Monday, September 7, 2020

KE NURSERY SUNGAI BULOH , JALAN-JALAN CUCI MATA DAN POKET

Assalamualaikum semua,

 Apalah nasib ramai kawan-kawan yang rumah mereka dah ada air, tapi rumah kami takde air lagi. Hari ini pun mandi berjimat cermat dengan air yang di simpan. Hari ahad pagi lepas sarapan lari ke sungai buloh, cari pokok bunga kat sana. Dengan harapan balik rumah dah ada air tapi hampa rupanya huhuhuhu.

Tensen aku, dah revert ke blogger lama tapi asik lah tukar ke blogger baru, leceh nak edit kalau yang baru tu. Entah kenapa ada beberapa komen yang tak boleh ku nak reply, lepas tu nak reply kene jawab robot atau bukan, ada jugak dah beria aku taip lepas tu tak keluar apa kat komen reply tu... dan kenapa pulak. Sebelum ini takde lak macamni... aduhai

Lepas sarapan, pastu ke aeon big ke ECO baru ajak Edy ke sungai buloh dalam pukul 11 lebih

ada kawan yang kata nursery ini harga murah, depan uitm kampus sungai buloh dekat dengan masjid... 

dia ada jual bunga ros versi kampung yang wangi tu, sambar lah 2 pokok murah je 1 pokok rm12

aku ni pokok bunga yang berdaun je kurang minat nak tanam heheheh

banyak pokok herba juga ada jual di sini... 

cantik bunga ini... cuma tak tau bunga apa

cantik daun bunga ini yang warna maroon daunnya 

pokok hiasan fiddle fig ini ada kawan pernah beli sebesar ini rm200 tak tau kat sini mesti murah lagi

kedai depan kuil ada banyak pilihan bunga ros, yang ini rm15 sepokok tapi tak boleh kene matahari, jenis sesuai duduk dalam rumah je

yang ini sepokok rm18, kira murah sangat rambang mata ko

cantik warna putih... tapi tak beli yang ini rm18 je

ini pun rm18 cantik kan tapi tak beli... 

yang ini jenis pokok dan bunga yang besar sepokok rm28... ini tak beli sebab bajet hahahha

cantiknya... tak jemu memandang wei

dapat juga warna kuning yang memang aku cari-cari... rm18 sepokok

beli juga pokok aloe vera sepokok rm6

2 pokok bunga ros kampung yang berbunga wangi, pink dan putih... rm 12 sepokok

satu lagi tu ros warna oren, cantik betul nampak di mata ku

bunga ros yang beli minggu lepas, cantik bunga nya... 

26 comments:

  1. Ammi ni suka tgk org yg berminat dgn bunga..Mama & Along ammi pun minat bunga. Ammi ni je takde feeling dengan bunga. Ya Allahhhh..Mama kata patut lahir jadi "jantan" je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehe ada je perempuan tak minat bunga ammi...

      Delete
  2. Peminat bunga ros.
    Senangkan cari yang tumbuh dalam pasu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi risau jugak tak hidup, ramai yg kata ros ni manja sikit tapi itulah ngada nak tanam gak

      Delete
  3. saya minat nak tanam bunga, tapi mesti lepas tu pakat2 mati, kecuali keladi dgn bunga kertas je bertahan kat rumah tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak mula-mula pun tanam ada yang mati, sebelum ini tanam bunga kertas tak keluar bunga pun ada daun je hahahha

      Delete
  4. cantik2 bunganya kak...suka pulak tengok..moga subur berbunga sentiasa...ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ni minat tanam yang ada bunga ada orang suka tanam pokok takde bunga... amin harapnya suburla berbunga dia ni

      Delete
  5. geram tengok pokok bunga warna-warni macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram kalau ke nursery nih, rambang mata rasa semua nak beli

      Delete
  6. Selalu rasa nak pergi nursery beli pokok. Tapi tak tau nak simpan kat mana nanti. Huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rumah ada balkoni boleh letak situ... skrg ada dah bunga ros yang tak perlu kene matahari... sesuai tanam dalam rumah

      Delete
  7. wak pown penah smpi nursery sini.. cari pokok bunga harum sundal malm.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani nak beli pokok bunga tu wak... seremmmm

      Delete
  8. Bunga akar dani jenis single petal ka tu Dana yang tak tau nama, tapi daun nya nampak lain.

    Memang blogger versi baru ni banyak pelik nak edit. Letak link video tak keluar kalau smartphone version. Di laptop nampak pula. Yang versi lama lagi macam senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah mcm pokok akar dani tapi nampak macam lain takde lak di tulis nama bunganya...
      itulah blogger yg baru ni aduhai tang nk edit nk tulis tu jadi makin leceh mudah lagi yang lama

      Delete
  9. seronoknya..shida pun rasa nak buh skit bunga2 kat rumah bg berseri..rumah kosong xde bunga..mlainkan secoet pokok kunyit saya tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita beli dan tanam kalau hidup kira rezeki tak hidup cuba lagi , itu la yg akak praktikkan heheheh

      Delete
  10. Geram lak tgk bunga ros tu...klau rumah atas tanah nk gak ummi start enjjn g bli..huhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana pun takde tanah sgt kak, tanam dlm pasu je ni heheheh

      Delete
  11. itulah kak, kita tunggu berapa bulan dia bertahan.. harapnya biarlah lama jangka hayat usianya...

    ReplyDelete
  12. cantik cantik bunga ros. Fiza pulak tak suka tanam bunga ros. suka tengok je. suka tanam pokok berdaun hijau je yang mudah mudah tanam :)

    ReplyDelete
  13. dulu pernah jugak beli ros indoor tu tapi mati jugak hahah lepas tu malas nak beli dah. Macam berkenan pulak dengan fiddle fig tu

    ReplyDelete
  14. Haiah.. tergoda pula tengok Dana update pokok-pokok bunga nie..

    ReplyDelete
  15. Rasa macam nak angkut semua pokok bunga kesukaan di nursery bawa balik ke rumah... ahaks!

    ReplyDelete
  16. sukanya tengok.. best betul kalau ada taman mcm ni sendiri

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...