Tuesday, February 24, 2026

RESEPI TEMPE GORENG BEREMPAH

 Assalamualaikum semua,

Puasa-puasa rasa takde idea apa nak cerita, meh la kita kongsi resepi jelah ya. Ok jugak kan buat jadi idea berbuka untuk kawan-kawan kan. Kali ini nak kongsi resepi tempe goreng berempah. Biasa memang aku suka buat gini, ranggup sampaikan Aiyan yang dulu tak makan tempe pun boleh bertambah makan berkeping-keping. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih, tumbuk

1/2 inci kunyit hidup, tumbuk

2 sudu besar ketumbar, tumbuk

1 sudu sedang jintan, tumbuk

Garam 

1 batang daun sup, potong halus

1 cawan tepung beras

2 cawan tepung gandum

Air sejuk

2 sudu besar planta

Tempe, potong nipis

Cara masak:

- Masukkan dalam bekas besar, tepung beras, tepung gandum, bahan-bahan tumbuk, garam dan daun sup. Gaul-gaul biarkan semua bahan sebati.

- Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sampai dapat doh yang cair pekat, jangan pekat sangat macam nak goreng pisang.

- Panaskan minyak, masukkan planta. Bila dah cair planta tu ambil 2 sudu masukkan dalam bancuhan tepung.

- Masukkan tempe dalam bancuhan tepung, dan goreng dengan api besar.

- Bila dah warna kekuningan boleh la angkat. Aku biasa makan dengan sambal kicap memang gu dia lah.













6 comments:

  1. suka tempe cicah kicap..yg jenis berempah tk pernh mkn

    ReplyDelete
  2. Yang goreng--goreng berempah memang sedap. Wamgi jew aromanya.

    ReplyDelete
  3. wah sedap tu makan dgn nasi buka posa

    ReplyDelete
  4. Kat sini selalu sangat dapat tempe yang pesing. Nak muntah rasa. Nampak macam cantik elok berkapas... tapi bila masak, tak sedap. masalah ragi kat sini agaknya

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...