Thursday, December 12, 2024

PHOTO DIARY #42/2024

 Assalamualaikum semua,

Dari tadi menguap-nguap je, rasa nak tidur . Nasibla pengarah ada kalau dia takde memang ku kunci pintu tidur dalam bilik kejap. Jom kita layan cerita bergambar ye.

hari ini buat pulut ikan masin, ini bekalan kita tapi aku tak suka ikan kering

nasi impit goreng

menu baru jugak, makaroni dan drummet bakar

tertinggal kunci kedai kat rumah, jadinya kene tunggu orang lain sampai kedai 

menu baru jugak, English Breakfast

meatball fries pun menu baru

teringin sarapan roti tisu


cantik gebu bulat apam coklat

nasi ambeng, makan di pejabat

Wednesday, December 11, 2024

WW CAPEK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini orang Negeri Selangor cuti, tapi .... tengahari tadi masa nak ambil Aiyan jem teruk dekat keramat. Penat bila hadap jem selalu sangat ni.

nak lepaskan trafik light ni pun sampai 3 kali tukar merah baru lepas 


Tuesday, December 10, 2024

MUSIM HUJAN

 Assalamualaikum semua,

Semalam pagi dari pukul 7 sampai la ke malam hujan renyai tak berhenti. Nasibla hari ini dah berhenti hujannya. Aku tak ingat bila aku beli payung lipat untuk Aiyan ni dan bila masa Edy letakan dalam beg Aiyan. Semalam petang masa ambil Aiyan, aku tunggu dekat pagar sekolah. Tup-tup nampak dia berjalan dengan kawan baiknya siap berpayung. Kami gelak sebab payung tu kecil kongsi berdua, dengan payung tu yang terkelepet lagi heheheh.

dia suka dapat bawak payung ni walaupun rupa gini dah payungnya

Friday, December 6, 2024

RESEPI KEK OREN

 Assalamualaikum semua,

Aku terjumpa resepi ini di FB, sebab cara buatnya mudah itu yang tergerak nak cuba masak. Aku suka jenis kek yang ringkas gini, bakat memang tak berapa apa sebab tu suka cuba yang mudah-mudah je. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

3 biji telur

Parutan kulit oren 1 sudu besar

2/3 cawan gula

1/4 cawan minyak

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1/4 cawan jus oren

sedikit garam

Cara masak:

- Dalam 1 mangkuk besar masukkan telur dan gula, gunakan mixer pukul hingga kembang.

- Bila dah kembang boleh masukkan kulit oren, masukkan minyak masak dan mix lagi.

- Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik, kaub balik dengan spatula. 

- Masukkan jus oren, kaub balik semua masukkan dalam loyang yang telah di gris dengan minyak.

- Panaskan oven dan masak di oven dengan suhu 180`c untuk 30 ke 40 minit.













Thursday, December 5, 2024

PHOTO DIARY #41/2024

 Assalamualaikum semua,

Kuala lumpur dan Selangor sekarang ni musim sejuk, setiap hari hujan. Aku suka tak payah siram pokok bunga tapi rumput pun bukan main subur tumbuh. Tak payah baja dia dah cukup makan gitu. Jom kita layan cerita bergambar.

ada kawan pejabat balik dari bercutian dapatla keychain comel ni

semalam kawan pejabat masak nasi goreng, jadi ini lah menu tengahari

air lemon madu

air kopi ais yang selalu bocor cawannya hahahha

buat sandwish telur untuk sarapan semalam

petang kalau tak hujan jenguk pokok orkid, sambil bebel bila la kamu nak berbunga

nak tunggu dia keluarkan bunga lama betul tau

tak macam bunga ros ni, mudah berbunga

pantang bagi baja, gemok subuk betul pokok ulam raja ni

tak ingat bila terakhir masa dia berbunga

rasmikan kasut baru sebab kasut sebelum ni basah kene hujan

sekarang kan musim hujan sejuk je, sedap dia tidur atas tilam... 


ada kawan bagi telur pindang lagi... sedap


Tuesday, December 3, 2024

BEG ECO SHOP

 Assalamualaikum semua,

Aku ni kan memang pelanggan tetap EcoShop, selain borong jajan, pelbagai bahan masakan lain. Aku suka pelbagai beg eco yang ada berjenis bentuk, saiz, warna tapi harga tetap sama. Kadang tengok ini cantik, tengok itu cantik. Kerjanya beli beg je.

comelkan kucing

beli sebab comel

memacam bentuk dan saiz, yang let`s go green itu aku beli 1

beli yang pink ni sebab comel

saiz yang besar pun ada pelbagai rupa, geram tau

Monday, December 2, 2024

JAMUAN MAKAN LEPAS GOTONG ROYONG

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas dari rabu sampai jumaat ada buat gotong royong kemas pejabat. Jadinya boss aku suruh kami masak sedap hari jumaat lepas gotong royong. Dia mintak masak gulai daging jadi kami tambah menu lain yang sesuai. Masak bersama-sama aku je tak masak, jadi tukang suruh je hehehhe.  Kami masak nasi putih, daging gulai, ayam goreng kunyit, sayur kobis dan sambal belacan. Dapur tu budak-budak bawak mereka ada dapur portable guna bila mereka kerja luar.

Goreng ayam dekat luar

suruh budak lelaki yang jaga, tapi itulah ayam nya mereka goreng garing sungguh

aku tolong potong-potong je

ini orang yang masak gulai, dia biasa masak kalau kerja luar

Ini geng setup meja mengoreng

Ini kat pantry bawah ada yang sediakan buah potong untuk rojak buah

goreng sayur kobis





rojak buah ni sedap betul tau

ikan bengkak... berebut

daging gulai kawah

budak lelaki yang pi solat jumaat kami baru makan, yang lagi 2 orang belah kiri tu kawan dari tingkat lain.