Monday, April 19, 2021

LEPAS SUNAT

 Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini dah masuk 7 Ramadhan, buat masa ini Aiyan belum lagi ponteng puasa. Cuma itulah setiap hari kene ada fries dan nugget sampai mama nya yang tukang goreng pun muak nengok.

Bukan Aiyan tau yang bersunat tapi Cik Teh dan Cik Tam yang hantar untuk sunat. Atau bahasa buku nya `menggembiri` atau `neuter/spay` memandulkan kucing jantan. Hari rabu Edy hantar ke klinik dan ambil semula pada hari sabtu, masa diaorang sampai rumah semua berkerumun. Lepas dah lap badan bersih-bersih, mula lah adik-adik dok mengekor je. Bila abang-abang tidur, adik-adik pun join sama, berhimpit dengan abang nya. 

Mujur la Cik Teh dan Cik Tam ok tak merajuk masa sampai rumah tu. Untuk sunat kucing jantan di klinik tu kosnya RM100 untuk seekor, perlu di tinggalkan 3 hari di klinik. 

Ini pakcik kucing yang jadi tempat pemanas badan sebelum abang-abang balik, baik je Tom dan Ginger 1 duduk bawah ketiak Aiyan

Cik Tam dan Cik Teh tidur, adik-adik mesti datang tidur sama

Budak baru lepas sunat, tidur mengangkang... siap duduk bawah selimut aku lagi

Petang kan hujan, memang abang nya jadi pemanas lah... comel kan

Belakang rumah ni la tempat tidur dan tempat lepak mereka bila kami tinggalkan untuk kerja. 

Friday, April 16, 2021

RESEPI SAYUR CAMPUR CENDAWAN SEAFOOD

 Assalamualaikum semua,

Tak sangka dah jumaat rupanya, sebab kita puasa bermula hari selasa jadi terasa macam puasa pertama tu hari isnin hehehhe. 

Hari ini aku nak kongsi resepi sayur campur cendawan dan seafood, bagi yang tak makan seafood boleh je tukar dengan daging atau ayam ya. Cendawan tu aku tak ingat la namanya apa, tapi jenis cendawan putih bulat besar sikit dari enoki tu.

Bahan-bahan:

1 paket cendawan, dalam tu ada 2 jenis (potong dan bersihkan)

5 ekor sotong, potong 3

1 pek udang kecil 

1 pek putik jagung, potong serong

4 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji bawang besar, hiris nipis

Capsicum potong memanjang

1 sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar minyak masak

Cara Masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga layu lepas tu masukkan lauk, sotong dan udang,  gaulkan rata tumiskan semua bahan tu

- Bila sotong dan udang dah hampir masak, masukkan sayur tadi putik jagung dan capsicum, masukkan serbuk lada hitam dan sos tiram

- Akhir sekali masukkan cendawan, tumis sekejap biar masak dan boleh matikan api. ( aku tak bagi garam sebab sos tiram tu dan masin tapi kalau rasa agak tawar boleh masukkan garam sikit)



bahan utama

Tumis sampai naik bau dan layu sikit

Masukkan makanan lauk, kalau boh ayam pun masuk kan awal juga

Habiskan capsicum warna warni yang hari tu... 

Aku tak letak air, tapi air dari sotong yang keluar

cendawan ini lah... nak guna cendawan lain pun boleh

Dah siap, sedap tau... heheheh 

tak makan dengan nasi, ratah gitu je pun sedap 

Thursday, April 15, 2021

PHOTO DIARY #15/2021

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari khamis yang sejuk, bersamaan 3 Ramadhan. Pagi-pagi lemau je rasa, nanti pukul 10 hingga pukul 12 mula la menguap berkali-kali. Bulan puasa ini aku balik rumah pukul 4.00 petang tapi jalan tetap jem jugak. Takpelah sebulan je kene hadap, lepas ni harap ok semula. Kuala lumpur kalau tak jem memang tak sah. 

Terbebel pulak, jom kita layan cerita bergambar ya. 

Kembar 3, cepat dia naik lagi lah musim hujan ni

Kucing-kucing ni kalau Aiyan pegang diaorang baik je, kalau dengan aku memang nak lari je


ini lagi seekor, kalau aku pegang nak lap kaki tangan dia.. comfirm la aku kene cakar kalau dengan Edy atau Aiyan baik je dia

Sakit mata tengok rumput yang makin subur, kene letak pokok dekat atas sebelum potong rumput sikit-sikit .. rasa macam nak suruh Edy boh batu bata je kat situ

Hari tu ada budak kontraktor pecahkan jam dinding aku, dahla dia pecahkan senyap gitu je... hilang gitu je jam tu, aku ngadu lah dekat budak pejabat yang pantau kerja diaorang lepas tu dia bagitau kat boss kontraktor tu dan boss dia pun gantikan jam baru... pink macam jam lama

Edy kalau solat terawih memang pakai baju melayu, kira terpakai jugak la baju melayu lama-lama tu

