Assalamualaikum semua,
Dari pagi nak up gambar tapi asyik tak lepas je, jadi masa ni baru sempat nak up entri ya. Resepi yang biasanya dijumpai di hari raya tapi kalau dah teringin boleh je buat kan. Lauk yang sedap tapi nak buat agak renyah, jom kita tengok resepinya ya.
Bahan-bahan:
3 keping tempe- potong kecil dan goreng
3 biji kentang potong dadu- dan goreng
3 keping tauhu, potong dadu dan goreng
300gm paru di rebus dulu , potong dadu
10 batang kacang panjang, potong pendek
1 batang lobak merah, potong dadu
set suun dan tauhu kering
2 biji bawang merah besar, kisar
5 ulas bawang putih, kisar
sejemput udang kering dan bilis, kisar
3-4 batang serai, ketuk
5 sudu besar cili boh
1 ketul gula melaka
sedikit asam jawa
garam secukup rasa
Cara masak:
- Tumiskan serai dan minyak hingga naik bau, masukkan bahan kisar , masukkan cili boh masak hingga pecah minyak.
- Bila dah pecah minyak baru masukkan paru yang telah di potong dadu, tambahkan sedikit air masak dengan api sedang untuk 15 minit hingga paru empuk.
- Masukkan asam jawa, tauhu kering, lobak merah dan kacang panjang. Gaul lagi hinga semua masak.
- Masukkan garam dan semua bahan goreng, kentang, tempe dan tauhu, Gaul lagi biar semua sebati , akhir sekali masukkan suun bila dah secukup rasa boleh matikan api.
|
aku makan dengan nasi impit dan kuah kacang |