Tuesday, December 10, 2024

MUSIM HUJAN

 Assalamualaikum semua,

Semalam pagi dari pukul 7 sampai la ke malam hujan renyai tak berhenti. Nasibla hari ini dah berhenti hujannya. Aku tak ingat bila aku beli payung lipat untuk Aiyan ni dan bila masa Edy letakan dalam beg Aiyan. Semalam petang masa ambil Aiyan, aku tunggu dekat pagar sekolah. Tup-tup nampak dia berjalan dengan kawan baiknya siap berpayung. Kami gelak sebab payung tu kecil kongsi berdua, dengan payung tu yang terkelepet lagi heheheh.

dia suka dapat bawak payung ni walaupun rupa gini dah payungnya

18 comments:

  1. Hahaha.. comel! Janji tutup kepala, kan, Ayyan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia jenis reti bukak pun dah untung hahahha

      Delete
  2. Nasib baik ada payung ya....sekarang ni nak kena standby payung ni sebab musim hujan je ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, beli lama dh payung tu sampaikan kita pun dh lupa

      Delete
  3. ok je tu Dana, hehee asal tak basah dek hujan..

    ReplyDelete
  4. seronok dia ada payung ye...haah jammed pun teruk sangat petang semalam..akak buka puasa makan choc je

    ReplyDelete
  5. sonok berpayung dgn kawan kan aiyan

    ReplyDelete
  6. Seronok kan berpayung dalam hujan dengan kawan. Masa kecik dulu kadang2 saja buat2 terkena air hujan.

    ReplyDelete
  7. Kena belikan payung baharulah ni nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok je wak payungnya, dia yang tak reti bukak hahahha

      Delete
  8. Payung lipat mmg wajib ada utk anak sekolah menengah.. ms daftar form 1 lg cikgu dh bagitau.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Ingat masa2 sekolah dulu jadinya 😄. Sharing payung dengan teman saat hujan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...