Assalamualaikum semua,
Lama dah blog aku ni senyap sunyi bila tiba hari jumaat. Maafkan lah diriku yang kehabisan idea untuk kongsi resepi dalam blog ni. Tapi kali ini, resepi ini memang antara yang jarang jumpa dan tak semua orang kenal. Biasa jumpa sambal kelapa ni bila makan dengan nasi impit, selalu belah pantai timur yang kenal makanan ini. Aku ni kalau sekali rasa makanan tu sedap memang aku terjuja nak cuba masak. Balik kampung kali ini belajar dengan mak mentua, walaupun renyah nak buatnya tapi puas hati sebab dah dapat resepinya. Jom kawan-kawan aku kongsikan resepinya.
Bahan-bahan:
1 biji kelapa parut (saiz besar)
2-3 keping gula nisan atau gula melaka - kikis halus (ikut pada selera nak manis mana)
4 ekor ikan selayang - rebus dan buang tulang
3 ulas bawang putih- kisar
1 biji bawang merah besar- kisar
1 inci halis- kisar
4 batang serai- kisar
garam
Cara masak:
- Kelapa parut jadikan kerisik hingga warna coklat, kisar hingga keluar minyak, boleh jugak di tumbuk hingga halus dan keluar minyak. Ketepikan
- Dalam talam atau bekas besar letakkan kerisik, gula nisan dan isi ikan. Gaulkan semua bahan hingga semua bercampur.
- Dalam kuali masukkan bahan-bahan kisar, tak perlu tambah minyak... kacau hingga naik bau dan boleh masukkan bahan-bahan kerisik yang telah digaulkan dengan gula dan isi ikan.
- Masak dengan api kecik gaulkan hingga kering semuanya. Tambahkan sedikit garam. Bila dah kering boleh matikan api dan sejukkan. Siap
|
Menu raya haji, orang lain makan nasi minyak aku beria makan nasi impit dan sambal kelapa ni |
|
perjuangan nak jadikan kerisik |
|
hingga coklat gini |
|
tumbuk hingga halus |
|
sampai keluar minyak gini tau... |
|
satukan semua bahan ini kecuali bahan kisar |
|
Tumiskan hingga naik bau atau warna kekuningan |
|
Masaukkan bahan lain, masak hingga kering |
|
Ini lah rupanya bila dah siap |
|
makan dengan lontong pun sedap |
|
makan kering-kering gini sedapnya |