Monday, March 6, 2023

FAMILY DINNER DI RESTOREN KEMANGI PONTIAN

 Assalamualaikum semua,

Lambat betul dapat buat entri pasal makan-makan kami ni, dah balik sini seminggu baru sempat nak cerita dekat sini. Selalunya bila balik kampung memang adik aku suka sangat ajak kami semua makan kat luar sama-sama. Ini kali kedua kami ke Restoren Kemangi ni, makanan dia pun sedap tempat pun selesa . Jom la kita tengok segala gambar yang ada ya, makan malam tu kami 4 beradik yang bayar, Paksu belum kerja jadi makan percuma je hehehe.

Ambil gambar dulu sebelum makan ya


Tengah tunggu semua lauk sampai

udah macam gaya gangster lak aku ni




ikan siakap masam manis dia paling sedap

daging paprik

maktek tukang letak nasi 





udang telur masin tu pun sedap dan ayam pandan



dah habis makan semunya

potong kek pulak


perjalanan masa pergi budak 2 orang tu bukan main kecoh


5 beradik dan emak, abah dah masuk dalam kereta

Friday, March 3, 2023

RESEPI KUIH SIPUT

 Assalamualaikum semua,

Maaf, letak gambar dulu lupa lak nak letak tulisan dia. Sibuk sikit hari ini wei dari pagi membawak ke tengahari ni. Ini beberapa minggu lepas aku teringin nak makan kuih siput ni, jadi gigihla malam tu buat. Gaya yang mak aku buat, tak berempah sangat tapi ranggup.

Bahan-bahan:

1kilo tepung gandum

3 ulas bawang merah kecil, tumbuk halus

2 ulas bawang putih, tumbuk halus

1 sudu sedang, biji ketumbar tumbuk halus

1 sudu kecil jintan manis, tumbuk halus

sedikit garam

1 sudu tepung jagung

2 senduk minyak panas

2 sudu besar planta

sedikit serbuk kari

air secukupnya

minyak masak

Cara masak:

- Campurkan semua bahan kecuali air dan minyak masak. Campurkan hingga rata baru masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh sesuai untuk disiputkan.

- Cubit sikit-sikit untuk kita jadika siput dengan pencetak dan siap. Boleh gorengkan dengan minyak yang banyak api sedang sentiasa balik-balikkan siput hingga masak.

- Bila dah sejuk baru masukkan dalam bekas tau.




masukkan air sedikit demi sedikit tau

sampai jadi rupa gini

ini wajib ada tau


siput jangan besar-besar 


dah banyak gini baru kita goreng



masa siap goreng ni je krup krap masuk mulut

Thursday, March 2, 2023

PHOTO DIARY #8/2023

 Assalamualaikum semua,

Sejuk betul pagi ini yelah semalam seharian hujan mujur la pagi tadi dah tak hujan. Harap panas terik la hari ini ya. Sebenarnya aku tengah risau dan sedih, cik Teh tak sihat tiba-tiba je malam tadi dia nampak tak sihat. Bila anak kucing tak sihat memang aku la paling risau, paling takut kehilangan. Harapnya ok je dan kembali sihat buat cik Teh.

Jom kita layan cerita bergambar.

Masa balik kampung haritu singgah R&R Pagoh, jumpa buah ciku ni besar sekilo RM23, tak beli pun ambil gambar je

Masak ayam bakar mayonis tak kampung sebab mak dan adik-adik kata nak makan

abah dan menantunya tengah layan ayam bakar mayo

Kami  balik 1 kereta je, gambar masa balik, lenggang dah sebab paksu dah ikut sekali

mee rebus makan di R&R Ayer Keroh, sedap

lepas dah kenyang makan tidur lagi dalam kereta

Hantar Ecah kat rumah dia dulu

Selasa aku cuti, jadi saja opsn oder roti bun

buah nanas abah bagi

buat tak banyak 12 bekas je

sesekali buat supaya tak hilang atau lupa kemahiran masak roti

pagi sampai gelap gelita bilik takde lampu

Bilik aku dah makin besar tapi itulah masih bersepah lagi 

semalam kawan opis bagi lemon dari kampung... besar betul

memang besar sangat kan

Wednesday, March 1, 2023

WW SUKAN KOMUNITI UKUR GSD

 Assalamualaikum semua,

Kami ada Sukan Komuniti Sempena hari GSD (Global Surveyor Day) bulan mac ini. Kerana staf wanita pejabat kami cuma 5 orang jadi ada la yang dipaksa main, macam aku ni. Dipaksa main congkak dan damak. Mula la berlatih ni , tapi lupa lak nk ambil gambar target damak tu.

dah lama betul aku tak main congkak ni

papan dam pun takde, ini pun print je hahahha buah dam pun pakai apa ada

gula-gula aku dijadikan biji dam nya