Assalamualaikum semua,
Hari ini aku nak kongsikan resepi udang sambal dengan terung. Sedap tau sudah semestinya., udang masak apa je pasti sedap kan. Tengah rajin masak ni jadi jom la kita tengok resepinya ya.
Bahan-bahan:
Udang saiz XL-goreng separuh masak
3 batang terung, potong kecil dan goreng sekejap
2 biji bawang holland- kisar kasar
1 biji bawang holland, hiris bulat
8 ulas bawang putih, kisar kasar
10 biji cili besar, kisar kasar
12 biji cili api , kisar kasar
1 sudu kicap lemak manis
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 keping asam
Cara Masak:
- Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak , bila dah pecah minyak masukkan asam keping. Masukkan bawang holland hiris, gula dan garam.
- Masukkan udang dan terung, tambah sedikit kicap. Masak untuk beberapa minit pastu boleh matikan api.
![]() |
| kasar-kasar gini |
![]() |
| Lepas masak dalam dekat sejam baru pecah minyak gini |












Sedapnya.! Kalau masak sambal kena pecah minyak elok macam ni baru sedap makan kan. Walaupun ambil masa sikit tapi hasilnya sedap sangat. Terima kasih share resipinya Kak Dana.
ReplyDeleteKalau tak pecah minyak nanti rasa tak sedap lak
DeleteBetul tu Kak Dana.
DeleteAh susaaaaah, ini kalau tak ingat umur, bisa habis setengah panci saya ratah udang 😂😂😂
ReplyDeletepeminat udang mesti suka ni kan
DeleteDana... sedapnya.. favourite ni.
ReplyDeleteDana pun peminat terung kak...
DeleteSatu kelainan ni
ReplyDeleteUdang dan ada terung
Sambal udang memang febwewtt en suami
Itulah kak, ada lauk ada juga sayur
DeleteSedapnya bila dimakan dgn nasi panas! Mahu bertambah nanti....
ReplyDeletesudah semestinya cikgu
DeleteWak akan pilih terungnya daripada udang.
ReplyDeletehehehe dana pun sama tp udang nak jugak hehhehe
DeleteAda terunglah. Sukanya....
ReplyDeleteok..kena tahan hati jap..udang fav akak..tapi tgh diet kan...kang coach akak menjerit
ReplyDeleteAduii menahan tekak ni Dana 😍
ReplyDeleteWah.. Gandingan yang mantap.. Tq Dana berkongsi resepi..
ReplyDelete