Thursday, February 26, 2026

PHOTO DIARY #8/2026

 Assalamualaikum semua,

Selalu bila hd aku rajin buat entri kan tapi pagi tadi entah macam mengantuk je. Main game pun tak sempat tau dek melayan mengantuk mata tu, tapi nak tidur tadi pengarah telefon jadi itu dok mata tahan-tahan tak tidur lagi. Oklah jom kita layan cerita bergambar.

Pagi tadi kan hujan je jadi berkabus la KLCC tu

Luas kan tempat hd di felda ni... masa ni tunggu giliran untuk timbang air dalam badan

Bulan puasa malas nak pakai makeup walaupun semua orang tegur muka nampak pucat

Kalau makan murtabak aku suka makan dengan jeruk bawang ni, suka rasa masam manis dia tu

Kuih kegemaran di bulan puasa, dapat juga tepung pelita paya jaras

Hari isnin, rabu dan jumaat aku tak hd jadi dapat la naik pejabat awal. Sekarang pukul 7.30 pun masih gelap lagi

Kalau nak tidur aku akan tutup muka dengan tuala kecil, ini muka baru bangun tidur heheheh

Tiap hari pukul 9 malam dia dah melepek macam penat sangat puasa, dia akan bangun bila Edy balik terawih


versi karikatur, comel tak?

adik kat kampung tayang ayam golek kegemaran yang ada setiap bulan puasa

Demi mencari sesuap nasi, jual popia carbonara frozen

3 comments:

  1. Di kilang pun sejuk sangat rasa nak tidur jer..

    ReplyDelete
  2. Kihkih…akak la yang nampaknya masih belum boleh makan murtabak dengan cuka bawang tu.
    Dana macam main cak cak pulak tidur tutup muka dengan tuala kecik tu 😀

    ReplyDelete
  3. sekarang opis memang sejuk beku..nak- nak puasa ni lagi sejuk...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...