Tuesday, November 9, 2021

KISAH MAWAR KU

 Assalamualaikum semua,

Maaf lah korang, tak banyak gambar untuk di ceritakan. Yang banyak gambar bunga dan tanaman tepi rumah, harap kawan-kawan tak jemu memandang dan baca ceritanya. 


Sebenarnya bunga ini masa aku beli dulu dia dah nyawa-nyawa ikan, beli memang  dah tak berbunga sangat, kan aku pernah cerita dia dh tinggal ranting... bila dia berbunga semula aku tak sangka dia pun jenis tukar warna macamni

mula-mula dia warna pink lembut macamni

Lepas tu jadi macamni, cantik kan

Lama-lama lagi dia akan jadi macamni sebelum kering

Ada 3 pokok yang dah mati, tinggal banyak ini je depan rumah yang lain aku dah pindahkan tepi rumah


ros kampung yang kecil tapi sangat rajin berbunga... 

bunga nya tak banyak kelopak macam ros biasa tapi sangat nipis
daun dia halus je, memang keturunan dari aku beli dulu


Ini jenis ros petunia yang bertukar warna juga, ros jenis ini tak sesuai untuk kita potong bunga yang kering. Biarkan je nanti dia akan kering dan terjatuh sendiri batangnya... kalau selalu kita potong dia cepat mati, itu pesan dari tokey nurseri

ros kampung warna pink gelap, tengah tunggu masa nak berkembang kuntumnya

Monday, November 8, 2021

PETIK STRAWBERI BELAKANG RUMAH

 Assalamualaikum semua,


Kalau baca tajuk macam beria je kan, kengkonon perasan macam kat strawberi park. Tapi itulah berangan tu tak salah pun kan, janji kita gembira. Pokok strawberi belakang rumah dah makin rajin berbuah, hujung minggu lepas dapat lah petik buah 3 biji comel-comel je. Edy kata lepas ni mama bukak ladang strawberi lah Yen, kuang asam betul laki ku.

Harapnya lepas ni yang lagi 3 pokok pun rajinla berbunga dan berbuah harapnya. 

Saiz dia memang comel je

yang kanan sekali tu jadi rosak, tak boleh kene hujan sangat

masam 

Friday, November 5, 2021

RESEPI MEE KARI BEBOLA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini pergi kerja jalan lenggang betul,  yelah ramai yang sambung cuti dan balik kampung atau bercuti. Pejabat aku ni pun lenggang betul lebih dari separuh ambil cuti, adalah lebih kurang 10 orang je hari ini. Tak sabarnya nak balik kampung minggu depan, ya Allah moga di permudahkan la semuanya.

Rasanya aku pernah kongsi resepi mee kari ni, tapi lama dah dulu punya gaya. Ini gaya baru sikit hehehehhe.... jom kita tengok resepinya ya. Masa ini nak masak mee kari tapi ayam takde, Edy beli kaki ayam je. Kebetulan kat rumah ada stok bebola campur beli untuk masak oden, lebih tu kita mee kari pun sodap jugak kan.

Bahan-bahan:

4 sekawan

2 paket kecil rempah kari daging baba`s

5 ulas bawang putih, kisar

3-4 biji bawang merah besar, kisar

segenggam bilis dan udang kering, kisar

1/2 inci halia

2 sudu besar cili boh (kalau tak nak pedas letak 1 sudu pun dah ok)

1 kotak kecil santan

Air secukupnya

2 tangkai daun kari

1 paket bebola campur steamboat figo (boleh guna bebola apa pun)

2 paket kaki ayam

1 mangkuk udang segar

2 keping tauhu (boleh guna tauhu pok kalau ada)

1 ketul stok ayam


Cara masak:

- Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau, masukkan bahan-bahan kisar dan cili boh. Masak hingga pecah minyak dengan api sedang. Masukkan stok ayam.

- Masukkan rempah kari yang telah di campur dengan air panas 1 cawan, gunakan api perlahan masak hingga pecah minyak. 

- Masukkan kaki ayam , lepas tu tambahkan air dan masukkan bebola. Tambahkan air 2 cawan tutupkan periuk masak hingga kaki ayam empuk.

- Masukkan tauhu dan udang, masukkan santan dan air lagi ikut pada nak kuah pekat atau cair.

- Akhir sekali masukkan perisa gula dan garam secukup rasa. Bila dah ok boleh matikan api dan makan dengan mee kuning yang telah dicelur, sawi celur dan telur rebus.

