Wednesday, August 25, 2021

KOTAK KEBAHAGIAN DARI KAMPUNG JOHOR

 Assaalamualaikum semua,

Kelmarin masa ber panggilan video dengan keluarga di johor nampak emak dan adik-adik tengah petik buah mata kucing dan nampak ada cempedak dalam kereta sorong. Kali ini mereka gunakan khidmat Gdex untuk hantar semua ni. Semalam petang selamat sampai semua barang, ada 2 kotak. 

Kotak pertama ada rambutan, petai, buah mata kucing dan cempedak. Kotak kedua pulak ada kudapan macam maruku, kerak nasi dan cempedak lagi. Entah berapa puluhla kos untuk pengeposan tu kan. Tengah tunggu maktek datang untuk ambil bahagian dia.

Sebelum ambil bawak masuk sanitize dulu kotaknya

Kotak yang pertama...

Buah mata kucing ni pokoknya ada tepi rumah, dulu kami balik tak pernah berbuah ni mula.berbuah lebat...alhamdulillah rezeki kami dapat merasa

Petai dari tepi rumah, ni petai belakang rumah yang mak sayang-sayang ni

Kotak kedua, isi kerak nasi  ,maruku dan cempedak juga

Kerak nasi ni goreng dalam minyak panas sampai kembang makan dengan sambal kicap... sedapnya

Macam maruku tapi bukan


Semua cempedak yang ada 

Rambutan dan buah mata kucing

Tuesday, August 24, 2021

ROS PETUNIA

 Assalamualaikum semua 

Hari ini aku nak cerita pasal bunga ros yang baru dibeli sabtu lepas. Adik kat nursery tu kata namanya ros petunia sebab dia ros mini dan sesuai tanam secara gantung. Biasalah aku mana boleh tengok bunga ros beli la sepokok. Hehehehe

Dia ada warna pink dan merah je

Adik tu cadangkan ambil yang ini sebab banyak kuntul dah muncul

Bunga nya...pun comel je kecil

Monday, August 23, 2021

TIPS DAN TRIK MENANAM POKOK CILI DI RUMAH

 Assalamualaikum semua,

Bersiaran dari pejabat hari ini kita ya. Hari ini aku nak kongsi tips dan trik yang sangat berguna untuk yang suka ada pokok cili di rumah. Pokok kat rumah aku tu bukanla semua aku semai dari biji benih atau batang, banyak yang aku beli pokok dan jaga hehehe. Biasa lah tu kan 

Tips untuk tanam  pokok cili api di rumah yang paling mudah, beli je pokok yang dah berbuah di nursery dan jaga. Sampai rumah tukar pasu, tambah tanah dan jaga macam biasa siram dan boh baja. Kalau cara ini pun tak menjadi mungkin anda seorang yang kurang bertuah hehehehe. Sebelum ini kami ada tanam pokok cili dari biji benih tapi itulah hasilnya tak seberapa, pokok selalu kena serang serangga perosak. Dah letak racun perosak pun sama jugak, kalau tengok pokok cili api mak aku kat kampung dahla subur pokoknya rimbun buah banyak aku tanam aduhai. Kita tengok berapa lama bertahannya pokok cili ini ya. 

sabtu lepas beli pokok cli api dekat nursery, geram pulak nengoknya

sebab cantik, tanya adik kat nursery tu boleh makan tak cili nya... dia cakap boleh la kak udah namanya pokok cili hehehhe

Letak dekat atas rak baru nih... 

rak tak muat tempat, kongsilah tempat dengan  pasu pudina ya... 

Friday, August 20, 2021

RESEPI BINGKA DURIAN

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari rumah masih demam selsema lagi ni. Harapnya hari ini beransur ok, hidung pun dah tak tersembat lagi tidur pun lena alhamdulillah. 

Aku nak kongsi resepi bingka durian, sekarang kan masih ada lagi durian hujung-hujung. Jadi kita buat jadi bingka... layan tau kesedapannya.

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum

11/2 cawan isi durian

3/4 cawan gula

1 cawan santan

1 cawan susu cair

1 cawan air

3 biji telur

Sedikit garam

Bijan

Pewarna kuning

Cara masak:

- masukkan dalam pengisar semua bahan kecuali bijan dan kisar hingga sebati semua

- Sediakan loyang, sapukan sedikit minyak dan masukkan bancuhan bingka ke dalam loyang. Hentak sikit adunan bingka sebelum letak bijan dan masukkan dalam oven.

- Kalau guna loyang biasa dan guna oven bakar dalam suhu 180 darjah selama 50 minit ke 1 jam. Aku bakar dalam air fryer guna loyang 6inici kene masak 2 kali sebab tak muat masuk semua. Bakar dalam air fryer suhu 180 darjah selama 25 minit. Sebelum masukkan dalam oven atau AF panaskan dulu untuk 10 minit.

