Tuesday, September 19, 2023

KERJA MENGOSONGKAN PEJABAT

 Assalamualaikum semua,

Sabtu dan ahad lepas pejabat aku ada buat kerja pembersihan. Dari tahun lepas tak siap-siap kerja baik pulih pejabat ni. Minggu lepas mereka kosongkan barang gunakan kren, memang banyak jugak yang di buang nya. Jom tengok macamne kerja tu dibuat. Aku pun baru pernah nampak, kerja pembersihan menggunaan kren ini.

dah kosong



bila guna kren ni tak perlu la nak gunakan lif untuk buang segala barang yang besar tu, pejabat kami di tingkat 7 dan 8 tau

ini di tingkat 8 tau 




tong yang digunakan untuk letak segala yang dibuang

lebih mudah dan cepat bila gunakan kren

Friday, September 15, 2023

RESEPI BUBUR SUM SUM

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sibuk sepagian sampai lupa nak buat entri, dah rehat ni baru la boleh buat entri ya. Ini menu yang di kira tradisional tau. Pencuci mulut orang lama, biasanya kalau ada kenduri antara pencuci mulut  yang biasa disajikan. Aku ada jual di kedai hari rabu kalau tak silap. Jom tengok cara masak nya.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

4 cawan santan 

4 cawan air

sedikit garam

2 helai daun pandan

2 ketul gula melaka

3 cawan air

Cara masak:

- Dalam mangkuk besar masukkan tepung beras, santan, garam dan air kacau hingga semua sebati. Tapiskan untuk masuk ke dalam periuk. 

- Hidupkan api perlahan sambil kacau adunan tadi, sentiasa kacau tau. Nanti lama-lama akan jadi berat dan kental kena kacau lagi bagi licin.

- Kacau biar hingga keluar gelembung-gelembug meletup baru matikan api.

- Masukkan dalam bekas kecil.

- Dalam periuk kecil masukkan daun pandan, gula melaka dan air 3 cawan

- Masak hingga gula hancur boleh matikan api.  ( boleh juga tambahkan 1-2 sudu tepung jagung kalau nak air gula pekat)

-




masa ni masih ringan lagi

proses mengacau ni bila dah berat aku suruh Edy kacaukan, elok kejadiannya ini dah matikan api

letak dalam bekas

aku suka air gula yang cair je

aduh sedap tau.... 

Thursday, September 14, 2023

PHOTO DIARY #32/2023

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari khamis yang cerah dan terang ini ya. Pagi ini agak kelam kabut, pagi aku bukan orang lain sebab pagi tadi ada pesanan mehun goreng untuk 15 bungkus. Mujurla semuanya siap dengan jaya nya. Oklah jom kita layan cerita bergambar. 

kelmarin aku ambil anak kucing kat belakang rumah bagi  Cik Bu tengok, dia dok cium-cium anak kucing ni tp anak kucing ni lak takut kat dia


payah nak ambil gambar dia ceria muka memang bekeng memanjang

pertama kali masak bubur sum-sum dan jual di kedai

ada kawan belanja ns dagang terengganu, sedap

musim panas terik ni semua pokok layu bila petang

dapat la banyak ni dari kucai 3 pasu 

Pesanan mehun goreng dan sambal kicap

Berbaju batik di hari ini

makcik dan kebarung labuh yang memang love sangat la... baju Haurabelle

berbatik merah kita ya

jantan casanova

sekor lagi sanggup tunggu depan grill sebab nak ngorat cik Bu

Wednesday, September 13, 2023

WW BUAH TAMPOI

 Assalamualaikum semua,

Ada yang kenal tak buah tampoi ni?Ia sejenis buah hutan. Lama tak jumpa buah ni bila ada kawan tunjuk gambar laju-laju kirim dan dia belikan. Bawak dari kelantan ni, memang seronok dapat makan buah ini.


isinya putih rasa macam rambai sikit






Cara kopek buah tampoi

Tuesday, September 12, 2023

BERYLS STRAWBERI KERING BERSALUT DENGAN COKLAT PUTIH TEH HIJAU

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak review pasal coklat yang aku beli kt kilang Beryls tu. Walaupun cuma ada coklat Beryls tapi ada banyak dan pelbagai jenis coklat tau. Aku ada beli sejenis ini dan rasa dia boleh tahan sedap jugak. Cuma kalau ada yang di salut dengan coklat mesti lagi sedap kan. Coklat ini pun sedap, dalam nya buah strawberi kering di salut dengan colat green tea. Ada rasa lemak masam dan bau harum teh hijau.

tertarikh tengok gambar nya, nak tahu isi dalamnya sama tak macam gambar

wangi bau nya tau


dalam nya comel

sebijik macam gambar kat luar kotak

Monday, September 11, 2023

GOTONG -ROYONG MADANI SEKOLAH AIYAN

 Assalamualaikum semua,

Hari sabtu lepas rasanya banyak sekolah yang buat gotong-royong madani. Guru besar sekolah Aiyan pun ada cakap yang memang sekolah di suruh buat gotong-royong madani ini oleh pihak kerajaan. Gotong- royong cat sekolah, sabtu lepas ni kene bangun awal untuk pergi sekolah Aiyan. Tak ramai ibu bapa yang turut serta jadi tenaga kerja agak kurang la sikit. Tapi kita buat la semampu yang boleh kan. Jom tengok aktiviti bergotong-royong kami tu.

sarapan dulu


guru besar pagi penerangan untuk majlis gotong-royong tu




lebih bersuka ria dari buat kerja kan mereka ni


buat kerja sikit tapi habis baju kene cat

bukti buat kerja eheheheh


basuh peralatan nak balik dah

pukul 12 lebih kami balik

dapat makanan untuk tengahari juga

hasil yang dah siap

rajin kan... laki sapa ni