Wednesday, October 7, 2020

TUTORIAL BUNGA LABUCI

 Assalamualaikum semua,

Maaf semalam aku cuti rehat, Aiyan ada temujanji di klinik oftalmologi, selalu memang lama, itu yang ambil cuti je. Aku terlupa sangat dah janji dengan kawan-kawan nak kongsi tutorial buat bunga labuci. Jadi aku kongsi kan hari ini, ingat nak letak 2 cara berbeza tapi panjang pulak. Kita buat tutorial 1 jenis bunga dulu ye. Bunga labuci besar 2 lapis, guna saiz 20sen lama.

Rasanya dalam 12 tahun dulu bermula minat aku menjahit manik ni, masa tu aku tengah putus cinta. Nak cari sesuatu buat hilang frust tu, itu aku belajar memanik dengan buku je, makin lama makin seronok dan aku cuba ambil tempahan dengan kawan-kawan. Alhamdulillah banyak juga koleksi baju kawan-kawan yang dapat aku manikkan dari serata malaysia hehehe. Lepas tu lama aku tak memanik, takde kerajinan rasanya. Baru-baru ini bila mula main dengan manik dan labuci, seronok pula. Itu kongsi di sini tutorial yang mudah-mudah.

Bahan-bahan untuk bunga

- Labuci bulat melengkung 6mm

- Benang

- Jarum manik

- Pearl besar 

- Pen magic


aku guna 2 warna labuci, boleh je nak guna 1 warna
buat bulatan macamni, aku gunakan pen magic untuk fabric yang boleh  hilang bila kena air
buat 3 layer, susun macam ini
macam ini keadaannya bila dah jahit di kain

kita teruskan jahit hingga penuh 1 lapisan

ini fungsi kita lukis tu, baru dia ikut je bentuk bulat tu
jadi bentuk bulat, tapi tak la tepat sangat tu...maklum dah tak berapa pakar heheheh
kita akan mulakan untuk lapisan kedua

teruskan je sampai penuh, cuma kosongkan sikit bahagian tengah

selepas kita tambah manik besar di tengah... kene jahit dua kali untuk pearl saiz besar gini supaya kukuh


15 comments:

  1. Adoi.. berpinar mata Sha enngok.. hehehe..
    Kreatif betul dana.. Arwah mak Sha dulu sukalah menjahit macam nie.. Memang penuh baju dia dengan manik dan labuci nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah cemana entah boleh terminat ni kak oi... hahahah

      Delete
  2. Replies
    1. hahahha yelah wak, saja je tunjuk kot ada yang tambah ilmu... wak memang lah takmo buat

      Delete
  3. nampak akak buat macam semudah abc, kalau saya buat agaknya tak jadi bunga dah, jadi kaktus pun belum tentu ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula dulu akak pun buat jadi apa entah dah lama baru ok... hehehe

      Delete
  4. Cantik ni Dana Lebih-lebih lagi kalau baju pengantin ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, tapi dah tua ni tak larat nak jahit sangat... mata pun dah tak berapa terang... nak masukkan benang tu bercinta

      Delete
  5. Cantiknya kak hasil jahitan manik akak. Nampak macam mudah je tu. Kalau baru nak belajar, satu bunga tu mesti lambat nak siapnya. huhu

    ReplyDelete
  6. cantik kejadiannya..Inshaa Allah boleh cuba dgn tutorial dana ni :)
    tq dana sharing :)

    ReplyDelete
  7. nampak macam senang buat, tapi sampai kat tangan Cik TK tak tahu rupa apa... tak reti main labuci ni

    Nanti dana boleh try buat video pula. lagi mudah orang nak faham.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya alahai. Mama mmg xde bakat keras tgn mama ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...