-Bila dah masak tunggu sejuk baru potong ya, selamat mencuba

Bahan utama

Kisar sebati, kalau tak nak tambah pewarna pun takpe



Boh bijan sikit

Siap dah... 

Bau semerbak harum

Thursday, August 19, 2021

PHOTO DIARY #30/2021

 Assalamualaikum semua,

Antara kesan lepas kene vaksin, hidung tersumbat yang teruk. Penuh dah tisu lepas hembus tetap juga tersumbat, seksa nak nafas dengan mulut. 🤧🤧🤧

Tadi masa nak pergi vaksin hujan sepanjang jalan, masa balik terkena hujan pun salah satu sebab hidung tersumbat ni. Jomla kita layan cerita bergambar.

Beli kibbles saiz besar 7kg, tapi diaorang pulak tak berapa suka makan... aduhla

Entah sejak bila dia suka makan kacang tanah sebab seronok boleh kopek sendiri kulitnya

Ini aku yg suka tapi ...

Rosak kuku nak kopek dia, pakai sudu jelah selamat sikit

Langit cerah tengahari kelmarin... tapi dalam pukul 2 petang hujan mencurah

Aku ambil gambar ni pukul 12.30 tengahari kelmarin, masa ni pun cahaya matahari belum sampai dekat tepi rumah ni. Selalunya pukul 1 lebih atau pukul 2 petang baru kene

Tertanya-tanya siapa beri sejadah ini , rupanya adik ipar bagi sempena hadiah hari lahir... 

Beli tempoyak dengan kawan , 1 bekas ini RM10

Pagi tadi maktek hantar Ecah minta aku jagakan sebab dia nak dapatkan vaksin, dia waktu pagi

Alhamdulillah ulam pegaga dah nampak makin subur walaupun duduk bawah

Alhamdulillah dah lengkap 2 dos vaksin pfizer, kami 4 beradik dapat ambil vaksin tarikh yang sama

Petang tadi lalu belakang rumah, penuh berkabus yelah hutan kan belakang ni

Ini aku pesan petai dengan kawan kat kampung

Nak mudah makan rambutan, guna troli gini

Rak yang aku tunggu akhirnya sampai... ada 3 barang lagi jnt masih hutang dengan aku

Minta Edy dan Aiyan tolong kopek petai.. 

Adalah dalam 10 papan ni, aku beli dengan kawan 30 papan mabuk petai... dia jual murah betul memang berbaloi

Wednesday, August 18, 2021

MAKTEK YANG LICIK

 Assalamualaikum semua,

Semalam petang balik dari kerja aku singgah rumah maktek, tunggu kat tempat letak kereta pastu suruh dia turun. Aku ada beli durian dalam bekas dengan kawan di JUPEM. Beli lebih memang niat nak bagi maktek, sampai je bawah buat muka pelik tanya nak apa.

Bila suruh pilih durian tu ambil lah 2 bekas dia punya senyum... licik betul. Lepas tu siap duduk ajak membawang lagi hahahaahahah. Tak dapat borak kat rumah dalam kereta pun sempat, tak senonoh kan 🤣🤣🤣

masa ni dia tanya nak apa... senyum tu


Aku cakap ambil lah durian 

Aku kata ambil lah 2 bekas, terus dia bagi senyuman licik


Siap dah pilih durian ajak membawang

Mujurla kejap je membawangnya 

Tuesday, August 17, 2021

KIRIMAN RAMBUTAN LAGI DARI KERTEH

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas aku ada selit pasal keluarga mertua kirimkan buah rambutan dari kampung semalam sampai lagi rambutan yang baru. Kiriman kedua rambutan tepi rumah hari tu rambutan belakang rumah. Adik ipar kerja di skynet memang guna perkhidmatan mereka je, pantas barang sampai. Sedih dengan kiriman Wak WP yang masih lagi tersangkut di J&T Ampang, sabtu baru ni Edy nak ambil sendiri mereka tak bagi, semalam pergi lagi pun sama katanya nak hantar hari ini. Sedih dengan perkhidmatan J&T sekarang. Teruk sangat 😞😞

Semalam petang selamat sampai barang adik ipar pos ahad

Edy la yang paling seronok dia duk gunting ranting dan tengok kot ada buah yang rosak

kata Edy rambutan budak tak sekolah, sebab sekolah tutup kan heheheh 

manis layan makan... 

Budak yang sibuk dengan rambutan dan baju oren yang tak makan rambutan

jual-jual rambutan, kata cik Teh

sabtu petang diaorang petik dan terus siap-siap bungkus untuk Edy dan Emi, adik Edy yang duduk di Kuala Lumpur

mak mertua dan ayah mertua ku

Bukan main seronok tau diaorang ni baru perasan ada adik ipar terselit tepi tu, rindu betul...