Friday, December 13, 2024

RESEPI SOS MEATBALL ALA IKEA

 Assalamualaikum semua,

Pertama kali cuba resepi ini dan aku puas hati tau. Resepi asal takde serbuk lada hitam tapi aku tambah sendiri nak bagi ada rasa pedas sikit. Jom kita tengok resepinya dan kawan-kawan mesti cuba tau.

Bahan-bahan:

2 biji tomato potong dadu

2 sudu besar planta

1 ulas bawang putih, cincang

1 biji bawang holland, potong dadu 

1 kiub ayam

2 sudu besar tepung gandum

1 cawan susu full cream

1 cawan air kosong

2 sudu sos tiram

2 sudu sos cili

2 sudu sos tomato

3 sudu sos blackpaper

2 sudu kicap

sedikit serbuk lada hitam

sedikit garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang holland hingga berwarna keemasan. Masukkan tepung gandum gaulkan hingga sebati dan masukkan susu.

- Masukkan tomato, tambahkan air. Masak lagi kacau hingga sebaati. Masukkan semua jenis sos tadi dan kacau.

- Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan garam. 

- Biarkan sejuk, lepas tu kisar. Bila dah kisar baru boleh guna sebagai kuah meatball.













sedap sos nya tau bila dah jadi

17 comments:

  1. Nmpk mudah dan sedap. Izinkan akak guna resepi ini yaa Puan Dana. Nak cuba buat. Inn Shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila guna kak, dana pun cari di google dan tambah sikit ikut pada tekak kita

      Delete
  2. wah, nampaknya kena cuba ni

    ReplyDelete
  3. wash, dah macam dibeli... terima kasih atas resepinya

    ReplyDelete
  4. Sedapnya!
    Teringat tahun lepas Abang Farid bawa kami makan meatball di IKEA. Berbaris pelanggan membeli.

    ReplyDelete
  5. Boleh cuba hujung minggu ni buat makan2 masa camping

    ReplyDelete
  6. Biasanya meatball yg sudah dimodif reseknya, justru lebih sedap kak 👍👍. Dah sesuai Ama lidah kita kan. Saya pernah coba meatballs Swedia yg asli, tp jujur tak suka hahahahah. Bumbunya ga kick lah 🤣.

    Saya save resep ini. Nanti nak buat lah 😍👍

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...