Friday, August 18, 2023

RESEPI TUMIS TOMATO TELUR

 Assalamualaikum semua,

Dah lama terliur dengan resepi tumis tomato telur ni, kebetulan minggu lepas blog namakucella ada kongsi terus la buat cuma aku tambah bahan sikit. Sedap tau cuma kalau guna tomato banyak lagi mesti best. Bekalan tomato dah habis masa tu. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:-

6 biji telur ayam

2 biji tomato potong dadu kasar

3 ulas bawang putih- ketuk

1 plastik cendawan enoki

sedikit serbuk lada hitam

sedikit sos cili

garam/ gula

Cara masak:

- Panaskan minyak masukkan telus, goreng macam buat telur scrambel tu. Lepas tu ketepikan.

- Tumiskan bawang putih dan tomato, masak hingga tomato hancur. Masukkan gula sedikit

- Masukkan cendawan enoki hingga layu, masukkan sedikit serbuk lada hitam. Gaul kan

- Masukkan telur yang kita dah goreng tadi, tambah sos cili dan gaulkan hingga sebati. Masukkan garam akhir sekali. Siap












Thursday, August 17, 2023

PHOTO DIARY #29/2023

 Assalamualaikum semua,

Dari pagi agak sibuk lepas tu lif pejabat lak buat hal, rosak lak depan belakang. Menapakla naik tingkat 7, sesak nafas wei takat setingkat dua tu biasa dah. Oklah takmo bebel panjang jom kita layan cerita bergambar ya.

dapat bubur asyura kat opis

versi pantai timur

dua lebih baik, dah  ada 2 periuk tekanan.
masak nasi goreng, aku lah yang masak ni maklum anak ramai masak sikit tak cukup


puding roti yang sedap

makan oden

dapat bubur lambuk terengganu, sedap 

tak sabar nk tunggu dia mekar, sebab tak tahu bunga warna apa


pahit betul memang tak tertelan, ini pun ada pegawai pejabat yang bagi

mencuba semai ketumbar jawa

semalam jual pengat keledek

mentang-mentang ada audit 5S itu meja kemas je

nangka rm6 sebekas, manis 

hari ini jual pengat pisang dan nangka

Wednesday, August 16, 2023

WW MUSIM LANGSAT

 Assalamualaikum semua,

Musim langsat dah mula ye, suka betul aku. Aritu kawan pejabat ada bawak, cuma kadang aku tak kenal mana 1 langsat, duku langsat, dokong, duku terengganu? 


manis

Tuesday, August 15, 2023

BERAPA UMUR CIK BU TAHUN INI?

 Assalamualaikum semua,

Tahun ini Cik Bu dah 3 tahun, sebab dia lahir 2 Ogos 2020. Tapi tahukah kawan-kawan cara kira umur kucing berbeza dengan kiraan umur manusia tau. Ini aku kongsikan yang aku pernah baca pasal umur kucing. 

1 tahun umur seekor kucing bersamaan dengan 15 tahun umur manusia. Ini bermakna kondisi kucing yang berumur 1 tahun bersamaan kondisi manusia berumur 15 tahun. Untuk tahun kedua umur kucing tambah 9 tahun umur manusia menjadikan umur keseluruhan untuk 2 tahun kucing adalah 24 tahun manusia. Untuk kenaikan umur kucing seteruskan adalah tambah 4 tahun  manusia sahaja. Jadi umur 3 tahun kucing bersamaan dengan 28 tahun manusia. Kredit untuk blog ini https://oyen.club/kiraan-umur-kucing-yang-betul/, dapat info dari sini.

masa cik bu lahir
telinga je yang kelabu sebab tu kami bagi nama Cik Kelabu atau Cik Bu
dia ada 4 beradik tapi semua dah mati tinggal dia je 
tak ingat umur berapa minggu
masa ni mula dah hidung coklat

setahun lebih
dengan arwah adik beradik yang lain , rindunya


masa ni banyak putih lagi muka dia

sekarang

dah banyak yang hitam

muka pun dah bulat sikit

kaki buat sepah kat rumah

Monday, August 14, 2023

DALAM REZEKI KU ADA REZEKI DIA

 Assalamualaikum semua,

Aku pernah kongsi yang aku sekarang berjualan di kedai Puspanita, jual beberapa jenis makanan. Sekarang rutin bangun pukul 4.15 pagi untuk masak beberapa jenis makanan ini lah. Setiap jumaat aku akan ambil duit jualan di kedai. Buat masa ini alhamdulillah ada la duit tambah-tambah untuk perbelanjaan harian. Alhamdulillah seminggu tu ada lah untung 100-200. Setiap kali pergi beli barang masak memang dia akan mengepau aku, aku anggap ini memang rezeki dia. 

Dalam penat lelah aku cari duit tambah, memang dah Allah takdirkan ada untuk dia. Memang duit ni untuk menyenangkan dia pun kan. Walaupun kadang aku bebel jugak untung jualan habis kat dia, tapi takpe memang dah tertulis. Dalam rezeki aku tu ada rezeki untuk dia.

Kali ke tiga dah ke eco bakery ni



makan aiskrim sampai comot hidung

ini minggu lepas

aiskrim vanilla masa ni

Thursday, August 10, 2023

PHOTO DIARY #28/2023 SELAMAT HARI LAHIR SITI NORHIDANAH

 Assalamualaikum semua,

10 Ogos 2023, tarikh ini 41 tahun yang lalu lahirla aku ke dunia ini. Semalam masa maktek dan paksu datang mereka dah bawak 2 potong kek sambut awal katanya. Hari ini kawan pejabat suruh aku masak nasi goreng untuk kawan-kawan pejabat. Lepas masak dok tunggu mereka nak makan sama, rupanya ada kejutan. Menangis jugak lah aku masa mereka berdua datang dengan kek sambil nyanyi lagu hari jadi. Aduhla terharu dan gembira, rasa bahagia ramai kawan-kawan doakan dan beri ucapan. Moga semua ucapan tu berbalik semula pada kawan-kawan ya. 


semalam dah nyanyi birthday dah

masak nasi goreng 1 periuk ni


terharu betul

ini pun sedap betul kek nya


alhamdulillah masih dipinjamkan lagi nyawa hingga ke usia ini

masa ni memang sedih sangat fikir mereka buat kejutan



terima kasih kawan-kawan