Thursday, February 19, 2026

PHOTO DIARY #07/2026

 Assalamualaikum semua,

Selamat berpuasa kawan-kawan, moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna. Hari pertama puasa dah kene hd pulak. Tadi misi tanya puasa tak kak? kalau tak larat tak payah puasa. Yelah bila kita buat hd atau cuci darah, mesin tu akan tarik air dalam badan kita ikut pada yang kita tambah berat. Kalau naik 2kg dia akan tarik 2kg, kalau naik 3 kg dia akan tarik 3 kg gitu lah. Jadi sebab tu kadang lepas hd kita punya tekanan darah akan turun sebab air yang di tarik keluar. Tahun lepas awal-awal hd aku tak puasa tapi bila dah beberapa minggu dah boleh nak agak jadi dapat la aku puasa. Tahun ini harapnya aku dapat la puasa macam biasa, doakan ye. 

Terbebel panjang pulak, jom layan cerita bergambar jom.

pagi tadi tak sempat pakai makeup pun sebab hari hd aku kene awal 

10.30 pagi dah siap hd, biasanya dalam pukul 11 lebih baru siap

Pukul 6 pagi dah gerak dari rumah, solat pun kat pusat hd

Menu sahur hari ini, ayam kicap, kangkung dan air vico untuk Edy dan Aiyan

malam tadi hujan lepas tu dok terpikir kalau la cuti khamis dan jumaat kan best heheheh

Aiyan suka betul makan nasi goreng dengan peria goreng ranggup yang beli dekat kampung

menu sebelum puasa hehehe

sabtu masa hd, ada ,misi bawak nasi dagang dia ambilkan sikit untuk aku sebab dia tahu aku suka nasi dagang

Petik mulberi tepi rumah, boleh la buat kordial nanti


suruh chatgpt buatkan gambar comel kan heheheh

sofa ni memang dah jadi hak milik dia... pasang sarung supaya dia tak cakar

ahad lepas pergi ke Aeon Alpha Angle beli baju tshirt raya untuk Aiyan dan Edy

7 comments:

  1. Selamat menyambut ketibaan Ramadan. Moga dipermudahkan urusan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  2. Dana dah kenal baik dengan Misi ya, sampai tau Dana suka nasi dagang. Bagus betul.

    Sofa rumah akak pun dah tak cantik sejak ada ahli keluarga baru yang berbulu ni 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam ahli keluarga dh kak, maklum seminggu 3kali kami jumpa hehehe

      Delete
  3. salam ramadhan...suka aiyan mkn peria rangup tu ye

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...