Dulu aku tak suka tambahkan 4 sekawan ni, tapi dah tua ni suka pulak





tulang ayam lain takde, kaki pun boleh la

memang sedap guna bebola campur ni

tauhu pok yang biasa orang masuk dalam mee kari takde, tauhu ini pun ok




tauge je takde... tapi ini sedap dah ni


Aiyan pun suka mee kari ni

Thursday, November 4, 2021

PHOTO DIARY #41/2021

 Assalamualaikum semua,

Selamat bercuti semua, buat kawan-kawan yang balik kampung atau jalan-jalan jaga diri ya. Tak sabar dok menghitung hari nak balik Johor minggu depan. Badan je ada dekat sini tapi otak sampai Johor dah.

Jom kita layan cerita bergambar ya

Selamat bercuti dan selamat deepavali buat yang menyambut
Semalam petang kan hujan, goreng karipap dan vade


Ada kukus keledek juga...

Semalam.petang, sekolah cuti bawakla ke pejabat

Cantik kan

Bentuk apa entah, asal boleh je

Tak sabar nak ngap

Suasana petang kelmarin baru pukul 6 tapi gelap macam malam

Bila malas rupa gini je sambal kicap aku

Lawankan dengan keladi goreng

Cili api ni halussss je tapi pedas wei

Ahad keluar beli sandal dan bantal besar tu, terus tertidur dia

Makin panjang sulurnya nak kene pindahkan ni rasanya

Gulai kambing kedai nasi kerabu Borhan setapak... 

Wednesday, November 3, 2021

WW AIYAN MENANG YEYEH

 Assalamualaikum semua,

Bila makan di kedai, dia mesti nak habis makan dulu.

Aiyan: yeyeh, Aiyan menang

Mama: mama pun menang jugak

Aiyan: eh mama kalah, tu dalam pinggan mama ada bawang lg tu, kira kalah la

Mama: krik krik.... speechless

Bawangnya dah la besar-besar banyak pulak tu, tu yang tak habis licin heheheh

Tuesday, November 2, 2021

BILA DAH RAMBANG MATA

 Assalamualaikum semua,

Aku kadang suka buka Shoppe dan belek memacam benda, sampai kan lah aku terjumpa pasal brooch@kerongsang batu yang cantik-cantik. Niat awalnya aku nak beli keronsang untuk bagi hadiah pada seorang pegawai di pejabat yang nak bertukar, tapi bila tengok cantik dan memacam warna aku pulak yang terpikat. 

Terbeli banyak jugak lah, lepas tu bila dah banyak aku jual dengan kawan pejabat. Masa tu aku jual keronsang kecil yang sesuai letak di bawah dagu, tapi ada yang tanya kerongsang bahu yang besar. Sebab ada sambutan aku membeli lagi keronsang besar dan jenis cincin. Niatnya nak beli sikit tapi eh-eh entahla hasutan syaitan👿 semua tu. Bila sampai tu banyak tu, terfikir jugak yang aku niat nak pakai ada lah 2 ke 3 je tapi yang banyak-banyak ni ada ke yang nak beli. huhuhu

Tapi semalam, memang rezeki aku lah. Alhamdulillah terjual banyak, sebab memang cantik semuanya, yang aku berkenan untuk simpan sendiri pun dah dibeli orang hehehhe. Syukur sangat. Aku suka beli yang cantik, yang memang aku akan pakai, jadi bila cantik di mata aku insyallah cantik di mata orang lain.

Ini masa mula-mula beli tu, aku bagi pada pegawai tu love pink dan brooch sebelah dia tu

Pembelian kali ke dua, gambar tak cantik pulak


Ini pun pembelian kedua, gambar pun macam apa

ini pun pembelian kedua, apasal lah blur ni


Ini pun pembelian kedua

Ini juga, tapi semua aku beli jenis brooch yang kecil

ini batch pembelian ketiga, brooch jenis cincin atau buckle

ini pun blur jugak, nyampahla hp aku ni... entah salah setting apa entah


geram tengok kilauan merelip ni

Ini batch ketiga juga, beli yang saiz besar

Aku terpikat dengan batu-batu yang cantik tu

ralit tengok batu-batu berkilauan tu.... bahagia betul

beli yang ini sebab comel hehehhe

ini semua batch ke tiga, pagi semalam bawak ke pejabat tak sangka ramai yang berkenan

Dalam banyak-banyak tu dari batch pertama hingga ke tiga, ini je yang tinggal... alhamdulillah

Monday, November 1, 2021

DINE IN DI KFC

 Assalamualaikum semua,

Rasanya berbulan- bulan dah tak makan di KFC, tetiba teringin pulak makan kat situ. Jumaat malam sabtu tu ajak Edy dan Aiyan makan kat situ ingat nak pesan burger double down tu tapi dah takde promosinya. Beli jelah apa pun janji dapat layan  makan di KFC. 

Kitaorang suka pergi di KFC Wangsa maju

Menu yang biasa kami pesan