Assalamualaikum semua,
Maaf semalam aku cuti rehat, Aiyan ada temujanji di klinik oftalmologi, selalu memang lama, itu yang ambil cuti je. Aku terlupa sangat dah janji dengan kawan-kawan nak kongsi tutorial buat bunga labuci. Jadi aku kongsi kan hari ini, ingat nak letak 2 cara berbeza tapi panjang pulak. Kita buat tutorial 1 jenis bunga dulu ye. Bunga labuci besar 2 lapis, guna saiz 20sen lama.
Rasanya dalam 12 tahun dulu bermula minat aku menjahit manik ni, masa tu aku tengah putus cinta. Nak cari sesuatu buat hilang frust tu, itu aku belajar memanik dengan buku je, makin lama makin seronok dan aku cuba ambil tempahan dengan kawan-kawan. Alhamdulillah banyak juga koleksi baju kawan-kawan yang dapat aku manikkan dari serata malaysia hehehe. Lepas tu lama aku tak memanik, takde kerajinan rasanya. Baru-baru ini bila mula main dengan manik dan labuci, seronok pula. Itu kongsi di sini tutorial yang mudah-mudah.
Bahan-bahan untuk bunga
- Labuci bulat melengkung 6mm
- Benang
- Jarum manik
- Pearl besar
- Pen magic
|
aku guna 2 warna labuci, boleh je nak guna 1 warna
|
|
buat bulatan macamni, aku gunakan pen magic untuk fabric yang boleh hilang bila kena air
|
|
buat 3 layer, susun macam ini
|
|
macam ini keadaannya bila dah jahit di kain
|
|
kita teruskan jahit hingga penuh 1 lapisan
|
|
ini fungsi kita lukis tu, baru dia ikut je bentuk bulat tu
|
|
jadi bentuk bulat, tapi tak la tepat sangat tu...maklum dah tak berapa pakar heheheh
|
|
kita akan mulakan untuk lapisan kedua
|
|
teruskan je sampai penuh, cuma kosongkan sikit bahagian tengah
|
|
selepas kita tambah manik besar di tengah... kene jahit dua kali untuk pearl saiz besar gini supaya kukuh
|
Adoi.. berpinar mata Sha enngok.. hehehe..
ReplyDeleteKreatif betul dana.. Arwah mak Sha dulu sukalah menjahit macam nie.. Memang penuh baju dia dengan manik dan labuci nie..
entah cemana entah boleh terminat ni kak oi... hahahah
Deletememang berseni sungguh kakkkk!
ReplyDeletehehehe sunah pun boleh jugak tu
DeleteTaknaklah belajar buat ni
ReplyDeletehahahha yelah wak, saja je tunjuk kot ada yang tambah ilmu... wak memang lah takmo buat
Deletenampak akak buat macam semudah abc, kalau saya buat agaknya tak jadi bunga dah, jadi kaktus pun belum tentu ni hahaha
ReplyDeletemula-mula dulu akak pun buat jadi apa entah dah lama baru ok... hehehe
DeleteCantik ni Dana Lebih-lebih lagi kalau baju pengantin ya.
ReplyDeletebetul tu kak, tapi dah tua ni tak larat nak jahit sangat... mata pun dah tak berapa terang... nak masukkan benang tu bercinta
DeleteCantiknya kak hasil jahitan manik akak. Nampak macam mudah je tu. Kalau baru nak belajar, satu bunga tu mesti lambat nak siapnya. huhu
ReplyDeletecantik kejadiannya..Inshaa Allah boleh cuba dgn tutorial dana ni :)
ReplyDeletetq dana sharing :)
kene buat video dana...
ReplyDeletenampak macam senang buat, tapi sampai kat tangan Cik TK tak tahu rupa apa... tak reti main labuci ni
ReplyDeleteNanti dana boleh try buat video pula. lagi mudah orang nak faham.
Cantiknya alahai. Mama mmg xde bakat keras tgn mama ni
ReplyDelete