Friday, July 17, 2026

RESEPI UDANG SAMBAL DAN TERUNG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsikan resepi udang sambal dengan terung. Sedap tau sudah semestinya., udang masak apa je pasti sedap kan. Tengah rajin masak ni jadi jom la kita tengok resepinya ya. 

Bahan-bahan:

Udang saiz XL-goreng separuh masak

3 batang terung, potong kecil dan goreng sekejap

2 biji bawang holland- kisar kasar

1 biji bawang holland, hiris bulat

8 ulas bawang putih, kisar kasar

10 biji cili besar, kisar kasar

12 biji cili api , kisar kasar

1 sudu kicap lemak manis

2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

2 keping asam

Cara Masak:

- Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak , bila dah pecah minyak masukkan asam keping. Masukkan bawang holland hiris, gula dan garam.

- Masukkan udang dan terung, tambah sedikit kicap. Masak untuk beberapa minit pastu boleh matikan api.


kasar-kasar gini


Lepas masak dalam dekat sejam baru pecah minyak gini









17 comments:

  1. Sedapnya.! Kalau masak sambal kena pecah minyak elok macam ni baru sedap makan kan. Walaupun ambil masa sikit tapi hasilnya sedap sangat. Terima kasih share resipinya Kak Dana.

    ReplyDelete
  2. Ah susaaaaah, ini kalau tak ingat umur, bisa habis setengah panci saya ratah udang 😂😂😂

    ReplyDelete
  3. Dana... sedapnya.. favourite ni.

    ReplyDelete
  4. Satu kelainan ni
    Udang dan ada terung
    Sambal udang memang febwewtt en suami

    ReplyDelete
  5. Sedapnya bila dimakan dgn nasi panas! Mahu bertambah nanti....

    ReplyDelete
  6. Wak akan pilih terungnya daripada udang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dana pun sama tp udang nak jugak hehhehe

      Delete
  7. ok..kena tahan hati jap..udang fav akak..tapi tgh diet kan...kang coach akak menjerit

    ReplyDelete
  8. Aduii menahan tekak ni Dana 😍

    ReplyDelete
  9. Wah.. Gandingan yang mantap.. Tq Dana berkongsi resepi..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...