Thursday, June 27, 2024

PHOTO DIARY #20/2024

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kekawan hari ini lambat buat entri dan lambat jugak buat BW ke rumah kawan-kawan. Pagi tadi kami melawat kawan pejabat yang kemalangan masa kerja luar di Tawau. Pengarah pun bagi kebenaran kami melawat jadi beramai-ramai lah kita. Jom tengok gambar mana yanga da ye.

Bila petang masa tu kan silau, tapi gigih la jugak dok lepak kat sini hehehehe 

tengah rajin berbunga dia ni, sampai ada 4 tangkai bunga

sambal kelapa dan serunding kelapa, dua-dua suka

beberapa hari makan bekal ini je, nasi impit sambal dan serunding kelapa pastu sambal goreng

miang pla...

silau tapi memang tempat lepak dia

pagi semalam... cantik bulan ditutup awan

ini lah kawan kami, yang kemalangan di Tawau sampai keen potong kaki



bunga dan kumbang


ada yang belanja, mehun sup saruri

Wednesday, June 26, 2024

WW AISKRIM MALAYSIA

 Assalamualaikum semua,

aiskrim asam boi, feveret ni

Projek budak opis ni, jual kat opis je... 

sedap yang jagung

Tuesday, June 25, 2024

GAMBAR RAYA DI TEPI PANTAI

 Assalamualaikum semua,

Terlupa pulak nak kongsikan gambar raya di kampung aritu, Raya Haji kali ni kami balik ke Terengganu. Dah balik kampung tu wajibla bergambar di tepi pantai kan seperti selalu. Jom la kita tengok gambar kami ber3 ni hehehhe. Aku la paling suka sebab tepi pantai, sentiasa cantik bagi aku tepi pantai ni.

Aiyan ni tak suka sebenarnya bergambar di pantai... 



ada la gambar bertiga kan

gambar dari atas
gambar dari bawah pulak



sanggup naik sampai atas lagi

aku anik setingkat je 

sebelum turun dari menara tu


pemandangan dari tingkat atas


gambar sambil tidur


aku malas pakai sandal lain... udahnya berselipar jepun 

pandai dah Aiyan ambilkan gambar 


ini menara pandang yang kami naik tu





gambar kat atas sekali menara tu

Monday, June 24, 2024

KERUSI TURUN TEMURUN

 Assalamualaikum semua,

Semalam Maktek tunjuk gambar si kecik Adyan atau yang kami biasa panggil adik. Duduk kat kerusi hijau, kerusi turun temurun dari Aiyan lagi. Bila ada Aisyah bagi kt Aisyah lepas tu sampai ke adik masih elok lagi kerusinya tu. Aku pun dah tak ingat berapa harga kerusi tu. 

3 sepupu
Masa ni tahun 2012


masa Aisyah tahun 2018


tahun 2024

Friday, June 21, 2024

RESEPI SAMBAL KELAPA @ SAMBAL NASI IMPIT

 Assalamualaikum semua,

Lama dah blog aku ni senyap sunyi bila tiba hari jumaat. Maafkan lah diriku yang kehabisan idea untuk kongsi resepi dalam blog ni. Tapi kali ini, resepi ini memang antara yang jarang jumpa dan tak semua orang kenal. Biasa jumpa sambal kelapa ni bila makan dengan nasi impit, selalu belah pantai timur yang kenal makanan ini. Aku ni kalau sekali rasa   makanan tu sedap memang aku terjuja nak cuba masak. Balik kampung kali ini belajar dengan mak mentua, walaupun renyah nak buatnya tapi puas hati sebab dah dapat resepinya. Jom kawan-kawan aku kongsikan resepinya.


Bahan-bahan:

1 biji kelapa parut (saiz besar)

2-3 keping gula nisan atau gula melaka - kikis halus (ikut pada selera nak manis mana)

4 ekor ikan selayang - rebus dan buang tulang

3 ulas bawang putih- kisar

1 biji bawang merah besar- kisar

1 inci halis- kisar

4 batang serai- kisar

garam

Cara masak:

- Kelapa parut jadikan kerisik hingga warna coklat, kisar hingga keluar minyak, boleh jugak di tumbuk hingga halus dan keluar minyak. Ketepikan

- Dalam talam atau bekas besar letakkan kerisik, gula nisan dan isi ikan. Gaulkan semua bahan hingga semua bercampur.

- Dalam kuali masukkan bahan-bahan kisar, tak perlu tambah minyak... kacau hingga naik bau dan boleh masukkan bahan-bahan kerisik yang telah digaulkan dengan gula dan isi ikan.

- Masak dengan api kecik gaulkan hingga kering semuanya. Tambahkan sedikit garam. Bila dah kering boleh matikan api dan sejukkan. Siap

Menu raya haji, orang lain makan nasi minyak aku beria makan nasi impit dan sambal kelapa ni

perjuangan nak jadikan kerisik

hingga coklat gini

tumbuk hingga halus

sampai keluar minyak gini tau... 


satukan semua bahan ini kecuali bahan kisar


Tumiskan hingga naik bau atau warna kekuningan

Masaukkan bahan lain, masak hingga kering

Ini lah rupanya bila dah siap

makan dengan lontong pun sedap

makan kering-kering gini sedapnya