Friday, December 20, 2024

RESEPI SOS BLACKPAPER DEMI-GLACE

 Assalamualaikum semua,

Maksud `Demi-glace` Demi-glas[1] (Bahasa Melayu: "separa sadur")adalah sos perang pekat dalam masakan Perancis yang digunakan dengan sendirinya atau sebagai asas untuk sos lain. Istilah ini berasal dari perkataan Perancis glace, yang, digunakan untuk merujuk kepada sos, bermaksud aising atau sadur.(kredit dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Demi-glas)

Ini pelajaran baru untuk aku, terjumpa di tiktok orang masak sos blackpaper guna serbuk demi glace ni.
 Jadi teruja nak mencuba terus beli sebab nak cuba. Demi glace aku jumpa yang serbuk peket besar 
memang agak mahal la sikit tapi guna sikit je dah bolah dapat banyak.

Bahan-bahan:

2 sudu demi glace ( campur dengan 2 cawan air)

2 sudu besar planta

Sedikit minyak masak

3 Ulas bawang putih, cincang

1 biji bawang holland, potong dadu

2 biji tomato, potong dadu

1 sudu besar serbuk lada hitam kasar

2 sudu besar tepung gandum

1 cawan susu cair @full cream

serbuk mix herbs

gula dan garam

Cara masak:

- Panaskan minyak dan planta, tumiskan bawang putih, bawang holland dan hirisan tomato. 

Masak hingga tomato dan bawang kekuningan.

- Tambahkan serbuk lada hitam, kacau dan tambah tepung gandum. Kacau lagi biar sebati dan

masukkan susu tambahkan 1 cawan air.

- Masukkan sos demi glace yang telah kita bancuh, kacau jangan sampai melekat.

- Tambahkan gula garam dan serbuk herba campuran/

- Sejukkan boleh kisar 

Ini lah serbuk demi glace nya











20 comments:

  1. ada tgk aritu blogger share product sos blackpepper dr knorr ni

    ReplyDelete
  2. Teringat pulak masa belajar kat Poli JB dulu ada belajar pasal demi glace ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang belajar ilmu masakan western mesti ada belajar pasal sos ini

      Delete
  3. Dia mahal sebab beratnya sekilo tu. Kita pakai bertahun tak habis. Cara kita cuma tambah air dan lada hitam aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul kak, guna sikit je dapat banyak. Tapi masa tu takde stok yang sikit

      Delete
  4. Replies
    1. Ini dah lama ada wak, cuma masakan omputih orang melayu takde

      Delete
  5. First time dengar demi glace ni. Thanks for sharing Dana, sedapnya tengok meatballs tu.

    ReplyDelete
  6. belum pernah beli lagi, tah ada ke tak kat sini. nanti pi supermarket nak beli and try buat sos ni

    ReplyDelete
  7. okey first time tau..menarik ni...nampak macam senang je nak buat

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...