ya.

Kelmarin, kawan bawak laksa lemak makan sama-sama kat pejabat

peralatan budak-budak pejabat untuk kerja luar pengukuran sempadan Malaysia- Indonesia di Sebatik, Sabah. Alatan ini beratnya lebih kurang 100kg

semalam kami masak singgang di lawankan dengan budu

ulaman

licin sepantas kilat, budak pejabat bagi duit kami tolong masak sebab mereka akan mula kerja luar

Aiyan dan kawan baik nya

dah pukul 2.30 petang baru kami yang geng perempuan makan

ada yang sambut hari lahir juga

geng makcik pantri

gambar pagi tadi dalam pukul 6.35pagi lenggang lagi

bila subuh awal, aku pun terawal sampai pejabat

dah mula lah pakai kasut sukan, lif dah rosak masuk minggu ketiga


Kawan yang baju coklat tu nak pergi haji 19hb ni... bersalaman adegan airmata

Tuesday, May 14, 2024

MENU LUNCH DI PEJABAT

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan sangat malas buat entri, ada je kerja nak buat bila menghadap komputer. Tapi selalu jenguk-jenguk jugak rumah kawan-kawan tinggalkan jejak. Jom kita layan cerita bergambar jom, kisah jumaat minggu lepas, kami masak menu tengahari di pejabat.

Hari khamis pun dah masak yang ringkas sambal sardin kangkung dan telur


rehat tu kan lama jadi kita masak la, hari ini masak tomyam ayam

buat 1 periuk besar

makan bersama-sama berselera rasanya



lepas tu ada kawan masak kambing perap pulak... makan sesama