Monday, September 14, 2020

AKU DAN BROOCH

Assalamualaikum semua,

Aku ni sejenis yang suka ada brooch kilat, berwarna warni. Kalau jumpa brooch berbatu  yang cantik memang aku suka dan rambang mata. Tak tau lah kenapa, memang tak boleh nak lepaskan hehehehe.

Minggu lepas ada buat jualan di dewan ukur anjuran kelab Puspanita sempena ada buat bubur Asyura. Ada jual brooch ni, mula-mula usha harga dulu, tengok ok berpatutan dan mampu beli. Aku suka bila dia guna batu swarovski  bersinar lain macam.


salah setting masa ni, jadi tak clear pulak gambar... hampeh betul



ada yang murah ada yang mahal... 


yang ini besar harga pun dalam rm50 ke atas


ini sepasang rm 10  untuk yang bawah, sepasang rm35 bahagian atas

aku beli yang ini... rm40 seketul

terus rasmikan petang tu


beli lagi yang kecil sepasang rm12 yang pink dan ungu


 

28 comments:

  1. Boleh tukar-tukar pakai.
    Akak setia apa yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana pun kadang pakai yang sama je, tapi jenis suka simpan kalau nampak yg cantik hehehe

      Delete
  2. ammi pulak jarang beli brooch besar2..biasa beli yg kecik2 je sbb ammi pun jarang sangat pakai tudung lilit ni. selalu sauk tudung syria je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dana pakai bawal biasa je tapi brooch kene ada... tak la pakai tukar2 tp suka yang ada batu2

      Delete
  3. kita suka brooch besar tapi jenis yang melintang. Dulu suka la beli batu2 ni tapi bila batu asyik tanggal jadi tak cantik la bila pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ini kalau batu tanggal boleh minta kat org yg jual tu boh batu... kira ok lah tu hehehe

      Delete
  4. Mmg byk isteri pakai ni..kdg merata2 lupa letak kt mana adui hehe

    ReplyDelete
  5. byk koleksi senang nak pakai mana2 pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, tapi kadang merata-rata ada nya...

      Delete
  6. tu dia..rambang mata tengok brooch banyak camtu..suka jugaa..tapi suka yang kecik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tak suka yg besar-besar... cuma ada la 1 yg besar sikit... buat pakai time kerja kalau time jejalan pakai yang kecik je

      Delete
  7. inspired, un pula kalau 10 ada, dr 10 tu nanti tinggal 1 ja..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kat rumah yang pakai nya dana sorang, jadi takde hilang ke mana... kalau hilang pun ada sekitar rumah je sejenis suka letak merata hehehhe

      Delete
  8. akak ada satu brooch yg paling disayangi..dikasihi...dah berbelas th beli..harganya rm99 masa tu...cuma sekali sekala ja pakai sbb pernah terjatuh asa pakai,nasib baik jumpa semula...lps tu dok simpan dalam kotak ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana pun ada brooch zhulian rm100 seketul, ada 3 brooch zhulian dana memang sayang lah memang jaga sunguh2 kak sebab mahal

      Delete
  9. cantik cantik broochnya..brooch shida plg mahal pn beli brooch dokoh utk baju pgantin belah lelaki hehee..yg lain beli hat biasa je sbb selalu sgt hilang..pdhal kita sorg je pkai ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe akak ni pantang kalau benda yg minat, kalau tak beli kang teringat-ingat hehehe

      Delete
    2. haaaa bahaya mcm tu..asyik teringat2 hehee..tp mmg normal..shida pn kdg2 mcm tu..slg xdapat mmg asyik duk belek2 hahhaaa ^_^

      Delete
  10. dengan kita sekali jadi rambang ni sis hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya, pakkal boleh tahan jugak napsu kalau idok.... habis lah duit ke brooch je

      Delete
  11. Kat rumah kadang2 wak terpijak bendalah ni.
    Maklaumlah kat rumah ni penghuninya semua perempuan kecuali wak aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh itu memang la wak, cari-cari tak jumpa rupanya kecer ke mana-mana

      Delete
    2. Mrs. A dulu suka ada batu, sekarang dah tukar selera tak mau batu-batuan dah sebab geram bila batu hilang cacat sakit mata huhuhuu...

      Delete
  12. wahhh.. banyaknya keronsang kak dana. cantik2 semuanya

    ReplyDelete
  13. Cantik2 brooch tu. Saya selalu borong di Kota Kinabalu. Tahun ini belum sempat ke sana, jadi pakai sajalah yang lama2 tu hheeee.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...