Menu sahur hari pertama berpuasa, ringkas sangat

Kurma safawi, wajib aku ambil waktu sahur dan berbuka

Spot yang suka menyelit dekat abang nya... 

menu berbuka hari pertama, mehun sup daging, fries, popia dan buah tembikai merah

Terawih malam kedua, berbaju melayu tahun 2015 mujur muat lagi

Menu berbuka hari kedua, budak kecik tu request dekat papa nya nak berbuka dengan ayam goreng, chicken popcorn, nugget dan fries.. gara-gara nampak iklan orang makan ayam kat TV


Baca doa makan dulu, dari pukul 7 dia dah bersila depan meja tu tau

Wednesday, April 14, 2021

WW CILI PADI BANGLADESH

 Assalamualaikum semua,

Ini lah cili api bangla yang biasa aku guna dalam masakan. Cili api ni pedas sangat tau. Ada yang pernah tanya, ini lah rupanya cili bangla bukan lada benggala tau.


warna nya memang merah menyala

Tuesday, April 13, 2021

TERIMA KASIH KAK AMIE

 Assalamualaikum semua,

Selamat berpuasa ya hari ini kawan-kawan buat yang dapat berpuasa. Moga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Pagi tadi kejut Aiyan bersahur dalam jam 5.20 pagi, makan memang aku suap lah senang sikit. Siapkan juga air milo untuk dia. Itu pun dari pagi asyik tanya bila dia boleh makan? dah pesan jangan makan atau minum di transit, makan atau minum lepas azan Maghrib kat rumah. Harapnya berjaya lah dia.

Semalam petang aku ada terima panggilan dari adik DHL tak silap. Katanya ada  hantar barang dan aku minta dia tinggalkan di bawah ampaian depan rumah. Sambil tu fikir aku takde buat pembelian menggunakan DHL. Petang tu sampai rumah terus nampak parcel tu, dia selit tepi pasu, risau hilang katanya. Lepas tu bila dah buka, wowwww... terus tahu dari siapa. Terima kasih akak Amie`s Little Kitchen bagi dana hadiah best ini sebab jadi antara Top 10 Komentator Mac 2021. 

Banyak yang diberi, semua cantik dapat brooch dengan mutiara yang cantik, ada juga butang baju melayu bermutiara. Fridge magnet yang cantik dan rantai tangan mutiara. Suka betul dana, terima kasih ye kak. 

Beg kertas ajaib, pink lagi

macam-macam ada

terima kasih banyak ye kak

comel dan cantik

butang baju melayu ini pun cantik... dengan mutiara hitam


cantik kan... 

comel bentuk pepatung brooch nya

wsalam akak yang manis juga.... 

Monday, April 12, 2021

SALAM RAMADHAN 1442 HIJRAH

 Assalamualaikum semua,

Selamat berpuasa bermula esok semua kawan-kawan tercinta. Moga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna tahun ini. Kalau tahun lepas sambutan Ramadhan sangat sederhana dan sunyi tanpa bazar ramadhan. Tahun ini lebih meriah cuma harapnya kita jaga kita, sentiasa ikut SOP kalau ke bazar ramadhan.

Tahun lepas berpuasa dengan paksu tahun ini kami ber3 lagi. Aiyan berpuasa 27 hari tahun lepas harapnya tahun ini pun dapat puasa juga, tahun lepas kat rumah je tahun ini bersekolah.

Tahun ini takde baju raya sedondon

Friday, April 9, 2021

RESEPI SPAGHETTI AGLIO E OLIO

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku akan kongsi resepi spaghetti aglio e olio paling mudah dan ringkas. Tapi percayalah sedap di tekak ku. Aku masak pagi untuk bawak bekal ke pejabat. Saja aku bagi banyak sayuran, kalau yang tak suka sayuran boleh je bagi lauk je.

Bahan-bahan:

1 bungkus spaghetti yang telah di rebus dan di toskan

5-6 batang cili kering, potong kasar serong

5 ulas bawang putih, ketuk dan cincang

1 biji bawang besar, potong dadu (pilihan kalau tak suka tak payah letak)

10 ekor udang

2 ekor sotong potong sedang

5 biji tomato ceri, potong 2

capsicum merah, hijau dan kuning ambil suku dan potong memanjang

1/2 kiub ayam

sedikit serbuk oregano

3 sudu besar minyak zaitun

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik layu lepas tu masukkan cili kering dan kiub ayam tumiskan sekejap

- Masukkan tomato ceri, capsicum dan oregano tumis lagi,  lepas tu masukkan udang dan sotong, gaul hingga masak lauk tu.

- Kalau terlalu kering tambah kan air sedikit dan minyak zaitun lepastu masukkan spaghetti dan gaul rata semua, masukkan garam bila dah ok boleh matikan api. Siap

Bahan utama, selain spaghetti

Tumis hingga naik bau, bawang putih memang kene banyak baru sedap

Jangan tumis lama biar masih ranggup lagi

boleh je gantikan dengan daging, ayam atau makanan laut lain 

Bila dah masak udang tu masukkan spaghetti

Dah siap... bau dia semerbak harum serumah...