As salam semua kwn2,
Salam jumaat terakhir di bulan syawal, harini mcm biasa, kita share resepi...
Kalau cara aku, mmg jenis yg mudah, ringkas dan padat ye kwn2
Mula2 kita share resepi nasi impit goreng @ ketupat goreng, Selalunya mmg terkenal time2 raya lah, sbb masa tu ada banyak ketupat. Ketupat nasi atau nasi impit je tau, ketupat palas aku tak pernah try pulak hehehe
Mungkin ada yg pelik dengan nasi impit goreng ni, tp utk org johor dan melaka, menu ni mmg biasa buat kami. Korang nk tau sedap ke tak... cuba lah ye
Sambal kicap tu lak, sambal wajib ada kt rumah, Kalau takde mcm tak lengkap gitu hehehe
Nasi Impit goreng
Bahan-bahan:
10 ke 20 biji ketupat mini belah 4, ( kalau pakai ketupat yg besar tu korang belah la bg mudah makan)
1 btg lobak merah - potong dadu
5 ke 7 batang kcg panjang - potong pendek
100 gm ayam - potong kecil ( boleh je nk guna lauk lain daging atau seafood)
1 paket perencah nasi goreng adabi
4 ulas bwg putih - kisar
2 biji bwg merah besar - kisar
2 sudu besar cili boh
2 biji telur
2 sudu besar kicap manis
Cara Masak:
- Tumiskan bahan2 kisar dan cili boh hingga keluar minyak dan masukkan ayam
- Bila ayam hampir masak, masukkan perencah nasi goreng adabi , lobak dan kacang panjang.
- Masukkan kicap manis dan nasi impit, gaul hingga sekata dan perasan dengan garam.
- Masukkan telur gaul rata bila dh nampak agak kering boleh matikan api, siap
nasi impit potong 4 tau, nk guna sayur lain pun boleh je... cuma aku suka guna 2 sayur ni |
tumiskan ini hingga kering baru masukkan ayam tau |
aku suka guna perencah ns goreng adabi nih, kredit gambar dr web adabi.com |
masak ayam hingga betul2 masak |
bila dh masak mcmni baru masukkan nasi impit |
kita gaul2kan semuanya hingga sebati |
kcg panjang tu aku tambah lg, itu nampak hijau lg... aku suka boh telur dah nk last2... nk boh time awal2 pun boleh |
siap dh.. aku suka yg bersalut mcmni |
Resepi Sambal kicap johor
bahan-bahan:
20 ke 50 biji cili api kampung ( selalu aku campur cili api kampung dan cili api bangla)
2-3 ulas bwg putih
2 sudu besar gula pasir
1/2 botol kecil Kicap lemak manis jalen
Air limau kasturi
Cara sediakan:
- Kisarkan semua bahan kecuali air limau hingga sebati semuanya
- keluarkan sambal kicap dan simpan dalam bekas, baru masukkan air limau
- Siap, sedia di makan dengan apa2
* selalunya aku kisar banyak dan simpan dalam peti air, bila nk makan baru ambil dan isi dalam bekas kecil lain. Bila simpan dalam peti ais, pedas dia akan tahan lama.
Ini bahan utama dan gula pasir |
masa ni boh kicap sikit lg... selalu ikut kuantiti cili tu la ek |
mcmni rupa bila dh siap kisar... org johor dlm peti atau kt rumah mesti ada sambal ni |