Monday, September 28, 2020

SMART SNACKING KACANG GAJUS DAN KACANG PINTAR

 Assalamualaikum semua,

Selamat pagi semua kawan-kawan, jangkitan covid19 di negara kita nampaknya macam dah mula dalam situasi membimbangkan bila. Banyak negeri dah mula ada kes jangkitan, moga kita semua di lindungi dan dijauhi dari terjangkit wabah berbahaya ini. Amin

Aku ni memang ada masalah agak boros, sebab tu kalau nak selamat dapat gaji je suruh Edy simpankan duit. Insyallah selamat, kalau ada dalam akaun, memang cepat je menyusut. Baru ini aku ada usha kacang gajus (cashew nut) di beberapa kedai dalam shopee. Khamis lepas aku buat pesanan 500gm kacang gajus, 250gm kacang cerdik (pistachio nut) dan 250gm kismis. Jumaat petang tu dah dapat dah semua barang tu. Sangat pantas dan kacang dalam keadaan baik semuanya. 

Aku suka sebab kacangnya tak masin, sebab cuma dipanggang je, sampai jumaat malam tadi dah tinggal suku je kacang gajus tu. Memang sangat berpuas hati, siap aku dah buat pesanan lagi. Kalau korang berminat nak cuba jugak, boleh cuba juga nanti nama kedainya di bawah sekali tu ye. 

sampai dalam keadaan baik, elok je semua 

dapat free gift kismis hitam 

500gm RM35+

besar saiznya, puas makan
kismis jumbo, 250gm RM9.95


saiznya pun besar puas makan... suka 



250gm RM 15.85

ini kedainya di shoppe kalau korang nak cuba


23 comments:

  1. Memang elok kudapan makan kekacang dan kismis. Kurang lemak.

    ReplyDelete
  2. snacking yang sedap dan bagus untuk minda. Sesekali boleh lah beli kudapan ni. Harga dia boleh tahan juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh ye sesekali layan, kadang teringin kacang mahal sikit gini selalu2 kering poket

      Delete
  3. uiiss sedap sesangat tu Dana. if aku tak abis, tak berenti mengunyah šŸ¤£

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulah kan, payah nk berhenti bila dah mula

      Delete
  4. Snacking yang baik ni.
    Kacang tu pun elok je rupa dia.
    Macam nak cari jugaklah..hehe

    ReplyDelete
  5. Sesekali makan kacang2 ni bagus gak kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, bila dah mula makan susah nak berhenti pun iya jugak

      Delete
  6. itulah kak harga memang boleh tahan pricy, sesekali nak merasa kacang mahal sikit kak heheheh

    ReplyDelete
  7. Sedapnya semua kacang tu.
    Pernah makan yang campur, kacang gajus,kacang cerdik, walnut, dan kismis.Beli di Kashmir. Sedap rupanya makan kacang dengan kismis.

    ReplyDelete
  8. Sejak dah berusia 50an dan dah ada check up KKM ,maq dah stop makan kekacang tapi kalau Dana nak cuba, trylah makan nasi goreng campur kan dengan kismis . Makanan fav maq tu. :)

    ReplyDelete
  9. Akak suka gajus.. sedapnya.. bila cmpurkan pun sedap tu

    ReplyDelete
  10. Best nie.. sha memang suka mengunyah kekacang..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...